Bab4:Adam Haven

Other Series 191

Kaki berhenti betul betul dihadapan Arabella...wajah Juliet dan Fiona langsung tidak dipandang...

"Ikut aku" hanya dua perkataan yang keluar daripada mulut Austin sebelum kembali berpusing untuk kembali ke atas pentas...Dan Arabella,Juliet dan Fiona seperti lembu..patut mengikuti Austin...

Sesampai aje diatas pentas...Austin menyuruh mereka duduk untuk mendengar taklimat...

POT PET POT PET pengacara tersebut bercakap...hampir satu jam mereka duduk disitu mendengar pengacara itu memberi taklimat...kadang kadang mereka tergelak apabila dirasakan lawak...dan sampai lah ke pengakhiran...

Habis sahaja perhimpunan terus Austin membawa mereka ke pejabat...proses pembahagian kelas...

"Austin,kita tak daftar dulu ke"soal Arabella yang berdiri hampir dengan Austin itu...sedikit berbisik gaya Arabella bercakap...manakala Juliet dan Fiona ralit bermain iphone 7 nya itu...

"Aku dah settelkan..." jawap Austin bersahaja sambil menyandarkan belakang badannya pada dinding..tangan di masukkan kedalam poket...kepala ditolehkan kearah kiri..tidak ingin memandang wajah Arabella..

"Austin..nah senarai" kertas yang tertera nama gegadis itu diserahkan kepada Austin..manakala Austin hanya menyambut senarai tersebut dengan pandangan kosong...langsung tidak berminat...

"Arabella kelas 4C tahap 3 dan aku satu kelas dengan korang berdua iaitu kelas 5C tahap 3...eh sebelum tu bilik korang dekat blok C tingkat 3 bilik no 347..bilik Korang sekali...bilik aku sebelah..no 348..hari ni rehat...esok baru masuk kelas...Aku Cau lu..." ujar Austin sebelum berlalu pergi membawa beg sandangnya...

Mereka bertiga memandang antara satu sama lain..."dah jom"ajak Juliet sebelum menarik bagasinya...

"Woiiii,Uniform sekolah Korang ada atas katil...esok pakai" jerit Austin sebelum kembali pusing dan berlalu pergi...

Tersentak sekejap mereka dibuatnya apabila terdengar jeritan itu...nasib tidak melatah...

************

"Dia punya tingkat 3 macam tingkap 8..semput aku bodoh" ujar Fiona sebelum terduduk dihadapan bilik yang bakal mereka inapi selama 5bulan itu...

"Aku janji aku akan balas dendam dekat Madam" ujar Juliet semput...wajahnya memerah...dada berombak laju..rambut pendek pink kemerahannya itu diikat...serabut apabila rambut itu mula melekit pada lehernya

"Dah jom masuk...bahaya duduk luar...eh Tapi nak buka macam mana pintu ni...kunci takde" Arabella mula kalut..kalau tidak silapnya...Austin langsung tidak menghulurkan satu atau dua kunci pun...

"Eh pintu ni pelik ah..takde tombol...cuma ada benda petak besar ni aje..." Ujar Juliet sambil menilik pintu bilik mereka yang pelik itu....

"Asal tak masuk" soal satu suara

Terkaku mereka bertiga apabila ada satu suara menegur...

"Maaf kan kami..Tapi kami tak tahu Macam mana nak buka...kawan kami tak bagi kunci bilik lagi"jawap Fiona...dia hanya tersenyum janggal...Arabella dan Juliet hanya menganggukkan kepala mengiakan...

"Pintu dekat sini tak perlu kunci...kamu cuma perlu tekan butang dekat bawah tu..lepastu letakkan mata kamu dekat situ untuk di scan...dan automatik pintu akan terbuka..dan orang lain tidak boleh mengakses masuk kerana kamu bertiga dah menghidupkannya atau boleh dipanggil tuan rumah ini..." terang suara itu sambil tersenyum...

Arabella yang mendengar terus mencubanya dan

KTAK

Pintu tersebut terbuka...melebar senyuman gegadis tersebut apabila telah berjaya...

"Terima kasih ye Tuan-"

" Adam..Adam Haven" sambung suara itu..dengan senyuman...matanya ralit memandang Fiona..gadis berambut panjang itu sungguh menarik perhatian...

"Dan..nama korang apa..? " soal Adam arghh sungguh matanya tidak dapat dilarikan daripada memandang gadis berambut panjang itu...

"Saya Arabella Beatrix.."

"Saya Juliet Megan"

"Dan saya Fiona Iris"sambil tersenyum mesra mereka memperkenalkan diri..

"Terima kasih sekali lagi atas bantuan Tuan Adam..Kalau tak memang kami akan melangut dekat sini sampai malam" gurau Arabella...dapat dikesannya bahawa lelaki itu seperti lebih berminat akan Fiona daripada Juliet dan dirinya..maka makin lebar lah senyumannya...'ada orang dah tangkap cintan' desisnya dalam hati..

"Erkk Ye sama sama..saya pergi dulu" kalut sekali Adam apabila dia dapat menangkap senyuman penuh makna Arabella itu...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience