Rate

Bab 3

Drama Series 1832

Sudah tiga hari mereka menetap di Korea .Banyak tempat juga sudah mereka lawati .Hari ini , Hakim telah mengajak Sofia ke satu tempat yang dipanggil Han River atau nama panggilan sebenarnya , 'Hangang' .

Jam sudah menunjukkan tepat pukul 8 malam .Usai menunaikan solat maghrib , Sofia langsung menuju ke cafeteria hotel untuk menjamu selera .

"Oh wait wait! " Sofia lari terkekeh masuk dalam perut lif . "Hehe gomawo" dia memberi ucapan terima kasih pada salah seorang staf hotel yang bantu menekan butang buka pada lif.

"Ah my pleasure" balas si staf sambil tersenyum simpul .

"Excuse me .Where are you from?" soal seorang lelaki tinggi gah yang berdiri di sebelah Sofia.

"Er..Malaysia , and you?" soal Sofia kembali .
"Oh! Malaysia juga " dia menghulur tangan untuk berjabat tangan .

Sofia hanya memandang tanpa membalas salaman itu .Bukan muhrim! .Cakap asal Malaysia , kenapa nak salam dengan wanita berhijab? .

"Oh .Sorry " Lelaki itu menarik kembali tangannya tanda faham maksud Sofia . "Nak pergi mana?" soal lelaki itu lagi . "By the way , I'm Amirul Ashraf . Just call me Amirul" lelaki kacak itu memperkenalkan dirinya .

"Sofia" jawab Sofia sepatah . "Cukup la Hakim annoying dengan aku , ada lagi ke mamat annoying yang lain ni?" bisik hati Sofia yang hanya menunduk wajah .

Lif yang dari tingkat 10 itu terasa seperti tingkat 50 saja semasa dalam perjalanan turun ke tingkat 1 di mana terletaknya kafeteria hotel .

"Biy! .Kenapa lama sangat ? .Lama tau sayang tunggu dekat sini" ujar seorang wanita yang sedang berdiri terpacak di hadapan pintu lif . Mekap tebal seinci .Baju berkilau macam nak pergi kelab .Free hair .Dress singkat paras lutut .Diva lah katakan .

"Sorry .I pergi tandas dulu tadi " balas Amirul sambil tersenyum tawar .

"Dah ada girlfriend pun sibuk nak berkenalan dengan wanita lain" omel Sofia perlahan yang melepasi tubuh Amirul namun cukup kuat bagi pendengaran Amirul dengan penangan yang diberi oleh Sofia .

"Eii siapa tu biy? .Dia cakap dekat biy ke?" soal Engku Hafifah , teman wanita kepada Amirul Ashraf .

"Eh takde la .Dia cakap dekat lelaki Korea yang ganggu dia dalam lif tadi" balas Amirul tanpa memandang wajah Hafifah di hadapannya namun matanya tak lekang memandang susuk tubuh Sofia dari belakang .Perlahan-lahan dia menguntum senyuman .

Wajah molek Sofia dapat menarik perhatian mana-mana lelaki saja yang memandangnya termasuk oppa-oppa Korea .

************************

Seperti dijanjikan , tepat jam 9.30 malam , Hakim sudah berdiri di tengah jabatan Han River menunggu kedatangan Sofia .Sambil itu dia mengambil gambar dengan kamera canon nya keindahan Han River di waktu malam .

Bunyi krak krak setiap kali dia menekan butang utama kamera canon itu .Sampai la dia menghala kamera itu ke arah tepinya .

"Awak buat apa?" soal Sofia dengan wajah kerutnya .

Krak . "Yey dapat" Hakim tersenyum lebar apabila dia berjaya mengambil sekeping gambar Sofia .

"Padam!!!!! .Muka saya tak ready lagi la!!!!" Jerit Sofia yang cuba merampas kamera itu namun digenggam kuat oleh Hakim .

"Taknak~" Balas Hakim dengan suara mendatar .Saja nak naikkan lagi marah Sofia .

"Padam saya cakap kalau awak taknak tengok saya naik angin hmmmmm" Sofia sudah mencekak pinggang .Tunggu masa saja harimau nak baham rusa di hadapannya .

"Eishhh Hak-" kata-kata Sofia terhenti apabila lampu di bahagian deretan jambatan Han River menyala dengan pelbagai warna .

"Uwahhhh cantiknya....." Sofia tersenyum melihat keindahan itu .Terasa bagai seseorang sediakan semua ini buatnya .Han River memang sesuai untuk lakukan sesi propose .Heol.

"Bukan saya ea buat .Memang benda ni ada dekat sini " gumam Hakim .Kang tak pasal Sofia fikir dia yang sediakan semua ini .

"Eii tak cakap pun awak .Saya tahu la awak takkan buat semua ni .Lagipun kita kawan je " Sofia menjeling .Dia kembali menggamati suasana sekitar .

"Kenapa dengan perkataan kawan tu? .Awak nak kita lebih dari kawan ke?" Hakim tersengih .Menyakat Sofia memang hobi nya .

"Heol! memang tak la .Saya tak puas enjoy hidup saya lagi .I'm just 22 .Buang masa la fikir soal kahwin umur muda macam ni" balas Sofia sambil mengangguk kecil .Dia cantik .Dia kaya .Dia ada segalanya .Petik jari saja ramai lelaki datang nakkan dia .Walaupun umur cecah 22 tahun , sudah ramai lelaki minta untuk jadi lebih dari seorang kawan namun tiada seorang pun diterima oleh Sofia .Siapa lelaki beruntung itu ? .

"Well .Ada masa awak akan fikir pasal ni nanti .Tapi macam awak cakap la , tak puas enjoy lagi kan ?.Lagipun kita tak habis belajar lagi .Masih tersisa 1 semester lagi . 6 bulan bukan tempoh yang kejap " Hakim kembali mengangkat kemera nya dan mengambil permandangan Han River.

"Jom pergi sana " ajak Sofia yang terlebih dahulu mengatur langkah meninggalkan Hakim di belakang .
"Ey tunggu la! .Laju betul jalan " Hakim mengejar Sofia dari belakang .

"Em Sofia .." panggil Hakim setelah berdiam lama .Mereka hanya duduk di tepi perairan sungai Han sambil bersantai .Hanya kedengaran angin malam dan air saja .Beberapa orang berpasangan duduk sambil mengambil gambar di sekitar situ .

"Yes?" jawab Sofia sambil memandang sekilas wajah Hakim .Dia kembali menatap skin telefon nya .Gambar Han River yang diambil semasa di jabatan Han dibelek satu per satu .Cantik sekali .

"Esok saya kena balik Malaysia dah .Nenek saya sakit .Masuk hospital " sayu saja kedengaran nada Hakim .Tak senang duduk dia dibuatnya apabila menerima mesej dari Wan Man , datuknya yang mengatakan Nek Jah telah dikejankan ke hospital pada petang kemarin akibat terjatuh di bilik mandi .

"Ya Allah .Apa jadi dengan nenek awak? dia tak apa-apa kan?" soal Sofia .Jelas terpancar rasa gusar dan risau di wajah Sofia .Dia langsung memberi perhatian pada Hakim dan menutup telefon nya .

"Nenek jatuh bilik mandi .Takda apa pun cuma kaki kanan nenek lebam sikit la " balas Hakim sambil tersenyum manis .Dia taknak Sofia risau dengan Nek Jah .

"Yeke? .Pastu awak nak balik bila?"
"Esok pukul 12 tengah hari .Rasa malam ni last kita jumpa .Panjang umur , ada jodoh kita jumpa lagi ye" Hakim tersengih .Saja nak nyakat Sofia part jodoh itu .But why not right? .

"Ishh awak ni .Sempat lagi eh nak main-main " Sofia menampar bahu Hakim sepontan .Walaupun baru kenal lelaki itu tiga hari , dia sudah rasa selesa dengan Hakim .Mungkin kerana cara layanan Hakim yang ramah lagi rajin menegur .

"Aduhhhh tangan saya patahhh " Hakim pura-pura memegang lengannya .

"Saya tampar bahu ok " Sofia menjeling Hakim .Menyampah .

"Aduhhh bahu saya ... aduhh adu du du du " Hakim memegang bahu nya pula .

"Eiii mengada lah! .Jom la" Sofia sudah bangun dari tempat nya .Dia mengabus-ngabus pasir di belakang nya .

"Eh baru pukul 10 lebih .Nak balik dah ka?" Hakim merenung jam tangannya .Kemarin dia jalan-jalan dengan Sofia pun mereka hampir balik jam 12 malam .

"Tak .Saya nak ajak awak pergi ke satu tempat" Sofia tersenyum penuh makna .

"Pergi mana? date ke?" sakat Hakim lagi tak habis-habis .

"Eii tolong la .Baik saya date dengan oppa Korea dari date dengan awak" Sofia mengetap gigi .Geram saja dengan sikap Hakim yang selalu syok sendiri .

"Eh saya pun macam oppa apa .Tengok ni" Hakim menarik matanya menjadi sepet .Oppa katakna .

"Heol .Sudah la .Saya campak awak dalam sungai ni kang .Dah jom , jangan buang masa" Sofia pergi mendahului Hakim . Di belakang , Hakim yang tersenyum memandang Sofia dari belakang .

15 minit kemudian , mereka tiba N Namsan Tower .
"Eh? ni bukan ke Namsan Tower?" soal Hakim .Dia ada buat research juga tentang tempat-tempat menarik di Korea , jadi dia tahu Namsan Tower adalah salah satu tempat kunjungan orang ramai juga .

"Yup .Tapi kita tak naik menara tu sebab saya dengar ada masalah sikit .Kita jalan di bahagian belakang .Awak pernah tengok drama Itaewon Class?" soal Sofia penuh teruja apabila mengingati drama kegemarannya itu .

"Tak .Tapi saya kenal la Park SeRoJa tu " balas Hakim .Confident .

"Jangan rosakkan nama bakal Suami saya boleh tak ? .Park Sae Ro Yi la! .Awak ni betul-betul minta kena belasah betul" Sofia mengepal penumbuk .

"Nama bakal suami awak Luqman Hakim" Hakim cepat-cepat mengelak sebelum penumbuk Sofia betul-betul hinggap di muka tampan nya .

"Eiiii Hakim!!!!" Sofia mengejar Hakim dari belakang .

************************
Jam sudah menunjukkan 11.30 pagi .Hakim sudah berdiri terpacak di Incheon Airport .Dia tahu Sofia takkan datang .Dari Seoul ke Incheon pun makan masa satu jam lebih .Buang masa saja nak datang sana semata nak tengok dia balik .

"Hakim!" Panggil sebulat suara .Dengar saya suara itu , lantas Hakim memaling ke arah kiri di bahagian pintu masuk Incheon Airport .

"Sofia...?" tergamam Hakim seketika .Mati kata dibuatnya .Fikir Sofia takkan datang sejauh itu .

"Awak nak pergi dah eh?" soal Sofia sambil membawa sesuatu di tangannya .

"Haah , lagi setengah jam nak berlepas .Awak buat apa di sini? .Kan jauh dari Itaewon ke Incheon ni..." Hakim memandang wajah Sofia di hadapannya .

"Err saja .Nak jalan-jalan" Sofia tersenyum .

"Cakap jela rindu saya .Tu pun susah " sekali lagi Hakim syok sendiri .

"Eii tolong la .Nah.Saya belikan awak makanan buat makan dalam kapal terbang nanti .Kirim salam dekat atuk nenek awak ye" pesan Sofia sambil menghulur bungkusan makanan itu pada Hakim .

"Insha-Allah, nanti saya sampaikan salam awak .Susah-susah ja la awak ni " Hakim mengambil perlahan bungkusan itu . "Terima kasih na" ucapnya ikhlas .

"Takde susah pun .Ye sama-sama "balas Sofia .

"Awak duduk sini lagi 4 hari kan ? .Enjoy puas-puas .Hati-hati .Jangan jadi macam haritu lagi .Saya takda nak protect awak "pesan Hakim .

"Ye tahu la ish " Sofia mencebir bibir .

"Saya taktau lagi bila boleh datang sini lepas balik ni .Andai ada jodoh , kita jumpa lagi di sini .Dekat pejalan kaki area Namsan Tower tu tau" Hakim mengenyit mata pada Sofia .

"Ish awak ni tak habis-habis la .Kenapa asyik cakap pasal jodoh je ni ha?" Sofia mencekak pinggang .

"Entah .Mulut saya yang nak cakap , mana saya tau " balas Hakim slamber badak .

"Dah la .Saya nak balik dah .Kang terlepas bas , lambat lagi nak tunggu .Hati-hati" pesan Sofia lagi .

"Eh sat Sofia ... " panggil Hakim .
"Apa?"

"Saya nak nombor telefon awak boleh ? .Tapi kalau awak taknak bagi takpa , saya tak pak-"
"010-4598---- " jawab Sofia laju . "Nasib awak ingat ke tak .Bye!" Sofia langsung membawa diri pergi .

"Sofia! .Saya tak ingat nombor last la!! .Aduh lajunya dia bagi " Hakim menggeleng kepalanya .Senyuman langsung terukir . "Saya tak letak harapan tinggi .Tapi kalau betul la takdir tu wujud .Jodoh dan pertemuan yang Allah aturkan .Saya harap orang itu awak , Sofia" Hakim menghembus perlahan nafas .Dalam hati dia berdoa agar dia akan dipertemukan lagi dengan Sofia .Satu hari nanti .

-BERSAMBUNG-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience