BAB 8

Mystery Series 25382

Warden meminta sesiapa yang berani untuk mengikutnya naik ke atas. Aku dan lima orang lagi rakan mengikut warden naik ke atas. Setibanya kami di sana kami dapati beberapa orang penghuni dorm Emas sedang merangkak di kaki lima seperti biawak. Aku mengucap panjang. Kami cuba menangkap mereka tetapi tidak berjaya kerana bilangan yang hendak ditangkap lebih banyak dari yang menangkap. Warden mengarahkan penghuni yang tidak naik ke atas untuk mendapatkan bantuan dari warden aspura.

Bantuan yang diharapkan sia-sia sahaja kerana tidak seorang pun warden yang terjaga termasuklah penghuni aspura sendiri. Kami mula cemas. Bilangan penghuni yang dirasuk semakin banyak iaitu kira-kira sebelas orang dan bersamaan dengan satu dorm berkenaan. Mereka menjerit, melolong dan tak kurang pula yang mengilai. Kami terpaksa mengepung mereka. Warden mengarahkan supaya kami membaca apa sahaja ayat suci yang kami ingat sambil mengawasi mereka.

Keadaan semakin kelam kabut apabila ada yang dirasuk itu mula bertindak liar. Mereka mula berlari menuruni tangga. kami tidak dapat berbuat apa-apa lagi.Hendak ditangkap memang tidak berdaya. Kami tawakal kepada Allah. Di bawah mereka mula mengoncangkan pagar yang memagari kawasan aspuri. Warden meminta supaya kami beramai -ramai memegang mereka supaya mereka tidak merobohkan pagar untuk lari keluar. Mereka meraung raung. Di saat aku memegang salah seorang daripada mereka aku rasakan seperti tubuhku digoncang dengan begitu kuat. Aku mula membaca Ayat Kursi. Kegilaannya semakin menjadi jadi. Aku menempeleng muka budak berkenaan. Dia pengsan. Menyedari perbuatan aku itu berkesan, kami beramai-ramai menempeleng kesebelas belas penghuni berkenaan. Mereka pengsan. Seraya dengan itu azan Subuh berkumandang dengan sayupnya.

Pagi itu ramai di antara kami yang tidak ke sekolah kerana letih. Apabila di tanya kepada penghuni yang dirasuk apa yang terjadi semalam, mereka hanya menjawab mereka tidur dengan nyenyak sekali. Bila kami menceritakan apa yang berlaku semalam mereka bagaikan tidak percaya. Berita dirasuk beramai ramai sampai ke pengetahuan penghuni aspura. Mereka juga terkejut kerana tidak seorang pun yang mendengar bunyi orang menjerit.

Malam itu kami mengadakan sembahyang hajat beramai ramai untuk meminta dijauhkan dari sebarang malapetaka. Pengetua juga menasihati kami supaya tidak mengingati peristiwa berkenaan. Menurutnya lagi peristiwa berkenaan hanyalah untuk menguji kesabaran kami. Aku tidak dapat merumuskan samaada peristiwa berkenaan ada kaitannya dengan kematian pekerja di tapak binaan.

Tetapi ada cerita yang mengatakan kematian pekerja berkenaan dirancang oleh abangnya sendiri dan rohnya ingin menuntut bela. Allahualam...Bagi aku peristiwa ini adalah suatu pengalaman yang amat berharga...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience