Bab5:Pokok

Other Series 191

"Wehhh macam apartment doooo" Fiona lah orang pertama yang terpegun melihat keadaan 'BILIK' tersebut....terlompat lompat dia dibuatnya...sungguh cantik "BILIK" tersebut...tidak terlalu besar tapi kelihatan mewah...dapur dengan ruang tamu dipisahkan dengan meja...dan terdapat 3bilik dalam "BILIK" yang seperti kondo tersebut..

"Dah dah..aku Nak pergi simpan barang..aku nak bilik First...." ulas Juliet sambil menarik laju bagasinya kearah pintu bilik tersebut...takut diambil orang...

"Weiii aku Nak bilik tu dulu lah" jerit Fiona...terus dia berlari dan bermulalah pergaduhan tak berapa Nak matang mereka...Arabella yang melihat pergaduhan tersebut hanya menggeleng Kan kepala...

"Aku Nak keluar kejap" ujar Arabella tapi apabila melihat mereka seperti tidak melayan dirinya..terus dia berlalu begitu sahaja..malas menganggu kanak kanak riang tersebut...

Dia berjalan dan terus berjalan mengelilingi akademi tersebut...sedikit seram tapi diabaikan...habis pelosok dia pergi...takde langsung yang menarik perhatiannya....sehinggalah dia terjumpa satu pokok sakura yang subur...hanya ada satu sahaja disitu...

Terus dia mendekat...dilihatnya pokok itu dari atas sampai bawah...ditilik mencari sesuatu yang pelik...tapi tak jumpa...pokok sakura itu seperti subur..dan seperti dijaga dengan rapi...

Hampir sahaja dia menyentuh pokok tersebut...dia terdengar beberapa bunyi tapak kasut yang seperti menghala kearahnya...kalut sekali dia berlari mencari tempat untuk menyorok tapi tidak dijumpai..Detak detak tapak kasut itu semakin kuat kedengaran...semakin laju jantungnya berdegup...ditoleh kepalanya kiri dan kanan..mencari dan mencari sehinggalah dia mendapat satu idea...

Tanpa berfikir panjang terus dia memanjat pokok bunga yang besar itu...dan menyorok di atasnya....dan tak sampai beberapa minit dia terdengar suara beberapa orang bercakap...

"Hey Carlos...kenapa kau simpan lagi pokok ni...aku tengok kemain besar lagi...subur semacam..." soal salah seorang kawannya....

"Mak aku pernah pesan...jaga pokok nk sebaik mungkin...sebab dia cakap...suatu hari nanti dekat pokok nilah aku akan jumpa jodoh aku..Tapi aku tak tahu betul ke tidak..." jawap Carlos bersahaja...tangan di masukkan kedalam poket seluarnya...mata memandang tajam pokok bunga sakura tersebut...

"Xion...kau masuk dulu...aku nak melepak dekat sini kejap pastu tolong simpan kot aku..." arah Carlos sambil mencabut kot Akademi nya itu...butang baju pada lengannya dibuka dan disinsing sehingga ke siku...siap sahaja kerjanya terus kot itu diserahkan kepada Xion...

"Haa yelah..aku pergi dulu..sebab aku kena pergi panggil budak budak baru tu..."ujar Xion sebelum berlalu pergi...Carlos hanya memandang dingin belakang badan lelaki tersebut...

"Kau buat apa dekat atas pokok Aku tu...dah rasa lama hidup..." soal Carlos badan disandarkan pada pokok tersebut lalu kepala didongakkan..terus mata mereka bersatu....Arabella hanya tersengih menayangkan gigi nya..."gile tajam mata kau.."ujar Arabella....tepi kepalanya digaru...

"Kau turun sekarang...tak pernah pernah pun orang panjat pokok aku...kau dengan bangganya panjat...hey kau ingat aku jaga pokok ni sebab nak Suruh Kau panjat"marah Carlos...kedua dua tangannya mencekik pinggang...kepala mendongak keatas...

"Aku tak pandai nak turun...pokok ni tinggilah weiii..."

"Naik pandai...turun dah tak pandai dah...asal?...lepas naik pokok aku terus jadi cacat ke..."soal Carlos sinis...

Arabella hanya mencebik...ingin sahaja dicilikan mulut celupar itu..

********

"Ah ah sakit gile" desah Arabella dengan wajah berkerut..

"Diamlah kau...yang bodoh sangat pergi terjun kenapa..kalau patah kaki aku macam mana...ishhh kalau ikutkan hati aku ni..aku patahkan je kaki kau...biar cacat terus..." marah Carlos..ditekannya kaki kiri Arabella yang terseliuh itu...

"Sakitlah...dahlah kalau tak ikhlas tak payah tolong...saya nak balik bilik...TERIMA KASIH sebab BAIK HATI tolong saya tadi" ujar Arabella sambil menekankan beberapa perkataan...terus dia Cuba berdiri sebelum kembali terduduk...entah kenapa kaki kanannya juga terasa sakit...

"Kau tak payah nak mengada...bilik kau dengan bilik aku ni jauh...tunggulah doktor datang lepastu baru aku hantar kau ke bilik."Arah Carlos dengan nada yang keras...

"Eh awak sapa nak arah arah saya...dahlah tak kenal...lepastu bawa orang masuk bilik dia..ingat elok sangat lah tu " marah Arabella kembali...

Carlos hanya tersenyum sinis...dia sengaja mengengsot untuk merapatkan lagi jarak mereka...Arabella pula semakin menjauh...sehinggalah dia tersekat dengan kepala katil lelaki itu....

Terus Carlos merapatkan mukanya dengan Arabella...wajah di dekat kan hampir dengan telinga gadis itu...sengaja dilagakan pipinya dengan pipi si gadis...lalu dia berbisik...

"Aku pengarah akademi ni...dan aku berkuasa dekat sini...jadi kau...jangan Nak bantah apa yang aku cakap...lagi pun aku tak berapa suka orang dekat dengan pokok kesayangan aku tu..." ujar Carlos perlahan dengan wajah yang mengerunkan...dia terus melakarkan senyuman sinis terhadap Arabella sebelum keluar daripada bilik itu...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience