Chapter 2

Romance Series 1675

Keesokan harinya , aku tidak hadir ke sekolah .Kejadian kemarin betul-betul memberi impak pada aku .Kenapa setiap kali hari lahir aku mesti malang nasib aku? apa dosa aku ?

Tok tok tok " Haru , kamu tak pergi sekolah ke harini nak?" si ibu berdiri tegak di hadapan bilik Haruka sambil mengetuk pintu . Kelibat Haruka masih tidak kelihatan dari jam 8 pagi .

"Tak .Haru tak sihat harini ibu" balasku perlahan .Aku baring menyelimuti tubuhku. Demam? tak pun .Aku tipu je .Tapi aku betul-betul takda kekuatan nak ke sekolah harini! sebab apa?sebab kejadian kemarin la!! tolong lah! aku harap itu semua mimpi saja! .Siapa lelaki bernama Ryota tu sebenarnya! apa dia nak dari aku? .

"Nani? tak sihat?! .Kamu tak ke klinik ke ? nak ibu temankan?" soal si ibu tak putus .Gusar mendengar satu-satu nya anak lelaki nya tidak sihat . Hanya Haruka saja tempatnya bergantung .

"Ehhh?! tak apa ibu , Haru baik-baik saja .Ibu pergi la kerja .Haru nak rehat saja harini " aku langsung menutup wajahku dengan selimut . Kusut sekali fikiranku sekarang .

"Baiklah kalau begitu .Kamu jangan lupa makan ubat ya nak. Ibu pergi dulu .Apa-apa jangan lupa call ibu ye"
Tap tap tap kedengaran langkah Puan Hana makin lama makin jauh dari bilik Haruka .
"Maaf ibu ....maaf..."

SKIP!!

Di sekolah , semua pelajar kelab bola keranjang diminta berkumpul di bilik kelab pada jam 10 pagi .Mesyuarat tentang perbincangan perlawanan bola keranjang akan dikendalikan oleh Aihara Miyuki selaku coach dari pasukan bola keranjang .

"1, 2, 3, 4, 5 , 6... siapa tak datang harini?" soal Aihara sambil melihat satu per satu wajah pasukan bola keranjang dalam bilik itu .

"Tooru tak datang " jawab Oki , selaku kawan rapat Haruka Tooru dalam kelab bola keranjang.

"Em? kenapa? dia ada cakap apa-apa tak dekat awak?" soal Aihara lagi .

"Ada , dia cakap dia tak sihat" jawab Oki sambil terangguk-angguk sendirian .

"Nani? tak sihat? . Aduh saya harap dia cepat sembuh .Perlawanan dengan Asuka High School tak lama lagi . Seminggu dari sekarang . Kita akan ada latihan setiap hari " gusar Aihara dibuatnya .Dia memejam mata memikir seketika .

Dengar saja Haruka tak sihat , bulat mata Akashi dibuatnya .Kepalanya tak henti memikir kejadian kemarin .Adakah disebabkan tingkah laku nya Haruka tidak sihat? atau kerana Haruka dibuli?

"Hohoho relax la senpai .Kita semua tahu macam mana Tooru senpai main .Dia tak pernah mengecewakan kita pun .Jangan risau , dia pasti sembuh dalam masa terdekat " celah Genji yang ingin mereda kan suasana cepumas itu .

Semua orang mengangguk tanda setuju dengan kata-kata Genji .

Akashi hanya memandang tempat kosong di sebelah nya .Satu keluhan kecil dilepaskan .

"Baiklah saya taknak buang masa .Mari teruskan meeting kita .Sebenarnya harini saya nak kenalkan awak semua ketua baru awak , Akashi Ryota . Dia yang akan gantikan tempat Jeno" ujar Aihara sambil tersenyum manis .

"Konichiwa , saya Akashi Ryota tahun 2 .Saya akan gantikan tempat Jeno sebagai Center .Yoroshiku onegai shimasu!" ucap Akashi Ryota sambil menunduk hormat .

"Yoroshiku! saya Yamato Rei , tahun 2 ! Point Guard basketball "

"Yoroshiku! saya Usagi Yamada tahun 3! Shooting Guard"

"Yoroshiku! saya Takahiro Oki tahun 3 .Posisi ,Power Forward"

"Yoroshiku senpai! saya Akihiko Mugi tahun 1 pemain simpanan .Saya bermain sebagai Power Forward ! harap dapat beri kerjasama dengan senpai!"

"Yoroshiku senpai! saya Tanaka Genji , tahun 1 pemain simpanan. Posisi ....Point guard? power forward? er...saya pun tak pasti .Tapi saya ok je mana-mana hehehe"

"Hola senpai! i'm Christ! 1st year and my position is small forward .Nice to meet you!"

"Dan saya , Aihara Miyuki .Pelajar tahun 3 selaku coach awak semua .Jangan pelik macam mana wanita boleh jadi coach . Harap kita semua dapat bekerjasama dengan baik ye!"

(a/n: author tibai ja letak nama cast .sambil type sambil fikir hahaha .So kalau pelik nama dorg ke ada maksud pelik ke maaf ea .Tu reka sendiri je )

"Ok semua dah kenalkan diri kecuali Haru je kan? . Ryota , sorang lagi yang tak datang tu namanya Haruka Tooru . Dia tahun 2 sama awak juga .Posisi dia small forward .Tapi orangnya kecil je .Jangan pelik kenapa saya letak dia small forward walaupun badannya kecil je .Dia lincah , bijak atur strategi dalam permainan .Sebab itu saya letak dia posisi itu .Nanti awak boleh check semua video pasukan kita main " ujar Aihara sambil tersenyum .

"Baiklah " balas Akashi sambil mengangguk perlahan . "Kenapa Miyuki panggil Haruka ..Haru? apa hubungan dia dengan Haruka..? " bisik hati Akashi .

30 minit kemudian , tamat saja perbincangan tentang perlawanan seterusnya , mereka bersurai ke kelas masing-masing .

"Er...Miyuki-san ..boleh saya minta izin nak tengok data pasukan kita?" minta Akashi secara sopan .Tangan kanan sibuk menggaru belakang kepalanya .
"Hm? ah boleh saja! . Nah .Awak tengok dulu .Nanti dah selesai check semua awak boleh pulang dekat kelas saya .Saya kelas 3-1" Aihara menghulur sebuah iPad pada Akashi .
"Baiklah .Terima kasih ye Miyuki-san" ucap Akashi sambil tersenyum .

SKIP!!

Di kelas , Akashi lantas membuka biodata pasukan bola keranjang di iPad milik Aihara Miyuki . Tanpa membuang masa , dia lantas menekan biodata Haruka Tooru .Ada sebab dia minta untuk melihat biodata pasukannya .

"Alamat...alamat.... ha jumpa! " Akashi tersenyum sendirian . Dia mencapai sehelai kertas kecil dan menulis alamat Haruka di kertas itu . Dia sempat mencatat emel dan nombor telefon milik Haruka juga dan set kan dalam telefon nya.

KRINGGGGGGGG bunyi saja loceng menandakan waktu habis kelas , Akashi segera mencapai beg nya lalu lari keluar dari kelas .

"Ryota-san! " panggil seorang gadis berambut panjang yang berdiri di tepi pintu kelas 2-1.

Ryota cepat-cepat menghentikan langkah nya .

"Ano...saya ... boleh saya.... "
"Maaf! saya ada urusan penting sekarang! .Kita jumpa lagi ya nanti!" tanpa endahkan si gadis , Akashi langsung berlari meninggalkan si gadis terkesima di hadapan pintu kelas .

"Nee Sakura .Aku tahu kau sukakan pelajar baru tu .Siapa je tak suka dia .Kacak , pandai , tinggi , team basketball pula .Tapi ...aku kurang setuju la kau jatuh hati pada dia .Dia macam layan tak layan kau je.Dia tak kenal kau ke? pelajar wanita paling cantik dalam sekolah ni .Kau ada standard tinggi .Jangan la jatuhkan ego kau untuk lelaki sombong macam tu ..." Yuki selaku sahabat Sakura menepuk perlahan bahu Sakura .

"Huarghh!! macam mana ni Yuki!!! aku dah betul-betul jatuh hati pada dia sejak haritu lagi dia masuk sekolah niiii . Aku tak boleh lupa apa dia buat pada aku..."
"Dia tolong tahan kau dari terjatuh je pun .Siapa pun akan buat benda sama pada kau .Yang kau pergi panjat tingkap tu kenapa .Cari pasal betul la " Yuki mengeluh berat lalu menggeleng kepala .Pening akan tingkah laku sahabat nya .Cantik , pandai , tetapi berperangai pelik .

"Ah tak kisah la .Yang penting aku dah jumpa prince charming aku .Aku akan menangkan juga hati dia .Tengok la hehehe " Sakura tersengih seperti kerang busuk .
"Apa-apa je la .Broken jangan cari aku" balas Yuki acuh tak acuh .
"Alaaa~~~ Yuki-channnn~~~ "
"Baka.."

SKIP!!

Setelah 15 minit jalan kaki dari sekolah , akhirnya Akashi tiba di hadapan rumah Haruka .Di tangannya , dia memegang sebungkus beg plastik berisikan pelbagai ubat .Dia sempat singgah di farmasi sebelum ke rumah Haruka .Jarak antara rumah Haruka ke sekolah tidak lah terlalu jauh jika menggunakan jalan kecil .

"Apa aku nak cakap dengan Haruka nanti ...tak ke pelik aku tiba-tiba tahu alamat rumah dia..aku nak kasi alasan apa..." omel Akashi sendirian .Kepalanya masih lagak memikir 1001 alasan untuk diberikan pada Haruka .

"Duomo..? kamu kawan Haru ke?" sapa seorang wanita .
"Ehh?! aa ye .Saya Akashi Ryota! ka-kawan Har- Tooru" gumam Akashi tersekat-sekat .Tiba rasa seperti jantungnya nak gugur saja .
"Ohh saya Hana , ibu Haru .Jemput la masuk .Haru ada dalam rumah " Puan Hana menarik tangan Akashi .
Akashi hanya akur dan membuntuti Puan Hana dari belakang walaupun kepala masih ligat mengatur ayat untuk disampaikan pada Haruka .

"Haru?!! .Ni kawan kamu datang .Keluar la " panggil Puan Hana lalu mengatur langkah ke arah dapur .
"Ano...Hana-obasan... saya taknak ganggu Haru- To-Tooru pun .Saya hanya datang nak beri-"
KRAK! kedengaran pintu bilik dibuka . Akashi langsung mati kata .Perlahan-lahan dia memaling ke arah Haruka sambil senyuman tak lekang di bibir .

Nampak saja kelibat Akashi , Haruka langsung beku berdiri di hadapan pintu bilik nya .Kakinya terasa berat sekali untuk melangkah .

"Apa dia buat di sini..." bisikku perlahan .Aku tak salah lihat kan ? .Ohh lupa .Mesti mimpi ni . Tanpa membuang masa , aku mengatur langkah masuk semula ke dalam bilik .

Akashi: Ehhh?! O-O? .Dia tak nampak aku ke....?

"Haru?! kenapa masuk semula? ni kawan kamu la! " panggil Puan Hana sekali lagi sambil mendulang seteko minuman teh buat Akashi .

KKKKKK...R...A..KK.... perlahan-lahan saja aku buka pintu bilik lalu mengintai ke arah ruang tamu .Betul!! mata aku tak buta lagi!! .Itu memang lelaki kemarin!! Akashi Ryota! .Apa dia buat di sini !!. Macam mana dia tahu rumah aku !!! . Psycho ke!!! .

"Haru!!" marah Puan Hana dibuatnya melihat tingkah laku anak nya seperti melihat hantu saja .

"Ano...Tooru-kun? ini saya .Akashi Ryota " ujar Akashi sambil tersengih .Terasa janggal seketika apabila Haruka berperlakuan seperti itu .

Kun?!! kemarin dia panggil aku Haruka-san , harini dia panggil aku Tooru-kun pula .Sejak bila aku kawan rapat dia ni?! .Tapi lebih baik Tooru-kun dari Haruka-san .Meremang aku dibuatnya .

"A-awak buat apa di sini?" soalku .Gugup rasanya .Jantung aku mengepam dengan laju setiap kali bertentangan dengan lelaki ini .Seram nya lain macam je .Aku takut dengan Kyo sebab Kyo selalu buli aku .Tapi Ryota tak buli aku .Kenapa aku takut dengan dia juga?

"Saya dengar awak sakit .Ni..saya bawakan awak ubat " Akashi meletak sebungkus plastik berisikan ubat di atas meja .
"Ehh?! .Awak datang dari jauh semata nak kasi saya ubat je?" bulat mata ku mendengar alasan Ryota .Nasib tak terkeluar bebola mata aku .Macam mana dia tahu aku sakit? ehh..aku tak sakit pun , aku pura-pura sakit je .Tapi macam mana dia tahu?! .Dia stalk aku ke?!! .

"Er..Oki beritahu .Harini kan ada perjumpaan kelab basketball di bilik meeting .Saya berkenalan dengan mereka semua .Kebetulan awak takda jadi...saya datang lawat la" Akashi tersenyum .Rasa janggalnya makin lama makin pudar .

Aku nak respond apa ni!! .Haha-san!! cakap la apa-apa !! tiba-tiba terasa bahang asmara dekat sini !! .Tubuh aku sudah berpeluh .

"Lahh susah-susah je kamu datang lawat dari jauh , siap belikan ubat lagi .Terima kasih ye Ryota" celah Puan Hana sambil menghidang makanan ringan di atas meja .
"Terima kasih ibu!!!! ibu terbaik!!" jerit hatiku .
"Eh takda la susah pun .Lagipun saya kawan Tooru , selaku kapten pasukan sekali .Saya perlu la bertanggungjawab juga tentang kesihatan Tooru .Macam mana demam awak? badan awak panas lagi?" Akashi memegang dahi Haruka secara sepontan .

ZAPPP! bagaikan bara api dilekapkan di wajah Haruka .Mukanya panas dan merah padam apabila disentuh oleh Akashi .

"Ehh!! saya ok je .Sa-saya dah ok .Saya dah sihat! " aku sedaya upaya elak dari Ryota .Dia tak segan dengan aku ke? kenapa dia treat aku macam dia sahabat ?padahal aku baru jumpa dia kemarin je?!! .

"Haru elak dari aku ...mesti la dia janggal dengan tingkah laku aku kan...kuso! apa aku buat ni!! kenapa aku tak dapat kawal diri aku setiap kali jumpa Haru! " jerit hati Akashi .

Puan Hana: O3O wuu~~
Terharu melihat anak nya mempunyai seseorang yang sudi mengambil berat tentangnya .

"Hm , bagus la kalau macam tu .Ah saya balik dulu ye .Esok saya datang lawat lagi" ujar Akashi lalu mencapai beg galas nya .
"A-ano Ryota-san! .Esok...tak perlu lawat lagi..." aku menunduk wajah .

Bagai sebilah menusuk jantung Akashi apabila dengar akan kata-kata Haruka.Sebenci itu kah Haruka padanya ? perlukah dia meminta maaf tentang kejadian kemarin?

"Haru! kenapa kamu-"
"Esok...saya akan datang ke sekolah .Kita jumpa di sana..." sambungku sambil memandang wajah Ryota .Janggal tu memang la janggal .Tapi jauh di sudut hati aku , aku gembira .Entah kenapa .Mungkin sebab ...ini pertama kali seseorang lawat aku di rumah? entah la..

"Hai! .Esok kita jumpa lagi! . Saya kelas 2-1 .Awak kelas berapa?" soal Akashi .Senyuman manis terukir di bibir .
"2-5" balasku sepatah .
"Baik apa-apa saya mesej awak ye ! .Jumpa esok tau Tooru-kun! .Saya tunggu awak di sekolah! .Bye! saya pulang dulu " Akashi lantas membawa pergi diri nya dengan hati senang . Seperti nya Haruka perlahan-lahan membuka hati untuk berkawan dengannya walaupun situasi masih janggal .

Me-mesej...? O_O mana dia dapat nombor aku ? aku tak salah dengar kan? .MESEJ?!!! .

Puan Hana: O3O Haru~~

"Haha-san!! kawan je la ! kawan !" aku mendengus kasar .Kalau tak sakat bukan ibu la .

-BERSAMBUNG-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience