BAB 4

Mystery & Detective Series 25340

Hantu Bilik Stor

Aku dilahirkan dan dibesarkan di Selangor. Lebih tepat lagi di Subang Jaya. Jadi lepas keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dah keluar, aku pun diterima masuk ke salah satu aktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Perlis. Dengan keputusan yang baik, alhamdulillah aku akan menyertai sekolah asrama yang terbaik ini.

Dapat saja surat tawaran memanglah aku teruja dan gembira. Siapalah yang dapat tawaran bagus macam ni tak gembira kan? Walaupun sedih akan tinggalkan family dan hidup sendiri di asrama (sebab semuanya akan buat sendiri dan tak ada dah mak ke atau pembantu rumah ke nak tolong basuhkan baju dan masak anytime ikut masa kelaparan kau) tapi percayalah keterujaan dapat masuk MRSM itu lebih indah. Cewah!

Pagi-pagi lagi aku dan keluarga dah bergarak ke Arau. Takut lewat sampai sana untuk pendaftaran. Biasalah ibu bapa aku pun sama seronok dan teruja. Iyalah anak masuk sekolah asrama yang terbik. Mesti mereka bangga punya. Alhamdulillah.

Sampai sana, aku pun macam biasa, seperti pelajar yang lain sama-sama selesaikan pendaftaran yang kami perlu laksanakan. Dah selamat salam ibu dan ayah yang akan bertolak balik, aku pun apa lagi cari dorm yang ditempatkan. Masa tu den dapat duduk Blok C. 4 orang dalam satu bilik. Seorang satu dapat katil.

Kebetulan pulak bilik sebelah aku yang dekat dengan tandas ditutup pintu depan belakang. Pintunya pulak dipaku dengan kayu. Masa kali pertama lihat, aku ingat mungkinlah sebab rosak ke, sampai tak boleh masuk dalam tu sebab ada kerosakan. Memang masa tu aku tak pikir ape-ape la sebab ingat diorang buat stor letak barang mungkin.

Malam pertama ok lagi. Hinggalah malam seterusnya pun ok lagi. Tapi dah mula rasa lain macam. Seram sikit kalau tiba waktu malam. So, bermula la perjalanan aku dengan kisah seram di asrama tu. Nak jadikan cerita lebih kurang dua minggu lepas aku duduk kat asrama, aku mula kena kacau yang betul-betul.

Pada satu malam sabtu, ramai la yang balik ke rumah. SEbab masa cuti, pelajar boleh je balik rumah. Jadi mana yang rumah dekat, memang ambil kesempatan balik je rumah la kan. Macam araea belah utara ni, sebab dekt kot.

Kalau aku ni memang lah membazir nak balik Subang. Jauh. Lebih baik aku duduk diam-diam kat asrama. Kalau aku kata nak balik pun dah sah ibu dan ayah tak benarkan sebab jauh sangat. Jadi mana yang tinggal ni lepak-lepak bilik aku sebab aku suka baca komik dan sebeban bahan komik aku bawak.

Masa tu ada plak ada senior yang buka cerita seram. Aku kurang seramnya sebab memang seblum masuk asrama dah biasa jumpa. Tapi taklah serius mana. Lepas dah main-main cerita seram ni, masing-masing terkucil jugalah. Jadi lepas tengah malam tu masing-masing takut nak keluar bilik nak balik bilik tido. Adalah dalam 15 orang tidur bersempit-sempit dalam bilik aku tu.

Lepas jam 2.30 pagi baru aku terlelap. Lebih kurang jam 3 pula, aku terjaa dari tidur sebab mata aku macam nampak silau. Rupanya pintu bilik aku dibuka orang dari luar. Aku cuma tengok siapa. Mungkin ada kawan-kawan yang tumpang tidur tu keluar ke dan baru nak masuk balik. La, mamat ni rupanya. Memang kawan aku pun. So, Aku sambung la tidur balik. Sebab dah mengantuk sangat. Baru lagi kot terlelap.

Esoknya aku cari la mamat yang bukak pintu bilik den malam tadi. Tapi semua orang yg aku tanya cakap mamat ni dah balik rumah Jumaat petang. Habis siape pula yg bukak pintu dan pandang akumalam tu? Semua yg tido dalam bilik den tak sedar yg pintu tu dibuka...

Isnin tu bila mamat tu balik ke asrama saje je den tegur dia. Memang dia balik petang jumaat tu. Start dari tu aku mula jumpa benda yg bukan-bukan ni. Bukan aku seorang je tapi yang lain-lain pun dah kena.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience