Bab 13

Fanfiction - KPOP Completed 7254

Bab 13

Sebulan kemudian.

Selepas saja selesai acara graduation wendy, mereka terus terbang ke korea. Wendy juga sempat mengucapkan selamat tinggal pada rakan-rakan seuniversitinya itu.

Kimmy dan kylee exited kerana pertama kali pergi ke korea, lagipun kimmy dan kylee sangat meminati boy group Nct_u yang semakin popular sekarang ini dengan lagu hits mereka the7sense.

______________

Setelah seharian duduk di dalam kapal terbang akhirnya mereka sampai ke korea, kevin yang mempunyai kereta yang ditinggalkan di airport korea terus membawa wendy dan anak-anaknya menuju ke kereta mereka sebelum ada siapa-siapa yang mengenali mereka.

Seperti yang telah diberitahu oleh seung hee mereka akan duduk di rumah wendy yang berada di seongbuk dong itu tidak kurang dan tidak lebih dari rumahnya yang berada di canada itu. Sama besar saja, seperti istana.

Kimmy yang tertidur di dukung oleh kevin manakala kylee didukung oleh wendy.
Orang gaji yang dibayar untuk menjaga rumah tersebut terus mengangkat barang-barang mereka masuk kedalam rumah.

"Dah lama tak datang sini." Ujar kevin sambil menghirup udara segar.

"Maksud kevin?" Tanya wendy pelik.

"Yelah.. kali terakhir kevin datang sini sebab hantar wendy yang masa tu pengsan..."

"Pengsan?" Tanya wendy.

"Ye.. dah jom masuk sejuk pula, nanti demam pulak kimmy dengan kylee." Ujar kevin sambil memimpin tangan wendy masuk ke rumah. Wendy hanya mengikutinya.

Setelah selesai mengemas barang-barang mereka termasuklah barang-barang kylee dan kimmy yang masing-masing seronok mendapat bilik baru itu. Wendy memasak seaweed soup kerana cuaca ki korea harini sangat sejuk.

"Sayang... wendy mula masuk pejabat esok kan?" Tanya kevin

"Yupp. Esok wendy dah masuk pejabat. Seung hee unnie dah mesej tadi. Dia tanya nak bagitahu pekerja yang lain ke tak tapi wendy cakap tak payah biar wendy buat surprise.hehe.." ujar wendy tersengih.

"Okayla kalau macam tu . Esok kevin hantar." Ujar kevin sambil mencium dahi wendy.

"Okay."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience