Rate

Bab 2

Drama Series 1832

Tiba saja di 'Seoul Station Bus' , Hakim dan Sofia membawa diri masing-masing menuju ke arah berlainan.Seorang ke arah kiri , sorang ke arah kanan .

Hakim mula membuka peta khazanah nya .Dibelek satu per satu kawasan Seoul .Satu habuk dia tak faham .Berkerut-kerut keningnya melihat lingkaran jalan di atas peta itu bagai ular dipalu .

"Haih.Telefon kan ada .Buat apa susah-susah nak tengok peta bagai .So now aku kena cari hotel penginapan dulu.Pastu baru makan" .Dia terangguk-angguk sendirian .Jarinya galak menaip satu per satu huruf di papan kekuncinya .

"Hotel , Trivago" mulutnya terkumat kamit mengajuk iklan Hotel Trivago di televisyen . "Wah..hotel dekat Myeong-dong ni pun ok juga harganya .Why not aku pergi tengok dulu" dia langsung mengatur langkah sambil membawa bagasi nya menuju ke lokasi .

"Uwahhh Itaewon!!! " jerit Sofia keriangan .Teringat akan drama korea yang baru saja ditontonnya minggu lepas iaitu 'Itaewon Class' .Park Seo Joon merupakan pelakon Korea yang paling diminatinya .Siap set kan wallpaper Park Seo Joon lagi di telefon nya .

"Ok , sekarang aku nak cari hotel area itaewon " gumamnya lagi .Bebola matanya ralit menggamati alam sekitarnya .Cantik sekali .

Beberapa minit kemudian ,Hakim tiba di sebuah hotel .Ekonomy Hotel Myeongdong Central .Sebab apa Hakim memilih hotel ini ? harga bilik sangat berpatutan .Arwah bapa Hakim merupakan rakan kongsi syarikat bersama TH Holding .Satu syarikat besar yang terletak di Selangor .Namun setelah pemergian arwah Encik Husin bapa kepada Hakim, semua harta dan wasiat dipindahkan ke atas nama Hakim .

Wang itu akan Hakim gunakan untuk perniagaan kecil satu hari nanti .Dia sudah mengatur rancangan kecil .Nak ganti tempat Encik Husin , memang bukan dalam aliran Hakim yang mengambil jurusan Undang-undang .Lagi pula arwah ibu nya berharap agar Hakim menjadi seorang peguam .

***

"Arrgh cantiknya GV Residence ni!!" Sofia berlari anak memasuki kawasan hotel .Dipandang sekeliling dengan penuh teruja .Ramai oppa-oppa Korea menarik perhatiannya .Bagi orang single sepertinya adalah BEBAS! nak suka sesiapa pun .

Kalau ada boyfriend , mula la si boyfriend nak cemburu buta .Itu tak boleh , ini tak boleh .Lain la kalau boyfriend sejenis open-minded .Tak kongkong sepenuhnya .

"Yes miss? may I help?" wanita di kaunter pertanyaan mula membuka bicara .

"Annyeonghaseyo!! " sapa Sofia penuh ceria .Perkataan itu tak lekang dari bibirnya .

"Nae annyeong" balas si pelayan sambil tersenyum simpul .

"Oh! .I'm form Malaysia .I'd like to book a single room for a week.Can I ?" soal Sofia seraya mengeluarkan wallet dari beg tangannya .

"Sure! .Can you give your name card? .Also passport " minta si pelayan .

"Ok , wait ya "

Setelah beberapa minit menunggu proses tempahan bilik untuk Sofia , Sofia langsung mengambil kad biliknya yang terletak di tingkat tujuh .

***

Jam menunjukkan angka 8.30 malam .Usai menunaikan solat Maghrib , Hakim mulakan sesi meneroka di bandar Myeong-dong .Pada waktu malam , pelbagai jualan dibuka sebaris Myeongdong street .

"Nak beli makan ...belum tentu ada makanan halal dekat sini .Kalau aku nak makan , aku kena cari restoran halal la .Nasib baik la dekat hotel tu ada tukang masak islam , barang basah halal .Dorang memang sediakan khas buat pendatang muslim .Tak salah aku pilih menetap sana " bisik Hakim sendirian sambil matanya tak lekang memandang suasana waktu malam di Myeongdong street .

Jalan punya jalan , tiba-tiba jauh 5M dia ternampak lagi seseorang yang sangat dikenalinya.Langsung bibirnya menguntum senyuman . "Jumpa lagi" gumamnya sendirian .Perlahan-lahan dia mengatur langkah ke arah si gerangan .

"Eonnie , eolmaeyo?" soal Sofia sambil memegang satu keychain di tangannya .Keychain yang tertulis 'Myeongdong Seoul' .

"2000 won" balas si penjual sambil tersenyum .

"I want this " Sofia mengeluarkan wallet nya .Tiba-tiba ... "Hey!! Help!!" jerit Sofia apabila ada seorang lelaki datang merampas wallet nya dan terus lari membawa diri .

"Eh!" Nampak saja lelaki itu lari bersama wallet Sofia , Hakim langsung mengejar lelaki itu .Di hadapan Hakim , ada lagi seorang mengejar di pencuri .

"Baru first day datang sini dah kena ragut ke..." omel Sofia sendirian .Satu keluhan kecil dilepaskan .

"Omo! gwechanaseyo?" soal si penjual yang risau akan kejadian di hadapannya .Dia menyentuh bahu Sofia dengan raut wajah risau .
"I'm ok " Sofia mengangguk perlahan .

Beberapa minit kemudian , Hakim datang bersama wallet Sofia di tangannya .Wajahnya basah dengan peluh saja .Malam-malam pun kena bersenam . Nafasnya turun naik selepas mengejar si pencuri .

"Eh? awak..." Sofia memandang wajah Hakim .

"Nah" Hakim menghulur semula wallet Sofia yang sempat diselamatkan .Namun duit Sofia sudah pencuri bawa pergi .

"Ala....duit saya ..." Sofia mengeluh kecil apabila duit nya langsung tiada .Nasib la segala kad kredit , kad pengenalan dan sebagainya tak hilang .

"Awak nak beli apa? saya belanja" Hakim mengeluarkan wallet nya .

"Kenapa eh? setiap kali saya jumpa awak mesti malang je nasib saya..." Sofia memandang tajam wajah Hakim .Bagai nak tembus saja pandangan itu .

"Eh? ke situ pula fikirnya .Awak patut berterima kasih tau setiap kali awak dalam kesusahan, pasti saya ada untuk selamatkan awak .Syukur la sikit dapat jumpa oppa macam saya ni" Hakim tergelak kecil .

"Oppa?! heol .Bawa pergi la tittle oppa awak tu " Sofia mencongek bibir menandakan lelaki di hadapannya tak layak digelar oppa walaupun tak nafi lelaki itu memiliki wajah tampan .

Dengan kulit putih , lesung pipit kiri kanan dan rambut coklat gelap itu dapat menarik para 'yeoja' Korea .Ramai juga memerhati ke arah Sofia dan Hakim yang kelihatan asing di situ terutama Sofia lah yang berhijab .

"Eleh ...mulut ja kata camtu .Hati..?" sempat lagi Hakim menyakat .

"Stop it .Oh ...terima kasih selamatkan beg duit saya " Sofia menunduk pandangan .Tak nafi juga kata-kata Hakim .Setiap kali dia perlukan pertolongan , pasti lelaki di hadapannya ada untuk bantunya .Seharusnya dia bersyukur dan berterima kasih .Bukan mengkritik lelaki itu dan cop nya sebagai pembawa malang .

"Sama-sama~~ " mendatar saja nada Hakim .Entah kenapa suka pula dia melihat pelbagai mimik muka diberi oleh Sofia padanya .Sekejap Sofia menjelingnya , sekejap Sofia mengetap gigi dan sebagainya .

"Awak ni mesti playboy kan? sebab tu suka buat suara macam tu .Dengan pandangan awak ..ughhh"

"Hey mana ada! .Saya single mingle la .Sebab tu ...ehm ..saya tengah cari " Hakim mengusap belakang kepalanya seraya membuang pandangan ke tempat lain .

"Ergh ..byuntae!" Sofia langsung mengatur langkah meninggalkan Hakim sendirian di belakang .

"Hey tunggu la! .Bunte tu apa?!! .Hensem ke maksudnya?" Hakim tergelak kecil sambil mengejar Sofia dari belakang .

Beberapa minit berjalan , perut Sofia sudah berkeroncong minta diisi .Sofia memegang perutnya namun mulutnya langsung tak berbicara .Dia perlu pergi ke pusat pertukaran wang lagi atau dia perlu balik ke hotel nya untuk memesan makanan .

“Lapaq ka? .Jom la makan dekat situ” ajak Hakim tanpa segan silu seorang dia sudah mengenali lama wanita di sebelahnya .Nama wanita itu pun dia tidak tahu .

“Takpe .Saya makan dekat hotel je nanti .Saya nak pergi tukar duit” endah Sofia lagi .

“Hey , kenapa awak ni susah sangat nak terima pertolongan saya? .Kot ya takmau rasa hutang budi ka apa pun , anggap la awak pinjam dulu duit saya , nanti awak bayar kemudian la .Jangan la tahan perut yang kosong .Saya pun lapaq ni .Jom makan kat situ” Hakim tunjuk ke arah sebuah restoran halal yang terletak tidak jauh dari tempatnya .

Sofia terdiam lama .Memikir .Perlu ke dia terima tawaran lelaki itu? Atau dia buat tak peduli saja? Tapi perutnya betul-betul berbunyi minta diisi secepat mungkin .Kali terakhir dia makan adalah tengah hari tadi di hotel .

Dia langsung tidur tak sedar diri hingga jam hampir menunjukkkan 7 malam .Nasib sempat dia menunaikan solat asar , dan maghrib menyusul kemudian . Terlalu letih dalam perjalanan panjang itu.

“Okey .Coll” Sofia mengangguk tanda setuju .Dia terlebih dahulu melangkah pergi menuju ke arah restoran halal itu .Dalam kepala otaknya sudah terbayang beberapa jenis makanan Korea seperti Tteopokki , Haemul Bap , Bibimbap dan pelbagai lagi .

Hakim hanya membuntuti Sofia dari belakang sambil menggeleng kepala .Senyuman di bibir tak lekang setiap kali dia bersama gadis itu walaupun gadis itu siap menganggapnya pembawa malang .Baginya , setiap pertemuan itu pasti ada hikmahnya .

Tiba di Myeongdong Halal Food , Sofia mula mencari tempat kosong .Walaupun restoran itu dibuat khas buat pendatang muslim , namun restoran itu penuh diisi dengan orang Korea juga .Non-muslim tak salah nak makan makanan halal tetapi muslim tak boleh makan makanan sebarangan , lagi-lagi di negara asing.

Cari punya cari , akhirnya Sofia menjumpai pot kosong yang sesuai untuk bersantai iaitu di tepi cermin restoran .Khas nya restoran ini , dinding kaca itu dapat dilihat oleh orang dalam menembusi ke luar tetapi tidak orang luar yang dapat melihat suasana dalam restoran .

“Wahhhh semua makanan nampak sedap laaaa” rambang mata Sofia melihat menu .Rasa macam nak rasa semua jenis makanan saja .

“Ambil la awak nak makan apa .Tapi jangan membazir” ujar Hakim sambil matanya juga tak lekang melihat list menu .Satu per satu hidangan dilihatnya .Semuanya nampak menyelerakan .

“Ready to order?” soal seorang pelayan sambil memegang sebuah buku nota kecil bersama pen di tangannya .Dia sedia mengambil pesanan dari si pelanggan .

“I want a bowl jajangmyeon”
“I want jajangmyeon”
Jawab Sofia dan Hakim serentak .Mereka mula memandang sesama sendiri seperti tidak percaya .

“Hey awak ni kenapa suka tiru saya huh?” soal Sofia tak puas hati .

“Mana ada .Kita jawab serentak ea .Saya tak tahu pun awak nak order jajangmyeon” balas Hakim seraya mengangkat kening tanda dia tidak bersalah .

“Aigoo..such a sweet couple” si pelayan sudah ketawa kecil melihat reaksi Sofia dan Hakim.

“Bwo?! Aniyo! .Anigodeun!” Sofia menggeleng laju takda tidak setuju akan kata-kata si pelayan .

“Then give me Tteopokki instead jajangmyeon .I don’t want to imitate anyone” sindir Hakim .Matanya tak lekang memandang wajah Sofia di hadapannya .

“What?!” Sofia menjeling Hakim kembali .

“Hahaha okey okey .Drink?”

“Ice lemon tea”
“Hot lemon tea”
Sekali lagi Hakim dan Sofia jawab serentak .

“Yahh….” Sofia mengetap gigi memandang wajah Hakim .

“Tak sama kan? Saya hot , awak ice .Ni minuman kegemaran saya la” ujar Hakim lagi.

“Ok then, what ever” Sofia membuang pandangan .

“Please wait a moment” si pelayan membawa pergi langkah sambil tersengih .

“Tengok tu pelayan tu dah fikir bukan-bukan tentang kita” Sofia memeluk tubuh memandang Hakim.

“Not my fault” jawab Hakim bersahaja .Saja nak naikkan lagi amara Sofia .

“Awak ni nama apa ea sampai garang sangat macam tu?” Hakim tersengih lagi .

“Timah” Jawab Sofia bersahaja sambil membuang pandangan memandang luar cermin .

“Betul ni? Saya panggil Timah sampai kesudah kang baru tahu” ugut Hakim .

“Eii jangan la .Saya Ainin Sofia .Panggil Sofia je .Awak?”

“Luqman Hakim .Call me Hakim .Nice to know you” balas Hakim sambil mengenyik mata pada Sofia .

“Akta 574! Seksyen 509! Awak dah buat satu kesalahan iaitu gangguan seksual .Cara pandangan awak , percakapan awak , all of your action boleh buat orang salah faham yang awak ni ada niat tak baik dengan saya tau! .Tahu hukuman seksyen 509 apa?! .Awak boleh dihukum penjara selama 10 tahun atau dikenakan denda seba-“

“Akta 21 , seksyen 4 .Kenapa saya perlu kena hukuman apa sedangkan saya sikit pun tak sentuh awak ? .Lagipun kita dah dewasa .Kita di tempat awam .Awak nak takut apa dengan saya hm?” Hakim memotong ayat Sofia seraya bersandar sambil memeluk tubuh.

“Awak umur berapa?” soal Sofia yang tersentak seketika akan balasan akta diberi oleh Hakim sebentar tadi.
“Awak tu umur berapa?” soal Hakim semula .

“22” balas Sofia sepatah .
“Me too .Dari segi awak cakap tadi look like awak dari jurusan undang-undang .University mana?” soal Hakim lagi .

“Diam la .Sibuk je” Sofia menjeling Hakim .

“Jeling-jeling .Juling mata tu kang baru tahu” sindir Hakim .

“Awak pun jurusan undang-undang kan? .Tak semua orang tahu tentang akta.Tak semua orang berminat nak tahu pasal akta pun .Hanya orang yang betul-betul minat dan memang ambil jurusan undang-undang saja” balas Sofia .Dia menongkat dagu memandang Hakim .Lelaki di hadapannya sedikit sebanyak menarik perhatian Sofia untuk mengenali lelaki itu lebih dalam .

“Yes .Saya student jurusan undang-undang la .UUM” Jawab Hakim sambil terangguk-angguk sendiran .

“Oh…saya UiTM ..” Sofia tunduk memain jarinya .

“Here your special jajangmyeon dan lemon tea” seorang pelayan datang sambil meletak perlahan hidangan di atas meja .

“Uwahhh sedapnya bauuuu” terus hilang rasa bengang pada Hakim apabila melihat hidangan yang sangat menyelerakan di atas meja .Biasanya dia tonton dalam televisyen , laptop dan telefon saja makanan korea di hadapannya .Sekarang dia betul-betul akan merasainya .

“Wow..” Hakim terangguk-angguk tanda tak sabar menjamu selera hidangan itu .

“By the way …both of you look suit together” gumam si pelayan sebelum melangkah pergi .

“Whut!!” berkerut kening Sofia .
“I think so” bisik Hakim perlahan sambil tersenyum .

“Saya dengar tuuu” Sofia menjeling Hakim .Tanpa mempedulikan Hakim , dia fokus menjamu selesa dengan mengambil suapan pertama .Matanya dipenjamkan bagi menikmati Jajangmyeon itu .Sedap sekali! .

“Walaupun anggap ni semua sebagai hikmah , dalam satu masa aku anggap ni takdir juga .Takdir pertemuan aku dan Sofia .Banyak juga persamaan kami .Allah sedang merancang sesuatu” bisik hati Hakim sambil curi-curi memandang wajah Sofia yang sibuk menjamu selera tanpa memikir keadaan sekitarnya , dengan siapa dia berada dan sebagainya .

-BERSAMBUNG-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience