1

Others Series 3253

"Hoi Husin, kau dahlah tak kerja. Penganggur habis kan beras je kau ni! Patutlah mak bapak kau buang kau! Anak sampah!" Laung Farida Sofia kepada jejaka berkulit gelap, kurus kering berambut perang itu.

Mahunya tak mengamuk si Farida Sofia itu kalau tak kacau dia semasa pulang ke kedai runcit Pak Seman.

Hati Husin mula panas membara mendengar betapa celuparnya mulut Farida Sofia. Tanggannya di kepal ketat. Gigi di ketap rapat.

"Kurang ajarnya mulut kau Farida! Aku nak duit je, kau bagi aku duit aku pergi tapi masalahnya sekarang ni kau melawan. Kau nak mampus ke?" Balas Husin sambil mengengam kolar baju Farida manakala sebelah tangan lagi tangannya kasar menarik rambut Farida tanpa belas ihsan.

"Hoi babi! Sakitlah!" Jerit Farida Sofian seraya cuba untuk melepaskan diri. Beg plastik kuning berisi tepung gandum dan minyak masak itu tidak terlepas dari tangan Sofia Farida.

"Bagi aku duit! Aku nak beli barang aku!" Jerit Husin sambil meraba-raba poket seluar Farida Sofia agar dapat mencuri duit milik gadis itu.

"Nak duit kerjalah sampah hoi! Hiyahhh!" Jerit Farida Sofia sambil menendang perut Husin sekuat hati.

"Adohhh!!!" Jerit Husin kesakitan yang sudah terbaring di atas tanah sambil memegang perutnya.

"Puihh! Anak babi!" Tengking Farida Sofia sambil meludah ke muka Husin. Puas hatinya dapat buat sedemikian. Tanpa membuang masa lagi, dia terus berlari pergi dari situ sebelum keadaan bertambah teruk.

Takut juga dia kalau Husin bangun dan terus apa-apakan dirinya. Pernah orang kata Husin semasa tengah gian hisap dadah dia rogol ayam. Takut juga jadi apa-apa nanti.

Sekuat hati Farida Sofian pergi dari situ...

-

"Mak! orang dah balik!" Laung Farida Sofia dengan lantang dan berwajah ceria seakan-akan semasa pulang dari kedai keadaan baik-baik sahaja seperti tiada perkara buruk yang berlaku.

"Hah! Dah balik pun. Lamanya pergi kedai." Balas Mak Cik Kiah mak angkat kepada Farida Sofia ini sambil menyapu daun kering di halaman rumah.

"Maaf mak, Ida merayau kejap tadi bosan kalau balik awal... Nah, barang mak suruh beli tu." Ujarnya dengan senyuman.

"Hmm, yalah. Dah, masuk rumah mandi. Dah nak maghrib ni. Masuk cepat." Arah Mak Cik Kiah.

"Okay mak." Balas Farida Sofia atau nama panggilannya Ida di dalam rumah kecil ini namun selesa di diami oleh tiga orang anak beranak dalam rumah ini.

Makan tidak mewah seperti orang lain, namun mereka tetap bersyukur dengan apa yang ada. Hari kian gelap menjelmanya lah malam.

masa untuk para manusia beragama Islam untuk menunaikan solat maghrib. Tak lama kemudian, azan maghrib berkumandang di surau kampung itu dengan indah sekali...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience