BAB 6

Horror & Thriller Completed 1014

Dia tak sedap hati sebab suara tangisan itu dekat-dekat dengan dia.

Mungkin suara tangisan tu berdiri di belakangnya.

Bila perempuan ni toleh ke belakang, alangkah terkejutnya dia apabila berdepan dengan susuk tubuh yang dibalut dengan kain kafan yang penuh dengan tanah lumpur.

Pocong! Tiba-tiba pandangan wanita itu kabur kemudian dia rebah dan tak sedarkan diri.

Adha dengan kawannya yang dua orang ini, Iman dan Fia masuk ke dalam bangunan asrama tersebut kerana mereka rasa tak sedap hati bila Isma diam terus.

Iman lagi terlalu kelihatan resah dengan keadaan tunangnya, Isma tergamam bila lihat wanita itu rebah dan tidak sedarkan diri.

Lelaki itu meletakkan kepala tunangnya ke atas riba pangkuannya.

Adha dan Fia hanya melihat dan tak berani kata apa-apa.

Cuma Adha cuba membantu lelaki itu baca ayat surah al kauthsar dan tiup di dalam air botol yang diisi dengan air putih.

Kemudian Adha bagi botol air yang sudah dijampi dengan ayat al quran kepada lelaki itu.

Lelaki itu tuang air putih itu ke atas tangannya lalu dia menyapu air tu ke wajah tunangnya yang kelihatan pucat.

Akhirnya mereka buat keputusan untuk pulang sahaja.

Kerana Adha tak sampai hati melihat keadaan kawannya yang terlalu risau dengan keadaan tunang pada kawannya itu.

Dia sendiri rasa bersyukur sangat bila tiada apa-apa yang berlaku pada dirinya dan juga kawan-kawannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience