2

Others Series 3253

Sebuah kereta Myvi berwarna biru memakir tepat di hadapan halaman rumah Mak Cik Rosmawaty merangkap isteri ketua kampung di situ. halaman rumah yang bersih teratur itu ditenung lama oleh pemuda pemilik kereta myvi tersebut dengan pandangan mata yang sayu.

dia mengembuskan nafas panjang seraya anak matanya memusing ke kiri dan kanan seakan-akan mencari susuk tubuh seseorang. hari yang kian gelap itu menyukarkan pandangan matanya. dia tersenyum buat seketika apabila imbasan silam ketika waktu kecilnya bermain di minda.

Di laman rumah inilah dia dan kawan-awannya bermain ketika kecil dahulu. Azan maghrib tiba-tiba sahaja berkumandang menandakan telah masuknya waktu solat magrib di kawasan itu. tanpa mebuang masa lagi, jejaka kacak kacukan Pattani Siam Melayu itu terus mematikan enjin kereta lantas dia mengambil beg galasnya di belakang dan beg roda bersaiz sederhana lalu dia melakangkah keluar dari kereta setelah mematikan enjin kereta.

Kereta dikunci olehnya untuk keselamatan. Baru tiga kali langkah, langkah tiba-tiba terhenti. Nampaknya, hampir setahun setengah dia tak balik ke kampung kerana sibuk bekerja sambil belajar di Perlis.

Jejaka itu termenung seketika.

Jejaka berusia dua puluh lima tahun itu tersedar dari lamunan sesaatnya itu lalu terus dia melangkah masuk ke dalam rumah setelah dia nampak pintu rumah tidak berkunci.

"Afif Daniel!!!" Laung satusuara dari belakang lantas gadis itu memeluk tubuhnya dengan ketat sekali.

"Aish, beraninya kau panggil nama aku je? Aku ni pak ngah kau tahu tak?" Marah Afif Daniel setelah anak buahnya yang sulung itu hanya memanggil namanya sahaja.

"Okay, okay sorry pak ngah ku yang handsome, kacak lagi budiman... hehe, Rose rindu sangat dekat pak ngah tahu? Dah setahun lebih pak ngah tak balik. Last balik pun raya puasa tahun lepas aje. Ini dah nak puasa baru pakngah munculkan diri." Ngomel gadis berusia 18 tahun itu.

"Haihhhh, pak gah sibuklah. Mana mak kau? Mana pak su? Mana tok dengan wan? Mana mereka semua?" Tanya Afif Daniel dengan bebola matanya memusing kiri kanan mencari susuk nama-nama yang disebutnya itu tadi. Dia mengaku memang dah lama tidak pulang ke kampung, anak buahnya juga sudah besar tanpa dia sedari.

"Semua dekat dapur tengah sibuk masak untuk hero kesayangan dia orang sorang ni! Haish, dah lama hilangkan diri baru ingat jalan nak balik. nasib tak sesat." Perli Rose.

"Ah, jangan gedik nak perli pak ngah." Balas Afif Daniel ringkas sambil menolak kepala anak buahnya manja lantas kakinya melangkah menuju ke dapur.

"Assalamualaikum, Sawadee krab... "Ucap Afif Daniel telah mengejutkan semua orang di situ. Mana tidaknya suara yang di nanti-nantikan telah tiba.

"Waalaikumusalam, Sawadee... Ya Allah anak umi dah lama tak balik, masuk senyap aja... Allah, Allah..." Sahut uminya sambil memeluk erat tubuh anak lelakinya ini.

Afif Daniel ketawa kuat.

"Apa umi ni kata Afif masuk senyap pula. Kan bagi salam tadi." Balas Afif Daniel dengan nada bercanda mesra.

"Haa yallah, yalah... Kamu pergi masuk bilik rehat lepastu mandi. nanti kita makan sama-sama." Balas uminya.

"Perghh cikgu a.k.a bakal pensyarah dah balik..." Usik kak long, ibu kepada rose itu tadi yang bernama Lili. Seorang janda anak satu. suaminya baru sahaja meninggal dunia dua tahun lepas kerana sakit jantung.

"Sawadee krab Kak long. Makin gemuk ya?" usik Afif Daniel sambil ketawa mengekek.

"Ish aku budak ni. Berani kata kakak kau gemuk ya!" Marah Kak Long Lili sambil mengetuk lengan adiknya yang tinggi lampai itu dengan seduk nasi.

"Aduh, sakitlah kak long ni." Ucap Afif Daniel sambil mengaduh sakit.

"Siapa suruh cari pasal. heh, kau tu pergi mandi." Kak long Lili mula menyinga sambil mencekak pinggang.

"Yalah, yalah. abah dengan adik mana?" Tanya Afif Daniel lagi dengan bebola matanya tercari-cari.

"Dekat belakang, tengah potong daging nak bagi anak dan abang kesayangan dorang makan." Perli Kak Long Lili.

"Wow, nak masak apa kak long?" Balas Afif Daniel dengan nada ceria gembira mata bersinar-sinar.

"Tomyam daging. Lauk yang lain dah siap." Balas Kak Long ringkas.

"Wow favourite Afif! Sekarang juga Afif masuk bilik, tukar baju dan mandi." Ucapnya dengan sepantas kilat masuk ke daam biliknya dengan langkah panjangnya. Gembira sangat apabila lauk kegemaran dia akan terhidang nanti.

"Makin kacak ya adik Lili kan mak. Pandai bergaya lagi." Puji Kak Long Lili dalam diam kepada umi mereka. Senang sahaja Kak Long Lili lihat ke arah Afif Daniel yang mengenakan baju kemeja putih di sentengkan tangan hingga ke situ dan seluar berwarna coklat muda di sentengkan hingga paras buku lali itu dari jauh. Bajunya kemas dimasukkan ke dalam seluar.

"Anak umi, mestilah!" Balas umi bangga.

Maklumlah, orangnya tinggi lampai. berkulit putih bersih serta kacak orangnya. persis artis thailand orangnya.

"Aduh umi, bukan main suka lagi ya dia dapat makan lauk kegemaran dia hahaha." Kak Long Lili masih ketawa.

"Itulah, dah jom sambung masak biar dia rehat, mesti penat tu berjalan jauh." Ajak Umi.

"Ayuh mari." Sahut Kak Long Lili perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience