BAB 5

Horror & Thriller Completed 1014

Abang sayang kat sayang sangat-sangat dan abang tak nak kehilangan sayang.

“ Sayang okay…hal kecik je sayang tak kisah sangat pon walaupon dalam hati macam rasa tak sedap.Risau Fia buat benda yang bukan-bukan.

Risau lagi perempuan tu balas dendam dekat tunangnya, Iman tapi Isma hanya fikir positif tentang temannya itu.

Dia percaya dan yakin kawan baiknya itu takkan buat benda yang bukan-bukan hanya sebab pertengkaran yang berlaku sebentar tadi.

Isma mengambil telefon bimbitnya yang jenama Samsung note 3, kemudian dia buka aplikasi video kamera untuk memulakan sesi uji-nyalinya yang tertangguh sebentar tadi.

Adha pula dengan kawannya, Fia dan juga Iman keluar menunggu di luar.

Menunggu sementara nama mereka ni dipanggil Isma sekiranya wanita tu ada rasa kehadiran entiti tersebut dalam bangunan asrama yang berpuaka itu.

Wanita itu berjalan dalam bangunan itu dengan membawa telefon bimbitnya yang dia gunakan sebagai video kamera untuk merakam setiap aktiviti uji-nyalinya.

tiba-tiba wanita itu terdengar bunyi tapak kaki berlari.

Bunyi itu datang dari arah tingkat dua.

Wanita itu dengan rasa takut namun dia beranikan diri untuk naik ke tingkat dua di mana dia dengar bunyi tersebut.

Dia rasa seram sejuk.

Bila dia naik ke atas, tiada apa-apa pula.

“ perasaan aku je kot dengar bunyi camtu”, pujuk hatinya yang rasa tak sedap.

Kemudian dia dengar pula suara tangisan suara perempuan tapi tak tahu dari mana bunyi suara tangisan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience