BAB 2

Horror & Thriller Completed 1014

Tapi bila Dil turun, Dil rasa macam seram sejuk sebab Dil rasa ada mata ghaib yang perhatikan gerak-geri Dil,” jawab Aidil dengan penuh khusyuk bercerita tentang bagaimana situasi yang mana dia pernah rasa bila pergi ke tempat berpuaka itu.

Nama tempat bangunan ini adalah Hostel Bumi di Singapura.

Masing –masing bawa alat kelengkapan barang untuk di mana yang akan dijadikan tempat khas untuk mereka buat uji-nyali.

Sebaik saja mereka sampai di tempat bangunan yang kelihatan usang dan juga nampak menyeramkan, tapi masing-masing tidak sabar nak buat uji-nyali.

Masing-masing berehat seketika untuk melepaskan lelah kerana letih sangat berjalan sejauh 1km sejam.

Apabila salah seorang dari mereka ini bangun dari tidur,Adha kejutkan mereka yang nyenyak tidur kerana keletihan sepanjang perjalanan mereka datang ke bangunan ni.

Waktu mereka bangun, jam telah menunjukkan pukul 7.3o malam.

Masing- masing bersiap untuk mengambil wuduk, kemudian melakukan solat maghrib.

Selepas selesai dari solat maghrib, mereka pergi ke kedai makan yang berdekatan dengan bangunan itu untuk mengalas perut.

Tidak lama kemudian, Adha dan kawan-kawannya yang lain membuat persiapan di mana bilik asrama yang sesuai untuk membuat uji-nyali.

Hujan pun sudah mula turun.

Mujur mereka berempat ini memakai ‘sweater’.

Iman dan Adha yang berpakaian ‘sweater’,berlengan panjang dengan penutup kepala di atas kepalanya.

Manakala Isma dan Fia pula berpakaian ‘sweater’.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience