Kecur air liur Farida Sofia apabila melihat ikan pekasam emaknya itu yang terkenal di kampung ini sudah siap sedia di goreng untuk di jamah oleh tiga orang anak beranak itu.
"Wuish, sedap ni mak. Tak sabar nak makan." Ucap Farida Sofia sambil sudah siap duduk di kerusi meja makan. Perutnya sudah berkeroncong minta makan sejak petang tadi lagi.
Hidangan mereka tidaklah semewah orang lain cuma ada ikan pekasam, telur goreng, bawang goreng dan kicap masin cap Mudin di atas meja berserta air kopi sudah cukup untuk mereka mengisi perut.
"Ida, panggil adik kau cepat. Dah habis solat kot tu. Cepat panggil dia makan nanti sejuk ikan pekasam ni dah tak sedap." Ucap si emak seraya meletakkan sepinggan ikan pekasam di atas meja.
"Ariffin!!! Cepat datang makan!!!" Jerit Farida Sofia dari dapur macam Tarzan.
"Heh! Apa kau ni jerit-jerit macam jantan ni. Kau tu perempuan! Tak eloklah jerit macam tu." Marah emak mereka kepada Farida Sofia.
Farida Sofia hanya mampu tersengih macam kerang busuk. Tak lama selepas itu datang seorang remaja berkulit hitam manis datang duduk di atas kerusi sedia untuk makan.
Diam sahaja dia duduk di situ dengan muka bengkak. Farida Sofia yang perasan dulu terus merenung tajam serta mula menujukan soalan.
"Hey, Ariffin! Asal muka kau tu bengkak? Kena buli lagi eh?!" Marah Farida Sofia sambil memegang muka adik angkatnya.
"Ash, kakak ni. Tak adalah. Arif jatuh je. Tak ada apalah." Balasnya perlahan.
"Tipu, aku tau kau tipu aku. Aku bukan bodoh nak percaya. Mak tengok ni muka dia bengkak! Hey, Ariffin siapa yang buat kau jadi macam ni? Cakap, biar aku pergi berlasah bontot dia!" Marah Farida Sofia.
"Sudah, jangan gaduh. Kau Ida jangan cari pasal! Sudah-sudahlah kau suka cari pasal dengan semua orang! Penatlah." Tegur emaknya dengan suara sedikit meninggi namun bukanlah marah.
"Tapi mak, orang suka buli hina keluarga kita, Ida dah tak tahanlah! Penat tahu tak. Sampai bila?!" Lantang anak angkat bernama Farida itu bersuara.
Ariffin dan emak terdiam sepi tunduk ke bawah.
"Sampai bila? Sebab kita miskin orang buat kita macam ni mak tahu? Cuba kita kaya raya, mesti dah orang sanjung kita." Ucap Farida Sofia tanpa berfikir panjang.
"Habis, kau menyesallah tinggal dengan mak yang miskin ni?!" Emaknya mula bernada sebak.
Farida Sofia terdiam. Dia turut terkesan dengan kata emaknya tadi. Bukan itu maksudnya tapi, hmm... sudahlah. Dia dah terlepas cakap dah pun. Sekarang hati emaknya terguris.
"Ida, mak nak pesan ya. Biarlah kita miskin, hina sekali pun kita jangan kacau hal orang. Biarlah orang nak buat apa. Apa yang korang mesti tahu adalah mak tetap sayang anak-anak mak! Kau walaupun bukan anak kandung mak tapi mak tetap sayang maaflah kalau mak miskin tapi mak cuba bagi sama rata untuk kau orang walaupun Ida bukan anak kandung mak tapi mak tetap sayang macam anak yang terhasil dari rahim mak sendiri. Faham tu? Kau jangan cari pasal dengan orang Ida, mulut kau jangan celupar. Orang tak suka." Ceramah emaknya dengan tegas sekali.
Semua orang terdiam. Patutnya mereka makan bersama-sama sebagai satu keluarga kecil namun semua itu jadi satu pergaduhan antara anak beranak.
Semuanya kerana mulut celupar Farida Sofia.
Apakan daya. Nasi sudah menjadi bubur.
"M... mak Ida minta maaf." Ucapnya perlahan.
"Sudahlah Ida, mak dah tua nak marah-marah. Mak tak lama lagi nak mati, mak dah tua. Nanti mak dah tak ada siapa yang nak jaga kau dengan adik? Tolonglah Ida jadi matang sedikit demi keluarga kita." Ucap emaknya masih panjang lebar namun nada suaranya sudah reda.
Farida Sofia tertunduk ke bawah lantas mengangguk faham. Ariffin masih lagi membatu di situ takut nak masuk campur. Dia tidak mahu keadaan bertambah buruk.
"Sudahlah, maafkan mak. Marilah kita makan sebelum lauk makin sejuk. Mari makan Ida, Ariffin meh makan." Pelawa emaknya seolah-olah tiada apa yang telah terjadi.
Farida Sofia serba sedikit sudah mula hilang selera makan kerana rasa serba salah dengan emaknya.
'Emak, Ida minta maaf. Mulut Ida memang jahat tapi Ida cuma nak pertahankan keluarga kita.' Ucap Ida dalam hati tidak mampu dia luahkan ia keluar takut keadaan bertambah buruk.
Biarlah sampai di sini sahaja...
Biarlah...
Share this novel