Bab 1

Fanfiction - KPOP Completed 7254

WENDY: KEMBALI BERSATU (N.A.J)
BAB 1

"Irene unnie.. aku rindukan wendy." Ujar seulgi yang sedang bermain dengan gitar wendy. Sudah 4tahun mereka tidak berjumpa dengan wendy.

Mereka masih pegang kata-kata seung hee unnie untuk bawa mereka berjumpa dengan wendy suatu hari nanti.

"Aku juga rindukan dia... fans pun selalu bertanya pasal dia, aku dah tak tahu nak jawab apa. Lee soman pun aku tengok dah macam orang tak betul je..." jawab irene.

"IRENE UNNIE!!!" Terjah joy yang entah dari mana tiba-tiba muncul di hadapan mereka berdua.

"Yah! Kau buat aku terkejut!" Marah irene.

"Sorry.. aku nampak seung hee unnie di sm company tadi masa balik dari bilik training dengan yeri." Ujar joy exited.

"Betul ke ni?! Kau nampak wendy?" Tanya seulgi gembira.

"Kami tak nampak wendy unnie. Kami nampak seung hee unnie saja tengah bersembang dengan lee soman, nampak serious." Ujar yeri pula.

"Ting tong!" Tiba-tiba loceng pintu dorm mereka berbunyi. Mereks berpandangan sesama sendiri.

"Aku pergi buka." Ujar seulgi setelah beberapa minit mereka tercengang diruang tamu tersebut.

Seulgi terus membuka pintu dorm. Kelihatan wanita yang sangat mereka kenali itu sedang berdiri didepan pintu sambil tersenyum kecil.

Wajahnya kelihatan matang dari kali terakhir mereka bertemu.

"Seung hee unnie..." ujar seulgi.

"Hai.. berjumpa lagi kita." Balas seung hee dengan bahasa korea yang pelat dengan bahasa inggeris.

Seulgi terus memeluk seung hee dan menjemput dia masuk kedalam dorm mereka. Mereka semua bersalaman dan berpelukan.

Sebenarnya mereka agak kecewa bila wendy tidak bersama dengan seung hee unnie.

"Seung hee unnie.. mana wendy? Dia dah sihat kan?" Tanya irene.

"Wendy tak datang bersama dengan unnie.. she's fine right now. Jangan risau, unnie datang kesini kerana unnie mahu mengotakan janji unnie pada kamu berempat." Ujar seung hee bersama senyuman.

"Janji? Janji apa seung hee unnie?" Tanya yeri.

"Maaflah unnie ambil masa yang lama untuk kembali kesini dan mengotakan janji unnie pada kami berempat,Sampaikan kamu sudah lupa. Unnie akan bawa kamu ke canada esok, kamu kemas barang-barang kamu esok flight pukul 8 pagi." Ujar seung hee.

"Apa?! Pergi canada esok?" Ujar joy dan yeri serentak. Teruja.

"Jumpa wendy?!" Tanya irene dan seulgi pula.

"Yupp! Apa lagi.. pergi kemas cepat... unnie keluar dulu ada urusan sedikit untuk diselesaikan. Kita jumpa esok." Ujar seung hee sambil tersenyum melihat mereka berempat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience