Rate

PROLOG

Romance Series 4659

SEORANG gadis sedang mengukir senyuman yang sangat manis dan bahagia apabila melihat susuk tubuh seseorang yang amat dikenalinya sedang duduk memeluk lutut di atas rumput di sebuah taman bunga yang mampu memukau sesiapa sahaja yang melihat taman itu. Kelihatan dia seperti menunggu seseorang di taman bunga itu. Sudah tentunya dia sedang menunggu kekasih hatinya yang kini berada di belakang tidak jauh dari dirinya.

“Amboi… bahagianya Puteri Jasmin dengar dia bersiul,” ujar seorang pengawal kepada rakan sekerjanya dalam nada berbisik.

Tumpuan yang diberikan kepada keselamatan Puteri Jasmin terganggu seketika dek disapa oleh rakannya yang berada di sebelah. Dia menyiku rakan sebelahnya sambil tergelak kecil.

“Macamlah kau tak kenal dengan Puteri Jasmin. Sekali dia jatuh cinta… fuh bersemut satu negeri ni. Kalau dah kahwin nanti bertambahlah semut kat istana nanti,” pengawal itu berseloroh sambil ketawa mengekek.

“Bergosip pasal beta ya?” sampuk Puteri Jasmin.
Dia memeluk tubuhnya sambil mukanya diketatkan untuk menampakkan dirinya seorang puteri yang tegas dan berwibawa.

Dua orang pengawal tadi berdiri tegak semula. Muka cuak dipaparkan oleh mereka. Ha, sudah! Kau punya pasal lah ni, Abu… desisnya dalam hati.

“Ma…maafkan kami beta… eh Puteri Jasmin,” Pengawal pertama tadi memejamkan matanya kejap. Aduh, sempat pula tersasul! Oh mulut… sungguh tak memberi kerjasama!

Puteri Jasmin tersenyum. Garang sangat ke nadanya tadi sampaikan pengawal keselamatannya tersasul. Sebenarnya dia tegas ada masanya. Tapi dalam kes macam ni hatinya sedang berbunga-bunga cinta. Jadi mood untuk tegas itu serta-merta lesap ditiup angin cinta.

“Baiklah… beta maafkan,” ujarnya dengan suara yang kecil.

Tanpa membuang masa, Puteri Jasmin mendekati kekasih hatinya yang kelihatan sedang menunggu kedatangannya dengan penuh kesabaran. Penampilan jejaka hatinya sungguh menunjukkan gaya yang tampan dan bergaya dari belakang dengan mengenakan kemeja lengan pendek berjenama Polo dan seluar slack berwarna hitam. Sungguh mencairkan hati seorang gadis kerabat bernama Puteri Jasmin Umaiza.

Dua belah tangan Puteri Jasmin dilekapkan di kedua-dua mata jejaka yang tidak berpangkat namun berpangkat di hatinya. Jejaka itu terperanjat sedikit tatkala matanya ditutup oleh sepasang tangan mulus dan lembut. Dia mengulum senyuman bahagia. Dia tahu empunya tangan yang mulus itu.

“You’re the only one, Puteri Jasmin Umaiza,” ungkapnya romantis.

Puteri Jasmin mencebik manja seraya melabuhkan punggungnya di atas rumput di sebelah kekasih hatinya.

“Sememangnya Mien je tau satu-satunya puteri yang menghuni hati Lufti untuk selamanya selain ayah Lufti, my dear Lufti Ma’az,”

Puteri Jasmin sempat mencubit manja pipi jejaka bernama Lufti itu sambil membuat mimik muka persis orang yang melepaskan kegeraman di pipi gebu dan putih seseorang.

Lufti memegang pergelangan tangan Puteri Jasmin yang berlapik yang nakal mencubit pipinya yang sudah jelas berwarna merah-kemerahan itu seraya mengalihkan wajahnya dengan cara mengelak daripada disentuh oleh Puteri Jasmin.

“Kita belum halal, sayangku, Puteri Jasmin.” Tegur Lufti penuh sopan.

Puteri Jasmin mengetap bibirnya seraya menundukkan kepala tanda malu dengan teguran itu. Ya, dia mengaku yang mereka masih di tahap pertunangan dan belum 100 peratus halal.

“Malulah tu,” tegur Lufti lagi tatkala melihat pipi kesayangannya yang sudah kemerah-merahan.

“ Diamlah Lufti ni ish!” Puteri Jasmin membelakangi tunangnya yang sudah tersenyum manis.

Alahai… malu pun comel. Desisnya dalam hati.
“Yelah, yelah Lufti diam sampai Mien benarkan Lufti bersuara ya,” dengan penuh bersabar Lufti melayan karenah Puteri Jasmin.

Seketika kemudian, tawa Puteri Jasmin meletus mengundang hairan si tunang. Makin hairan Lufti dibuatnya.

“Halah, orang gurau je pun…” ujar Puteri Jasmin yang masih tidak berhenti ketawa.

“Mien ni kan… buat orang risau je tau?” Ujar Lufti lalu dia ketawa bersama tunangnya.

Puteri Jasmin melabuhkan tubuhnya di atas bumi beralaskan rumput-rumput yang menghijau setelah puas mentertawakan Lufti. Begitu juga Lufti, dia melabuhkan kepalanya di sebelah tunangnya, Puteri Jasmin yang sedang memandang cakerawala nan luas terbentang di bumi itu dengan penuh rasa kagum.

Pemuda tidak berpangkat itu dengan rasionalnya dia menjarakkan dirinya daripada bakal isterinya yang masih belum halal untuk mengelakkan mengundang fitnah.

“Sayang…” panggil Lufti.

“Hmmm…” Puteri Jasmin membalas dengan senandungan.

“Nak tahu tak?” tanya Lufti.

“Apa dia?”

“Lufti bersyukur sangat sebab Allah pertemukan kita sampai tahap ni. Jodoh kita kuat Insya-Allah sampai ke Jannah,” ujar Lufti penuh cinta.

“Aamiin… Lufti jangan tinggalkan Mien sambai bila-bila ya? Kecuali ajal yang memisahkan kita,” ujar Puteri Jasmin lalu memandang Lufti dari sisi yang sedang memandang bumantara .

Pandangan itu…

Satu pandangan penuh pengharapan…

Untuk seorang kekasih hati kembali ke sisinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience