Bab3:Legal Akademi

Other Series 191

************

Tiga kepala terpaku memandang hadapan mereka....memandang kearah tempat yang ingin sekali mereka elakkan...akademi dihadapan mereka itu sungguh menyeramkan...seperti penjara..sungguh suram tempat itu...namun sedang mereka terpaku...ada satu kepala atau lebih kepada jasad yang hanya tegak memandang iphone nya itu...langsung tidak menghiraukan keadaan akademi tersebut kerana disitulah tempat dia dibesarkan sebelum diserap masuk ke Regal Akademi...

"Kau orang bertiga memang nak berdiri dekat sini sampai mampus ke.." Austin mula bersuara dengan wajah bosan sebelum berlalu masuk Legal Akademi itu..Kad identiti pelajarnya ditunjukkan kepada security..pemeriksaan badan juga dilakukan untuk memastikan tiada barang atau bahan larangan dibawa masuk...tercengang ketiga tiga gadis itu...

"Tu-Tunggu" panggil Arabella perlahan dengan suara yang tersekat sekat yang mula mengorak langkah perlahan lahan...

"Fiona,aku takut wehhh...dah macam rumah hantu" bisik Juliet sambil membontoti Arabella..Badan dan tangannya terketar ketar...air mata mula Bertakung..dirasakan Madam itu sungguh kejam kerana menghukum mereka sebegini rupa..

"Aku pun" Fiona menjawap perlahan..mata diliarkan kiri dan kanan...air liur diteguk kesat...berpeluh seluruh badannya...

Arabella yang melihat Austin semakin jauh itu mula berlari..mengejar langkah Austin...Diikuti Juliet dan Fiona..jelas sekali ketiga tiga gadis tersebut ketakutan...dapat dilihat dengan jelas apabila bagasi tersebut hampir tergolek kerana tarikan yang terlalu kuat...

Sesampai aje Arabella di sebelah Austin...terus dia merangkul lengan jejaka tersebut tanpa berfikir panjang...Juliet dan Fiona ikut terkejut melihat tindakan drastik Arabella itu..namun dibiarkan sahaja...

"Kau buat apa ni" soal Austin dengan wajah yang dingin...langsung tidak memandang Arabella...dapat dirasakan gadis itu mencengkam lengannya dengan kuat dan erat...

"Takut" Arabella menunduk dan menjawap dengan perlahan...

"Dekat dalam tu nanti semuanya manusia...bukan setan..." jawap Austin dingin..namun tangan gadis itu tidak dialihkan..

Terus Austin berhenti berjalan apabila mereka sudah sampai ke destinasi...diketuknya pintu itu dengan sekali ketukan sahaja..

KREKKKK

Pintu itu terbuka sendiri..mencanak naik bulu roma ketiga tiga gadis itu...dapat didengari mereka keriuhan Akademi itu apabila pintu tersebut dibuka...Dan keriuhan tersebut bukanlah suara orang menjerit atau bergaduh seperti yang mereka baca didalam majalah harian selama ini...keriuhan tersebut dipenuhi dengan..

Gelak tawa

Dan...

Gurau senda...

Ketiga tiga gadis tersebut terus memandang antara satu sama lain...riak kebingungan jelas terpancar pada wajah mereka..kaki mereka kembali melangkah untuk masuk lebih dalam

"Kita tak perlu daftar ke" soal Arabella perlahan...Juliet dan Fiona pula hanya mengangkat bahu...tanda langsung tidak tahu menahu...mereka hanya memandang langkah Austin yang laju...Arabella yang memeluk lengan lelaki itu tadi juga terlepas kerana ditepis...melihat belakang Austin itu pun mereka sudah dapat mengagak bahawa Austin begitu teruja...langkah mereka bertiga makin perlahan apabila ada satu cahaya yang terang dari arah hadapan...seperti pintu...kelibat Austin juga dicari namun tidak ditemui...

Terus Juliet memberanikan diri lalu menarik tangan rakan rakan mereka...tembus sahaja mereka dari cahaya itu...terus mereka terpaku..terkejut...terkedu dan sebagai nya lah..

************

Didepan mata mereka sekarang ini dipenuhi dengan jejaka jejaka tampan yang seperti sedang berkumpul...hampir 500orang pelajar lelaki memandang kearah mereka bertiga...

SOK SEK SOK SEK kedengaran jejaka jejaka tersebut berbisik...memandang mereka dengan penuh minat...

Serentak tanpa dirancang mereka bertiga kembali pusing kearah pintu masuk tadi untuk keluar...satu langkah diambil DANNNNNNNNNNNNN

"ARABELLA BEATRIX"

"FIONA IRIS"

"JULIET MEGAN"

Nama mereka dipanggil oleh satu suara...kalau menjerit tak apa lagi...ni dipanggilnya menggunakan mikrofon...sungguh memalukan...Wajah Arabella bertukar merah...Juliet mula mengigil...kepala ditundukkan manakala Fiona hanya mengeluh...hampir satu badannya berpeluh kerana terlalu gementar......satu je yang dalam fikiran mereka sekarang ini...membalas dendam terhadap Madam yang bertanggungjawap masukkan mereka kedalam Akademi tersebut...

"PUSING" sebut suara itu lagi..nada suara itu sangat tegas..

Terus mereka bertiga memusingkan badan...kepala diangkat untuk memandang kearah hadapan...tegak mereka berdiri dengan bagasi di sebelah...

Austin yang melihat keadaan tersebut dari atas pentas hanya tersenyum sinis....namun senyumannya tidak lama apabila dirasakan dirinya dipandang tajam...terus kepala ditolehkan kearah kiri...bertembung sahaja dia dengan si pemilik mata Biru lautan itu terus mengeluh lalu bergerak turun dan menuju kearah gadis gadis tersebut untuk dipanggil...

"Menyusahkan.."desisnya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience