Chapter 1

Romance Series 1675

TAIJO HIGH SCHOOL
Taijoo High School adalah salah sebuah sekolah yang terkenal dengan pelajar-pelajar cemerlang dan aktif dalam pelbagai sukan .Hanya orang terpilih saja dapat diserap masuk ke dalam sekolah ini .So ..apa pelajar lembab macam aku buat dekat sekolah ni? macam mana pula aku boleh sesat masuk ke sini ? ceritanya macam ni...

3 bulan lalu , aku berpindah dari Okinawa ke Tokyo .Kenapa pindah? banyak sebabnya, tetapi sebab utama adalah kerana ayah dan ibu aku telah bercerai .Dalam diam ibu belaku curang dengan ayah dan sanggup larikan diri bersama lelaki lain .Salah ayah juga sebab tidak beri perhatian sepenuhnya pada ibu .Setiap malam ayah balik dalam keadaan mabuk .Ayah juga tidak bekerja dan hanya harapkan wang kerja ibu saja .

Siapa yang sara siapa sekarang? siapa yang ketua keluarga? jadi aku tak salahkan ibu juga kalau ibu larikan diri pun .Tapi...jauh di sudut hati aku , aku nak keluarga aku seperti dulu .Bahagia saja .Ayah jadi seperti itu sejak 5 bulan lalu di mana ayah dibuangkan kerja .Dia dituduh mencuri duit syarikat.Tapi aku tahu..ayah tak seperti itu .

Ok , cerita di atas tak masuk point pun kenapa aku boleh masuk ke sekolah ni .Sebenarnya aku ada mohon ke beberapa buah sekolah di Tokyo ,tetapi kebanyakan sekolah tolak permohonan aku .Hanya sekolah ini saja terima permohonanku .

Mungkin sebab aku aktif dalam sukan kut ? lepas daftar masuk ke sekolah ni 3 bulan lalu , aku dimasukkan ke kelab bola keranjang .Posisi aku ialah Small Forward .Hebat juga posisi ni .So aku ni takda la noob sangat dalam sukan XD! .

Tahun ni genap umurku 18 tahun .Oh! Harini birthday aku!! 7 july .Sepanjang aku pindah ke Taijo High School , tiada sehari pun terasa hidup aku aman .Aku sering dibuli , dicaci dan dihina oleh orang ramai disebabkan pekerjaan ibuku sebagai pelacur di sebuah bar yang terletak di tengah bandar Tokyo .Stress .Itu saja aku mampu ungkapkan .

Aku harap nyawa aku cepat-cepat diambil.Aku tak boleh nak salahkan ibu 100% juga .Wang kerja ibu adalah untuk yuran sekolah dan perbelanjaan seharian aku .Aku harus cari kerja untuk ringankan beban ibu .Tapi banyak kerja yang menolak pemohonan dari pelajar sekolah .Apa patut aku lakukan....

TTAKK! sebuah buku melayang tepat di kepala aku .Nasib tak kena bucu buku .Tak pasal mandi darah nanti .Siapa lagi yang suka baling buku dekat kepala aku kalau bukan si ketua pembuli dalam kelas aku ni Takumi Kyo .Dia la iblis , dia la setan .Kalau la aku mampu cakap depan muka dia perkataan ni .Memang tamat riwayat aku di sini .

"Oii tikus! --> --> " Kyo memberi isyarat jari menunjukkan jumpa nya di tempat biasa .Di mana lagi kalau bukan di belakang sekolah .

"Em" aku hanya mengangguk perlahan .Hati aku sudah gusar .Kalau dipanggil ke belakang sekolah mesti mereka nak belasah aku lagi .Apa pula salah aku kali ni? .

Beberapa minit kemudian , aku tiba di tempat yang dinantikan oleh kumpulan iblis ini .Mereka terdiri daripada 5 orang .Kyo , Yamada , Oru , Sai dan Hozuki .

"Haa dah datang tikus ni.." Sai tersenyum sinis .Kedua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar .Mulut nya tak henti mengunyah gula-gula getah .

"A-ada apa korang nak jumpa aku.." soalku dengan nada separa ketar .Giler tak ketar setiap kali hadap muka mereka ni .Persis nak telan aku hidup-hidup saja .Tak pernah ada hari aku terlepas dari mereka dengan keadaan bersih dari darah di muka .Nee kamisama ..harini birthday aku .Aku tak minta banyak pun .Kau hantar hero selamatkan aku dari dorang ni pun dah cukup .

"Hozuki nampak kau jumpa dengan geng bola keranjang kau pastu cerita pasal aku .Kau cerita apa dekat dorang?" soal Kyo .Kaki nya perlahan-lahan dihayunkan ke arah tempat aku berdiri yang tidak jauh darinya .

"Eh? bi-bila? .Mana ada! " aku menggeleng laju .Kaki aku automatic menapak ke belakang satu per satu langkah .Lihat kepalan tangan Kyo sudah sedikit sebanyak buat kaki aku lemah untuk berdiri .

"Mana ada? kau ingat aku buta dan pekak ke? ni apa?" Hozuki menayang gambar yang diambil secara diam-diam di screen telefon nya .

Shit! aku hampir lupa soal itu .Betul aku ada berjumpa dengan Jeno , ketua dalam team bola keranjang aku kemarin .Jeno ada soalkan tentang Kyo .Jeno terpaksa pindah sekolah atas hal peribadi .Sebab itu dia tanya aku tentang Kyo yang aktif dalam sukan .Kyo juga hebat dalam 'Street Basketball' iaitu permainan bola keranjang di luar yang dimainkan secara umum .Siapa saja boleh datang lihat permainan itu .

Aku tak dapat bayangkan kalau Kyo jadi ketua team bola keranjang aku .Lagi musnah hidup aku .Sejujurnya aku tak recommend Kyo pun .Kalau Kyo tahu .Mungkin hari ini hari terakhir aku sambut ulang tahun aku yang ke-18 .Hmm pergi mati je la Haruka .

"Tak guna!!! dah ada bukti pun masih nak menipu!! DUSHH!!" satu penangan kuat hinggap di wajah aku . Kyo sudah mengetap kuat giginya .Penangan dia cukup kuat .Kalau terkena wajah wanita , sudah pengsan aku rasa. Nasib aku dapat bertahan lagi .

"Su-sumimasen!! saya betul-betul lupa tentang itu .Ya , Jeno ada jumpa saya tanya tentang Kyo .Jeno nak ambil Kyo untuk sertai bola keranjang sebagai ketua .Kalau Kyo bermin-"
"Apa? bola keranjang? .Dia dah takda kaki tangan sendiri ke nak jumpa aku tanya aku sendiri?! .Kau cerita apa lagi pada dia? .Aku tak minat soal bola keranjang dia tu!! kau mesti adu benda lain pada ketua kau tu kan?!" Kyo mencengkam kuat koler baju aku .

"Uhuk!! K-kyo..." aku sudah sesak nafas .Cengkamannya terlalu kuat .Sesiapa...tolong... .Aku sedaya upaya menolak tangan Kyo namun tubuhku yang kecil ini langsung tidak berguna untuk melawan Kyo yang tinggi gah berdiri di hadapan aku sekarang .
"Hey! apa korang buat ! " jerit sebulat suara datang dari arah belakang aku .

"Kau sibuk kenapa? .Nak kena belasah juga?" soal Kyo .Bengis saja wajahnya .
"Lepaskan dia! " jerit lelaki itu lagi .
"Kalau aku taknak lepas, kau nak buat apa?" Kyo ketawa besar bagai menyaksikan persembahan sarkas saja .

Tap tap tap .Kedengaran langkah lelaki itu makin lama makin dekat dengan kedudukanku.Hinggalah terasa keberadaan lelaki itu berdiri di belakang aku .Tinggi orangnya bagaikan satu bayang besar yang lindungi belakang aku dari terkena cahaya matahari.

"Lepas dia" ujar lelaki itu lagi .Nadanya makin lama makin dalam .Jelas sekali dia bengang dengan Kyo .

"Kau siapa nak arah aku? .Geng! settle! " Jerit Kyo pada kawan-kawan pembuli di belakangnya.
"Hai!" mereka akur .Empat orang itu sudah mengelilingi aku , lelaki misteri di belakang aku dan Kyo yang masih mengcengkam baju aku .
"Pe-pergi..." bisik aku perlahan .Jujur , aku nak orang tolong aku .Tapi aku taknak terbawa dia dalam masalah aku .Aku taknak sesiapa lagi cedera selain aku .Cukup la aku sorang .

"Lepas aku cakap! " tap! lelaki itu mencengkam kuat lengan Kyo hingga Kyo terlepas cengkamannya dan menapak ke belakang . Bahu aku dipaut dari belakang oleh lelaki itu.

"Eh...?" aku tergamam seketika .Jantung aku berdegup laju bagai nak tercabut saja .Tindakan dia terlalu tiba-tiba .Kalau aku sakit jantung , sudah K.O di sini .
"Diam" balasnya sepatah .
Haruka: ............................

"Kya!!!!!!!!!"
"Hiyakk!!!"

Mereka pun mula la peperangan Japan ke 19 .Aku memang takkan sertai sebab tahu yang aku akan dibelasah hingga tidak mampu berdiri .Tapi bukan lelaki di hadapan aku sekarang... dia seperti... hero ... .

"Yah!!!!" baru saja Sai ingin menendang aku , tiba-tiba lelaki itu berdiri di hadapan aku dan ambil penangan itu .
"Kau tak apa-apa?" soalnya dengan nada risau .
"Eh? aa...ya..saya tak apa-apa" aku membuang pandangan .Wajahnya terlalu dekat dengan wajah aku .Terasa bagai lekap muka aku depan oven saja .Panas sekali ! .

Dush! dush! dush!! setelah beberapa minit berantam , akhirnya Kyo dan kawan-kawannya sudah jatuh terduduk .Ada yang sudah terbaring akibat terkena penangan dari lelaki ini.

"Kau ni!!!" jerit Kyo yang sudah hilang sabar .
Dush!! laju saja tumbukan lelaki itu melepasi wajah Kyo dan sengaja ditujukan ke arah batang pokok di belakang Kyo .Kyo terdiam seketika .

"Dia orang aku .Jangan ganggu dia lagi kalau kau taknak sakit" ujar lelaki itu .Dia memandang panas wajah Kyo di hadapannya .
"Kau siapa.." soal Kyo buat kali keberapanya .Kali ini nada Kyo bertukar seperti biasa .
"Akashi Ryota .Ketua kumpulan basketball .Kalau boleh , ingat sampai mati" Akashi menarik tangan aku pergi dari tempat itu .

Apa maksud dia ketua kumpulan basketball? dan lebih mengejutkan ..apa maksud dia aku orang dia? .Maksud dia aku ahli sepasukan team basketball juga kah? atau...

"N-nee Ryo...Ryota-san ...ta-tangan awak..." aku memandang ke arah tangan Ryota yang sudah luka akibat tumbukan kuat ke arah batang pokok tadi .Kesian pokok tidak bersalah tu .Tak pasal kena penangan Ryota .

"Sampai bila kau nak kasi mereka pukul kau macam tu? .Sampai bila kau nak jadi kuli mereka?!" tengking Ryota lalu melepas kuat tangan aku .

Aku hanya mampu menunduk wajah dan terdiam sepi saja .Ya..aku memang seorang pengecut bahkan berdiri di hadapan Ryota sekarang tubuhku terasa kecil sekali .Rasa nak terkucil pun ada .

"Arigatou Gozaimasu...tolong saya tadi " aku mengeluarkan satu sapu tangan dari poket seluarku lalu membalut dengan berhati-hati tangan Ryota .

"Jawab soalan aku! " Ryota menolak kuat tubuhku ke arah dinding .Kedua belah tangannya dilekatkan ke kiri dan kanan dinding supaya aku tidak terlepas dari pandangannya .

"Saya tak kuat macam awak! .Saya lemah! .Saya takut ! mental saya pun lemah! kalau saya tak ikut kata-kata mereka , mereka akan terus pukul saya! .Tolong...lepaskan saya..." air mata perlahan-lahan mengalir dari tubir mata aku .Nani? .Kenapa aku tak nangis kena pukul dengan Kyo dan kawan-kawan dia tetapi aku nangis bila kena marah dengan Ryota? .Kenapa aku selemah ini? .Layak kah aku digelar lelaki? .Shit! .Aku benci diri aku! .

"Jangan nangis... maaf.. aku terbawa dengan emosi" Ryota mengusap air mata aku dengan jarinya .Tindakannya sedikit sebanyak buat aku kurang oksigen dan nafas aku terhenti seketika .Mati kata .Aku sudah hilang kata buat masa sekarang .Yang aku tahu , aku nak balik !! .Jantung aku sekali lagi mengepam dengan laju .Wajah aku kembali terasa panas . Aku langsung membuang pandangan .

"Nee Haruka" panggilnya lembut .
Haruka?!. Kenapa dia panggil nama depan aku seolah aku ada hubungan rapat dengan dia?! . Kenapa nada dia tiba-tiba bertukar pula?! .Tolong la!! .Aku tak mampu berada di sini lagi!! .Seluruh badan aku sudah terasa seram sejuk apabila Ryota memanggil nama aku . Lagi mengejutkan apabila dia memegang wajahku .

"Ma-maaf! saya ada urusan peribadi nak selesaikan!! " aku menolak kuat tubuh Ryota namun tangan aku sempat dicapainya .

Chu~

Haruka: OoO# ?!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
"Awak gila ke?! " aku menolak kuat tubuh Ryota .Bibirku sepantas kilat aku menggosot dengan belakang tapak tanganku .Tanpa membuang masa aku terus melarikan diri .Kali ini aku berjaya melepaskan diri dari Ryota .

Apa dia fikirkan?! .Kenapa dia cium aku?! .Siapa dia sebenarnya?! . Aku mimpi kah?!! .Kalau aku mimpi tolong bangunkan aku sekarang!! .

"Tsk...dia mungkin dah benci aku sekarang..." bisik Ryota sambil tersenyum sendirian .Dia meraup wajah sekilas . "Aduh..apa aku buat ni..." Ryota mengeluh kecil seraya mengatur langkah kembali ke kelasnya .

-BERSAMBUNG-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience