BAB 11

Mystery Series 25382

Ni aku ada kisah yang nak critakan kat korang. Crita ni berlaku pada aku dan kawan-kawan aku semasa aku study kat sebuah sekolah berasrama...
Pada tahun 1999 aku dapat smbung blajar dan aku ditempatkan di asrama. Ditempat aku study ni, hanya ada 2 blok asrama yg di khaskan untuk pelajar lelaki. Tak salah aku untuk pelajar perempuan pula, ada 9 blok asrama. Mmg dikatakan blok untuk pelajar lelaki tu adalah untuk pelajar pompuan tetapi disebabkan ada sedikit masalah, pihak pengurusan telah membenarkan 2 blok tersebut dihuni oleh pelajar lelaki.

Alkisahnya 2 blok ni dikatakan berhantu. Ramai pelajar pompuan telah diganggu oleh makhluk2 halus yg berkeliaran didalam blok ini.Warden sendiri telah menceritakan kepada kami yg blok2 ini tidak boleh dihuni oleh kaum wanita buat sementara waktu. Antara sebabnya adalah pernah beberapakali pelajar2 pompuan yg tak dapat hadir ke surau untuk berjemaah pada waktu Maghrib dan Isyak telah diganggu oleh bayangan yg menyerupai seorg wanita.Pernah seorg pelajar pergi ke tandas pada waktu senja dan semasa dia sedang mencuci pakaiannya, dia ternampak kelibat seorg wanita yg tak dikenali sedang menundukkan kepalanya berhampiran sinki. Pelajar tersebut tidak ambil kisah dan terus mencuci pakaiannya sehinggalah dia selesai. Tetapi apabila dia bangun dan lihat kearah cermin, dia dapati wanita yg sama yg dia lihat tadi berada dibelakangnya (dalam cermin). Dikatakan pelajar tersebut telah pengsan dan menjadi trauma dgn kejadian tersebut.

Pernah juga dikatakan seorg pelajar (bukan islam) yg sedang menyikat rambutnya telah ternampak wajah seorg wanita yg agak suram disebalik cermin didalam bilik pelajar tersebut. Mengikut cerita warden asrama suatu ketika dulu ada satu kes ngeri yg telah berlaku diasrama tersebut. Dikatakan ada seorg pelajar pompuan telah membunuh dirinya (masalah peribadi) dgn terjun dari tingkat 3 asrama tersebut. Lokasi kisah ngeri itu berlaku adalah berhampiran dgn kwsn tangga diblok asrama. Jd barulah aku dan kwn2 tahu kenapa kwsn tangga blok asrama tersebut sentiasa gelap sahaja. Dikatakan lampu2 di kawasan tersebut tidak dapat berfungsi kerana adanya gangguan makhluk halus! Memang sepanjang 1 semester aku kat situ, tak pernah aku lihat kawasan tangga tu terang!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience