Bab 8

Fanfiction - KPOP Completed 7254

Bab 8

Seung hee hanya melihat lee soman yang terlantar di katil hospital kerana demam panas dan ditemani oleh pakciknya yang kelihatan sudah tua itu.

Lee soman mula sakit setelah jessica dan wendy mengambil keputusan untuk keluar dari company mereka atas kesalahannya sendiri, 2bulan selepas itu isterinya pula meninggal dunia kerana accident.

Keadaan company juga semakin teruk selepas wendy dan jessica keluar dari syarikat mereka,penjualan album snsd dan red velvet juga merosot, tetapi hal syarikat mereka masih tidak diketahui oleh wartawan.

Pakcik lee soman yang menghubunginya memberitahu keaadan syarikat dan keadaan lee soman yang sakit itu kerana hanya dia yang tahu bapa seung hee dan wendylah yang menolongnya menubuhkan syarikat smtown ini.

Jadi dia mengambil keputusan untuk menyerahkan syarikat tersebut kepada seung hee kerana dia tahu bapa seung hee mempunyai saham terbesar di syarikat tersebut, tetapi mereka sangat low profile tidak menunjuk-nunjuk.

Seung hee pening memikirkan semua ini, bapanya juga tidak mahu masuk campur hal ini kerana kecil hati mendengar apa yang diperkatakan lee soman pada wendy apabila melihat video yang dirakam oleh seseorang itu.

Dan bapanya juga sibuk menguruskan syarikat mereka di canada. Dia juga sibuk dengan kerjanya sebagai doktor pakar di canada, dia hanya datang ke korea semata-mata kerana kesian melihat pakcik lee soman yang merayu kepadanya itu.

Didalan fikirannya sekarang hanya ada wendy tapi wendy pula hilang ingatan kesan pembedahan membuang tumor otaknya, sebab itu seung hee menghantar kawan-kawan wendy dan ex member wendy iaitu red velvet ke canada untuk membantunya mengingati hal-hal yang dulu dia minati. Kerana selepas hilang ingatan wendy langsung tidak minat dengan k.pop. harap rakan-rakan wendy dapat membantu wendy.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience