Rate

Bab 1

Drama Series 1832

Sofia terbaring di atas katil sambil melihat satu per satu katelog di tangannya .Jarinya galak menguis helaian katelog yang menunjukkan tempat-tempat menarik di Negara Asia .Mulutnya terkumat-kamit menyanyikan lagu dari kumpulan kegemarannya iaitu BTS , yang bertajuk 'Heartbeat' .Tiba la di satu helaian , dia berhenti lama meneliti helaian itu .

"Hah! Jumpa!" Jeritnya sendirian .Beberapa gambar berjaya menarik perhatiannya .Sudah hampir satu jam dia baring meneliti tempat-tempat menarik di katelog itu akhirnya katelog yang ke berapa entah berjaya menarik perhatiannya .Nama pun minat oppa-oppa , kena lah travel ke Korea! .

"Pia... haih anak betuah ni .Nak lari rumah lagi ke tu tengok katelog bagai?" Sindiran zzzup! berjaya menusuk ke jantung Sofia .Puan Norain berdiri di muka pintu bilik Sofia sambil menggeleng kepala melihat anak perempuan nya .

"Alaa mama ... Pia nak pergi seminggu je travel ke Korea .Nak tenangkan fikiran .Alang-alang tengah cuti sem ni" rungut Sofia .Baginya otaknya sudah tepu dengan pelajaran kerana dia merupakan pelajar dalam jurusan Undang-Undang di Universiti Teknologi MARA Shah Alam. Asal cuti je mesti pergi travel .Punggung tu langsung taknak melekat di rumah .

"This time je mama lepas Pia .Pia tu nak tamat belajar dah lagi satu sem je .Jangan buang masa dengan travel je .Jurusan Undang-undang tu bukan senang" balas Puan Norain dengan gusar .

"So.... mama izinkan Pia pergi Seoul ke ni?" Sofia menguntum senyuman .Tunggu masa nak terkam peluk si ibu saja .
"Yes" Jawab Puan Norain lemah .
"Yey!! Thank you so much mama!! Saranghae!! " Sofia memeluk erat tubuh si ibu .Nasib Puan Norain tak ada lemah jantung kalau tak .Innalillah dek terjahan Sofia tiba-tiba itu .

******

Hakim mengemas beg pakaiannya .Segala kelengkapan disediakan di atas katil supaya dia tidak terlupa akan sesuatu .

"Baju dah , barang mandi dah , passport dah , kamera dah ,apa lagi nak boh ni?" omelnya sendirian .Oleh kerana dia berdarah orang Kedah , tak kira kemana saja dia pergi ,loghat Kedah tetap pekat di lidahnya .

"Lama ka kamu nak pergi Hakim?" soal Nek Jah .Wanita berusia 75 tahun itu ialah jurus ibunya , dia juga nenek , dan dia juga segalanya bagi Hakim .Setelah pemergian ibu bapa Luqman Hakim 5 tahun lalu akibat kemalangan jalan raya , Hakim mula tinggal bersama wan dan nenek nya di kampung Air Hitam , Kedah .

"Dak aih .Tak lama pun nenek .Dalam...seminggu macam tu Hakim balik la .Lagipun cuti sem tak lama pun .Hakim kan student lagi " Hakim tersenyum simpul memandang wajah Nek Jah .Dia tahu wanita itu risau saja kemanapun dia pergi .

"Ha takpa la kalau macam tu .Pi elok-elok na" Nek Jah mengusap perlahan kepala Hakim .
"Okey Nek.Don't worry .Wan mana?" soal Hakim .

"Hm kemana lagi dia time macam ni .Balik dari surau , singgah kedai kopi la sembang dengan kawan-kawan dia"
"Ohh yaka " Hakim mengangguk perlahan tanda faham .

*****

Tiba saja di Kuala Lumpur International Airport (KLIA), Hakim langsung melabuh punggung di tempat duduk yang disediakan .Masih bersisa satu jam sebelum tiba masa penerbangan ke Seoul ,Korea.Tangannya tak lepas memegang beg roda nya .Sambil itu dia menggamati suasana di KLIA yang agak sesak dengan orang ramai walaupun jam sudah menunjukkan di angka 11 malam. Matanya tiba-tiba terhenti pada susuk sebuah keluaga .

"Pia , hati-hati pergi nanti tau .Kalau Pia perlukan apa-apa , call je mama atau ayah ok?" Puan Norain memegang kedua belah tangan anak perempuannya dengan penuh kasih sayang .

"Ha Pia , kalau ada mamat korea nak ngorat Pia , jangan layan eh .Abang dapat tahu Pia menggatal dekat sana , siap Pia" pesan Sufi Haikal , satu-satunya abang Sofia yang berusia 28 tahun dan sudah berumah tangga itu .

"Eleh .Kak Su , abang ni pun bukan boleh .Pantang nampak awek Korea dalam muzik video KPOP , dia pun minat .Kak Su tambat elok-elok abang ni ha" pesan Sofia pada kakak ipar nya pula yang dari tadi hanya tersenyum tanpa berkata apa .Pendiam orangnya .Sikap pendiam itu memang sejak azali lagi .Tak boleh nak bantu . "Eh mana ada" celah Haikal sepontan.

"Aipp .Gaduh pula abang adik ni .Ha Pia , anything call ayah .Jaga diri baik-baik ye .Sampai nanti call " pesan Encik Harun ,si ayah .

"Baik ayah.Hah , ayah , mama , abang , Kak Su balik la .Dah lewat ni lagipun .Pia nak pergi beli jajan kejap , pastu nak pergi check tiket apa semua .Lagi 30minit nak gerak pun .Tak lama

dah nak tunggu .Nak beratur lagi kejap lagi ,passport check tu " balas Sofia .

"Takpe ke Pia? " soal si ibu yang masih risau meninggalkan Pia sendirian walaupun orang ramai keluar masuk lapangan terbang itu .

"Ish takpe la mama .Pia dah besar , pandai la Pia jaga diri " Sofia menguntum senyuman lagi .

"Ok dik , adik jangan lupa call abang nanti .Kitorang balik dulu ye " Haikal mengusap kepala Sofia sambil tersenyum .Gaduh-gaduh pun Sofia tetap adik kesayangannya .Jangan la berani sentuh Sofia sesuka hati , lagi-lagi lelaki .Jika dapat tahu pada Sufi Haikal , mahu lunyai orang itu dikerjakan .

"Untungnya ...." bisik Hakim sendirian yang melihat keluarga itu .Dia menguntum senyuman .Teringat akan arwah ibu bapanya juga .Kalau mereka masih ada , pasti mereka akan melayan Hakim begitu juga .Arwah baik orangnya .

Tiba masanya , penerbangan dari KLIA ke Incheon Korea akan berlepas .Sofia dan Hakim mula beratur untuk semakan passport dan tiket sebelum melepasi pintu menuju ke kapal terbang .
(maaf , author x pernah gi airport pun .Tak tahu macam mana keadaan dekat sana .Kalau tersalah sesuatu minta tegur di komen ya gias , Huhu )

Sofia dan Hakim ditempatkan di kelas ekonomi .Mereka duduk bersebelahan saja .Penerbangan dari KLIA ke Incheon itu mengambil masa lebih kurang 6 ke 7 jam .Bagai Kedah ke KL menaiki kereta .

"Er excuse me .Boleh bawakan saya coffee panas?" minta Sofia setelah beberapa jam menaiki kapal terbang .Dia mula rasa dahaga .Biskut tiger dalam beg dikeluarkan .Nak cicah coffee katakan .

"Baik sebentar ya " balas seorang pramugari sambil menguntum senyuman .

Hakim di sebelah sudah tidur tak sedar diri .Walaupun mereka duduk bersebelahan namun wajah masing-masing langsung tidak dipandang .Langsung tidak diendahkan siapa yang duduk di sebelah mereka .Hakim lebih pentingkan lenanya dari makan .Lelaki kan.

Beberapa minit kemudian , si pramugari datang sambil membawa sedulang coffee yang diminta oleh Sofia . "Sila nikmati coffee ni ye cik " ujarnya perlahan seraya meletak dulang coffee panas itu dengan berhati-hati .

"Thank youu" ucap Sofia sopan .Dia mula menikmati coffeenya . "Auch! " ngaduhnya apabila dia lantas menghirup coffee itu .Lupa yang coffee itu masih panas . "Arghh bibir aku!!" Sofia memegang bibirnya yang terasa melecur .

"Hey .Awak ok tak?" soal Hakim yang tersedar apabila terdengar Sofia mengaduh sakit di sebelahnya .Terperanjat beruk dibuatnya .Dia cepat-cepat mengeluarkan sapu tangan dan diberikan pada Sofia .

"Buat apa ni?" soal Sofia yang hanya memandang sapu tangan itu .Wajahnya masih berkerut menahan pedih .

"Lap la kopi tumpah tu .Sapu tangan ni bersih. Saya tak guna lagi" sambung Hakim .Nak gelak rasa kesian pula .Ditahan saja tawa itu .Namun senyuman tak dapat disembunyikan .Ada lagi ke wanita clumsy macam ni? .Cawan panas tak panas pun tak boleh beza lagi .Sendiri yang order nak panas , pastu sendiri terima padah .

"Sokay , saya ada sapu tangan" tolak Sofia sopan .Dia mengeluarkan sapu tangan pink nya dari beg tangan lalu membersihkan tudung dan bajunya yang sudah berbau coffee .Tanpa membuang masa , dia terus bangun menuju ke tandas .

"Sombongnya" gumam Hakim lalu menyimpan kembali sapu tangannya .Dia memejam semula matanya .Mimpinya yang terbantut tadi disambung semula episode 10 .

*******

Jam menunjukkan di angka 7 pagi .Perjalanan selama 7 jam itu sangat meletihkan walaupun bukan mereka yang bawa kapal terbang itu . Turun saja dari kapal terbang , masing-masing tersenyum menghirup udara segar .

"Uwah!!! Welcome To Korea!!!" jerit Sofia sendirian sambil mendepa tangannya .Gembira tak terkata .Walaupun dia peminat tegar drama korea , Kpop dan sebagainya berkenaan Korea , namun belum pernah lagi dia melawat ke Korea kerana sibuk dengan pelajarannya .Sebelum ini dia hanya ikut family saja travel ke negara lain seperti London , Paris , Macau dan sebagainya .Ini pertama kali dia jejak kaki di tanah Korea .

Dari jauh sepasang mata memandang ke arah Sofia sambil menguntum senyuman . "Comei ja" omel Hakim sendirian .Tanpa mengendahkan si gadis itu , dia mula mengatur langkah keluar dari Incheon Airport sambil menarik bagasi biru nya . Kenapa Hakim tertarik nak melawat Korea dari tempat lain ? .

Sebenarnya Korea bukanlah pilihan utama yang dipilihnya sebelum menempah tiket .Sebelum ini dia sudah buat keputusan untuk pergi ke Indonesia .Namun keadaan di Indonesia kurang baik oleh kerana bencana gunung berapi yang meletus lagi .Oleh sebab itu dia membuat pilihan kedua , iaitu ke Korea .

Salah satu faktor Korea menjadi pilihan keduanya ialah dia juga banyak melayan Drama Korea mengenai peguam , hakim dan sebagainya .Antara drama Korea yang menarik perhatiannya ialah 'Miss Hammurabi' , 'Suspicious Partner' , Lowless Attorny' dan lain-lain .Mengapa dia layan drama bergenre sedemikian? semestinya la Hakim juga merupakan pelajar dari jurusan Undang-Undang di University Utara Malaysia .Siapa cakap lelaki tak layan drama Korea? layan je .Tapi tak se'obses wanita kut .

Sofia menyentuh butang 1 yang terus masuk panggilan ke Puan Norain , si ibu . Tut..Tut .Talian sedang disambungkan .

"Hello Assalamualaikum mama .Pia dah sampai Korea ni .Alhamdulillah , selamat sampai ke sini dalam keadaan baik .Pia happy sangat-sangat " . Sambil berbual di talian , sambil dia jalan menggamati keindahan suasana di Korea .

"Ok , now aku dekat Incheon .Kalau nak pergi Seoul ambik masa berapa lama?" gumam Hakim sendirian seraya membuka aplikasi google untuk membuat research . "Kalau naik train , 1 jam 8 minit .Train macam jauh dari sini .Bas... 1 jam 10 minit .Ha boleh la bas pun .Boleh aku tidur kejap sementara nak sampai Seoul " sambungnya lagi sambil membawa langkah ke arah sebuah bas .

Di hadapan Incheon Airport sudah tersedia taxi dan bas .Hakim langsung mengatur langkah ke arah bas bewarna hijau . "Excuse me .May I ask, this bus go to Seoul?" soal Hakim sopan sambil berdiri di hadapan pintu masuk bas .

"Nae! .Seoul-e ganda ! .5 minute go" si pemandu bas siap mengangkat 5 jari tanda 5 minit lagi bas akan bertolak .

"Oh really? thank you! .Fuhh nasib baik .Kalau tak , berapa jam pulak aku nak tunggu bas ni .Kalau dalam drama tu aku tengok sat je depa tunggu bas .Berapa puluh biji bas jalan sehari" bebelnya sendirian . "Er how much?" soal Hakim lagi sambil mengeluarkan wallet dalam poket seluarnya .

"5,326.26 won" ujar si pemandu sambil menayang bil .
"Haih nasib baik la aku tak bodoh sangat pasal duit korea ni .Lagipun mudah kira kalau dah pecah ni . Here the money" Hakim memberi 6000 won pada si pemandu bas .Dan baki dikembalikan sebanyak 673.74 won dari si pemandu .

"Kam.... I mean , thank you" mula nak acah oppa , tapi tak jadi sebab lupa ucapan terima kasih dalam bahasa korea , apa? .Dia perlu belajar basic semula .At least Hakim tahu menyebut 'Annyeonghaseyo' .
"Cheonmaneyo" balas Encik pemandu sambil tersenyum .

"Ahjussi!!! Chakkamanyo!!" seorang wanita berlari dengan keadaan tercungap-cungap .Nyawa-nyawa ikan saja .Peluh membasahi dahi . "Seoul-e ganda?" soal Sofia di muka pintu bas .Nasib sempat kalau tak .Tunggu la lagi 30 minit untuk bas seterusnya .

"Nae .Palli deureoga" si pemandu meminta Sofia untuk masuk cepat ke dalam bas kerana masih ada bas lain akan parking di tempat itu .
"Naeeee" Sofia masuk dengan riangnya .Senyuman tak lekang di bibir .

"Lah .Perempuan ni lagi" bisik hati Hakim yang ternampak wajah orang yang sama asyik bertembung dengannya .Masuk ini sudah kali kedua . "Lepas sampai di Seoul nanti , dia ikut haluan dia , aku ikut haluan aku .Tapi kalau kami bertemu lagi untuk kali ketiga ....ada hikmah ke?" bisik hati Hakim lagi . Dia merenung lama wajah Sofia .Cantik sangat orangnya .Sesiapa saja lihat wajah itu pasti akan tertarik .

"Alamak.....tak cukup 500 won .Ahjussi ni taknak halalkan je ke 500 won je pun?" omel Sofia sendirian yang masih tercegat sebelah si pemandu .Bas sudah mula bergerak .

"Tak cukup berapa? " soal Hakim .Nampak saja Sofia dari tadi kelihatan gelisah , dia langsung bangun dari tempatnya yang berdekatan Sofia untuk membantu .

"Awak lagi? Takpe , saya ada duit" balas Sofia acuh tak acuh . Nak cakap sombong , tak .Sebab Sofia tidak suka berhutang budi dengan sesiapa .Ada kisah peribadinya di mana dia jadi fobia untuk berhutang budi dengan sesiapa .

"But I think you need my help this time?" Hakim tak putus pelawa untuk menolong Sofia .
"Wae geurae?" si pemandu bertanya pada Sofia tentang masalah Sofia .

"Err...I lack 500 won .Can I pay tomorrow after exchange my money? " minta Sofia .Sebelum datang ke Korea , dia terlupa membuat tukaran duit .Duit yang ada itu baki dari dia membeli mineral , pecahan dari duit-duit yang ada .

"Gwenchana , 500 won not many .Anja" si pemandu tidak menghiraukan 500 won yang tidak cukup malah meminta Sofia untuk mengambil tempat duduk .

"Ohh really?!! .Kamsahamnida ahjussi!!!" Sofia menunduk hormat tanda dia berterima kasih . "See? dah settle .Terima kasih atas niat baik awak" Sofia langsung jalan melepasi Hakim dan mengambil tempat duduk di bahagian belakang sekali kerana masih kekosongan .

"Ugh .Perempuan bandar memang macam ni ke? .Tolongg la jangan ketemukan aku dengan perempuan ni lagi " bisik hati Hakim seraya menapak kembali ke tempat duduknya .

-BERSAMBUNG-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience