Rate

BAB 2

Romance Series 4659

DERAPAN kasut bertumit yang tidak terlalu tinggi itu semakin kuat bunyinya tatkala seseorang gadis yang sedang memegang buku nota yang berkulit serta pen yang tersisip kemas di celah buku nota itu semakin mendekati bilik Puteri Jasmin.

Tok! Tok!

Ketukan sebanyak dua kali oleh Aurelia tidak disahut oleh sesiapa mahupun penghuni bilik yang besar bak rumah banglo itu.

“Puteri Jasmin?” Panggilnya dari luar bilik.

Aurelia mengetuk pintu bilik tidur Puteri Jasmin untuk kesekian kalinya. Namun tiada sahutan atau panggilan ‘masuk’ untuknya. Ini membuatkan Aurelia berasa gusar dan risau akan keadaan Puteri Jasmin.

“ Puteri Jasmin, Tuanku Permaisuri Zafiya Umaira pesan kepada Rel untuk memanggil Puteri Jasmin menjamu sarapan di ruang makan,” ujar Aurelia dari luar bilik tidur.

Malangnya, masih tiada sahutan daripada Puteri Jasmin. Dia mengerling jam Casio yang terletak di pergelangan tangannya. Jarum jam menunjukkan tepat pukul 7.00 pagi. Sepatutnya pada masa sebegini Puteri Jasmin sudah mencelikkan matanya dan sedang bersiap untuk keluar dari bilik.

Pada pagi itu, aneh pula panggilannya tidak disahut langsung oleh Puteri itu.

Aurelia mengemam bibirnya. Tangannya semakin mendekati tombol pintu. Bukan apa, dia serba salah untuk masuk ke dalam bilik puteri itu apabila panggilannya tidak disahut. Pun begitu, dia tetap mendapat kebenaran daripada Sultan Amir Zulkarnain dan Permasuri Zafiya Umaira serta anakanda mereka, Puteri Jasmin Umaiza.
Pintu dikuak dari luar. Aurelia tersenyum kecil tatkala melihat Puteri Jasmin masih berada di atas katil yang sedang berselubung dalam selimut. Sejuk sangat ke penghawa dingin ni sampai dia berselubung macam tu sekali? Soalnya dalam hati. Alat elektronik suhu penghawa dingin yang melekat di dinding yang tidak jauh darinya dilihat.

16 darjah celcius. Setahunya, itu suhu yang sangat normal untuk Puteri Jasmin. Melainkan…
Mata Aurelia terbeliak. Perasaan risau mula menerjah atmanya pada pagi itu. Dia segera mendapatkan Puteri Jasmin yang masih berselubung di bawah selimut tebal itu. Selimut tebal dibuka dan Aurelia hampir sakit jantung dibuatnya.

Di bawah selimut itu bukanlah Puteri Jasmin, malah sebiji bantal peluk yang panjang itu! Terkebil-kebil mata gadis itu gara-gara Puteri Jasmin. Dia berlari keanakan untuk memerhati pengawal di ruang masuk yang menuju ke bilik Puteri Jasmin.

Ha, sudah! Sangkaannya meleset! Dua orang pengawal sedang berjaga di situ. Ini bermakna…
Aurelia melepaskan keluhan kecil. Satu masalah datang pula. Apa aku nak jawab dengan baginda Sultan dengan Permaisuri nanti? Soalnya resah dalam hati.

Hailah puteri Jasmin Umaiza, kenapalah puteri selalu buat hal?

“DIK, sayur sawi, dik. Dua ringgit je seikat,”

“Siput sedut ada. Rebung ada. Kacang panjang dua ringgit. Serai seringgit,”

Beberapa orang peniaga pelbagai bangsa di situ menyeru-nyeru ramai pelanggan untuk membeli bahan mentah di pasar tani terkenal di Kuala Terengganu itu. Pasar tani itu terkenal kerana sayuran dan buahan yang dijual dengan harga yang berpatutan dan mampu milik oleh seluruh rakyat di daerah dan juga luar daerah.

Bukan itu sahaja, bahan-bahan makanan yang dijual di situ amatlah segar-bugar dan tidak rosak mahupun layu.

Seorang gadis yang memakai eyeliner di mata manakala hidung dan mulutnya ditutupi oleh pelitup muka itu sekadar menolak dengan penuh sopan kerana dia tidak memerlukan sayuran-sayuran itu ketika ini.

Keadaan di pasar tani itu terlalu sesak dek himpunan orang ramai di pasar itu untuk membeli keperluan makanan pada pagi hari. Namun, gadis yang bergelar puteri tanpa diketahui identitinya oleh rakyat di negeri itu langsung tidak jijik atau geli untuk menjejak lantai pasar tani walaupun bau hanyir makanan laut memenuhi segenap tempat di pasar itu.
Di sebalik pelitup muka, bibirnya mengukir senyuman manis tatkala matanya menangkap satu khemah berwarna biru di pasar itu. Khemah itulah khemah kesayangannya setiap kali dia berjaya mencuri keluar dari istana.

Sebab apa Puteri Jasmin sayang akan khemah yang menempatkan dua orang wanita berusia separuh abad itu? Sebabnya wanita-wanita di situ menjual cendol yang paling sedap baginya. Dia berlari keanak-anakan ke arah dua orang wanita itu.

“Assalamualaikum mak cik!” sapanya riang.

“Waalaikumussalam, Umai ni mesti nak cendol kan?”

Seolah-olah dah kenal lama, mak cik yang memanggil Puteri Jasmin dengan panggilan Umai itu dengan cekapnya mengambil cawan plastik lalu cendol dituang sedikit demi sedikit ke dalam cawan plastik yang agak besar saiznya.
Tiga keping not RM 3 dikeluarkan dari beg duitnya yang berjenama Sachs. Duit tiga ringgit dan cendol bertukar tangan. Bagai kanak-kanan riang, gadis itu bersorak kerana cendol itu telah jatuh ke tangannya.

“Cendol mak cik always dabest!” pujinya ikhlas.

“Terima kasih Umai. Terharu mak cik dengar,” ucap mak cik itu penuh syukur dan ikhlas.

“Sama-sama mak cik. Umai pergi dulu ya?”

Mak cik itu hanya mengangguk membenarkan. Sesudah itu, Puteri Jasmin mengorak langkah menuju ke kafeteria pula. Ada benda yang dia ingin laksanakan sebelum pulang semula ke istana dan bersiap sedia dimarah ayahanda.

“Kak, nasi goreng kampung satu dengan air teh o ais satu bungkus,” pesannya kepada seorang pelayan yang bekerja di kafeteria itu.

“Siap!”

Beberapa minit berlalu, Puteri Jasmin masih menunggu dengan sabar sambil menikmati air cendolnya. Setelah makanan dan minuman itu sampai ke tangannya, Puteri Jasmin pantas beredar dari kafeteria itu.

Tidak jauh dari situ, dia mula nampak seorang nenek tua sedang duduk di atas bangku di sebuah perhentian bas. Puteri Jasmin memandang wanita warga emas itu dengan pandangan sayu. Begitulah pandangannya setiap kali memandang nenek yang terbiar di situ.
Dia segera mendapatkan nenek itu.

“Assalamualaikum nenek,” sapanya lembut.
Nenek yang telah kehilangan penglihatan sejak 20 tahun lepas akibat kemalangan jalan raya itu telah mengundang perasaan belas kasihan dalam atma Puteri Jasmin. Sudahlah hilang penglihatan, anak kepada nenek ini juga telah membiarkan nenek ini hidup berseorangan tanpa pengasuh. Sekurangnya hantarlah nenek ini ke pusat jagaan warga emas. Apa punya oranglah buat ibunya macam ni.

“Waalaikumussalam, cu. Umai ya? Lama nenek tak jumpa Umai,” ujar nenek itu sambil meraba-raba mencari lengan Puteri Jasmin.

Puteri Jasmin tersenyum sayu walaupun tidak dapat dilihat oleh nenek itu.

“Umai ada bawakan nenek makanan dan minuman. Umai suapkan ya?” ujar Puteri Jasmin.
Bekas nasi goreng kampung dikeluarkan dari dalam plastik lalu dibuka. Puteri Jasmin mencedok nasi goreng kampung itu dengan berhati-hati menggunakan sudu plastik.

“Bismillah…”

Dia menyuapkan nasi itu masuk ke dalam mulut warga emas di sebelahnya.

“Umai nak tahu tak?” Soal nenek itu sambil mengunyah nasi yang tersisa dalam mulutnya.

“Tahu apa nek?”

“Kalaulah nenek diberi peluang kedua untuk melihat oleh Allah. Nenek nak lihat Umai dulu sebagai orang pertama. Umai ni mesti cantik orangnya kan? Hati pun mulia sangat tolong gelandangan macam nenek ni,” luahnya penuh perasaan hiba.

Puteri Jasmin mati kata. Dia tidak tahu ingin membalas apa. Sudahnya dia hanya mengulum senyuman ikhlas untuk nenek itu.

“Dan jauh di sudut hati nenek, setiap kali nenek berdoa semoga Allah membuka hati Umai untuk menutup aurat. Nenek harap perkara itu akan berlaku satu hari nanti walaupun nenek dah tiada nanti,” sambung nenek itu lagi.

“Nenek, janganlah cakap macam tu… InshaAllah, Allah akan makbulkan doa nenek. Teruskan berdoa nek semoga Umai mula menutup aurat dengan sempurna,”

“Aamiin…”

Bersabarlah nek. Sikit masa je lagi Umai akan hadiahkan sesuatu untuk nenek…desis Puteri Jasmin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience