melepas rindu

Romance Series 8159

"Dad,Mum zam dan abang sham dah nak gerak ni"aku memanggil dady dan mumy dari bawah
"ok kejap mum turun"terdengar suara mumy menyahut dari atas
"semua dah siap zam,sham?jaga diri baik-baik, ingat pesan dad jaga maruah keluarga jangan buat hal di tempat orang"dady mula menasihati kami sebelum kami bertolak
"InsyaAllah dad,abang ingat pesan dad n mum dan yang penting abang akan jaga anak kesayangan mum ni"sambil menolak kepala aku
"yelah tu,tah-tah zam yang kena abang nanti"aku tergelak
"dah -dah jangan bertekak, sham tolong jaga zam baik-baik, kirim salam mum pada Ryn dan keluarga nya"pesan mumy pula
"InsyaAllah mum,kami gerak dulu Assalamualaikum"aku memberi salam sebelum bertolak
"dah sampai telefon mum ok"pesanan terakhir mumy sebelum kami bertolak.
Didalam kereta aku sibuk mencari alamat Ryn didalam address handfone aku,nasib baik aku pernah meminta alamat Ryn untuk simpanan aku kalau tidak susah juga aku nak ke rumah Ryn nanti dapat pula ini suprise untuk Ryn kan.
"Zam ada alamat rumah Ryn tak,kalau ada zam masuk kan dalam waze handfon abang,senang abang nak cari nanti"abang mula bersuara
"ada ni,nanti zam masukkan dalam handfon abang"sambil mengambil handfon abang, aku terus menaip alamat Ryn dan meletakan kembali ke tempat nya."2 jam dari sekarang kita akan berjumpa Ryn,Rindu nya aku dekat kau"aku berkata dalam hati.

Setelah berada 2 jam di dalam kereta ,aku pun sudah sampai ke destinasi.
"zam ni tahu buat taik mata je,bukan nak berbual dengan abang pun"abang mula membebel apabila aku sudah membuka mata
"ala abang ni ,abang yang nak jadi driver zam kan,zam tidurlah"aku tergelak
"pandailah zam,ni ke rumah Ryn zam cantik kan rumah dia dan suasana pun tenang je"sambil mata abang melilau di keliling rumah Ryn,tetapi kenapa rumah Ryn sunyi je macam tak da orang.
"zam pun baru 1st time sampai ni,tapi memang cantik kan"aku pula memuji keindahan rumah Ryn sambil berlalu ke pintu rumah Ryn.
"Assalamualikum"aku memberi salam
"Waalaikumusalam"terdengar dari dalam orang menyahut salam
"Ye nak,cari siapa ye"ibu Ryn sudah berada di depan pintu
"Makcik ni ibu Ryn ke,"aku mulai bertanya
"ye ,makcik ni ibu Ryn,Ryn ada buat salah ke Encik?"mula ibu Ryn mulai berubah
"eh tak makcik,saya ni kawan Universiti Ryn,nama saya zam dan ini abang saya Sham"aku mula memperkenalkan diri
"la yeke,risau nya makcik ingatkan Ryn ada buat apa-apa salah pada kamu tadi"ternampak kelegaan di muka ibu Ryn
"saya datang ni nak melawat Ryn makcik,saya datang dr KL ni yelah 3 bulan tak jumpa dia"aku memulakan bicara setelah ibu Ryn mempelawa kami masuk
"jauh nya dari KL datang sini,susah-susah je datang zam.kamu ni kawan spesial Ryn ke"ibu Ryn mula menduga
"eh tidak makcik,saya ni kawan baik Ryn masa di U,tak lebih pun makcik"keluar dari mulut lain tapi dalam hati aku berbunga sayang aku pada Ryn.
"Ryn mana makcik,dari tadi saya tak nampak dia,lagipun dia tak tahu saya datang ni saja nak buat kejutan"mata aku melilau mencari kelibat Ryn
"bertuah punya anak,kenapa tak diberitahu pada Ryn,kalau Ryn tahu mesti Ryn cuti harini .Dia kerja tolong pakcik dia di pekan"ibu Ryn tergelak besar
"saja buat kejutan,tapi saya pulak terkejut dia takda"aku tergelak lagi
"nak makcik telefon kan ke atau kamu berdua nak ke tempat kerja dia"ibu Ryn bertanya
"boleh bagi saya alamat tempat kerja dia makcik,saya nak kesana bagi die kejutan"aku mula membuat plan
"kalau dari sini 15 minit je zam,nama kedai minum pak cik Ryn 'Warung Soib" nampak je warung tu kedai pakcik Ryn la Tu"kata ibu Ryn
"Jomlah bang,tak sabar jumpa Ryn ni"aku mengajak abang ke pekan
"ish,tak sabar-sabar ...slow-slow lah sikit gelojoh sangat"abang mengenakan aku
"Bukan gelojoh,tapi tak sabar"kata aku
"bukan sama ke tu"abang menggeleng
ibu Ryn mula tergelak"ni makcik nak tya,berapa lama kamu berdua duduk di sini,tak kan balik hari"aku sudah memandang abang
"cadang seminggu makcik,saya dan abang saya nak jalan puas-puas di bandar melaka, sesekali datang kan
,ingatkan nak minta Ryn bawa kami jalan-jalan di Melaka ,yela makcik saya dan abang saya jarang sampai sini"
"habis kamu tidur selama kamu disini"soal tempat tidur pula ibu Ryn risaukan
"cadangnya kami nak cari hotel di kawasan ni makcik,nanti boleh minta Ryn tunjukkan"sambil aku memandang abang sham
"kenapa nak membazir zam, sham,tidur jelah rumah makcik ni,bilik tetamu memang sentiasa kami sediakan,kamu berdua tidur je sini,pakcik kamu pun mesti suka"ibu Ryn mempelawa kami tidur dirumah nya,tapi nanti apa kata Ryn mesti dia segan kalau aku dan abg sham ada.
"tak pelah makcik,menyusahkan keluarga makcik je lagipun saya dan abang saya memang dah berbincang tidur di hotel"aku cuba menolak dengan baik
"ye betul kata zam makcik,segan kami "abang mula menyampuk setelah lama berdiam diri
"apa pula nak segan zam, sham.Kamu berdua kawan Ryn , kawan Ryn tetamu kami,tidur je sini ye ,tapi harap kamu selesa la tinggal di rumah kami yang biasa-biasa ni ye.nanti makcik siapkan bilik, mlm ni boleh makan sama"Ibu Ryn membuat keputusan
Dan aku hanya mampu memandang abang dan mengganguk tanda setuju.
"terima kasih atas layanan mak cik"aku senang dengan sikap ibu Ryn sangat peramah da baik
"Assalamualaikum" terdengar suara dari luar memberi salam
"waalaikumusalam,oh abang,Mah ingat siapa tadi"sambil mengambil barangan dari tangan suami nya
"wah ramai nya Mah,siapa mereka ni"kata ayah Ryn sambil menghulurkan senyuman dan aku dan abg sham bangun menghulurkan salam sambil mencium tangan,itu yang diterapkan mummy daddy hormat pada orang tua.
"mereka ni kawan Ryn,jauh datang nya dari KL.mereka ingat nak tinggal sini seminggu nak jalan -jalan di sini"Ibu Ryn memulakan perbualan dengan ayah Ryn
"La sanggup jauh-jauh datang jumpa Ryn,kawan special ke ni"sambil tergelak
"kami ni kawan baik di U pakcik,sebab dia seorang yang ikhlas kawan dengan saya yang lain semua nak berkawan sebab kemewahan saya pakcik,tapi Ryn tak pernah meminta duit dari saya,apa yang dia belanja semua dari duit dia sendiri cuma laptop je saya dapat berilan pada dia untuk kesenangan dia buat kerja, itu pun dia cakap akan pulangkan pada saya bila tamat belajar nanti,ikutkan pakcik saya memang nak hadiah kan laptop tu pada dia tanda terima kasih kerana sudi berkawan dengan saya"aku memceritakan serba sedikit perhubungan aku dan Ryn
"Itulah Ryn,dia memang budak yang baik,walaupun perwatakan nya kasar pakcik tau dia mempunyai naluri wanita cuma dia kena menunjukan dia kasar supaya orang tak dapat membuli dia,dia tak pernang menyusahkan pakcik zam,dia sanggup kerja untuk cari duit poket dia sendiri walaupun pakcik dan makcik larang,untuk belanja U cukup kalau gunakan duit pencen pakcik ni,tapi bagi Ryn duit tu banyak kegunaan lain bukan untuk dia"aku nampak muka ayah Ryn berubah
"itu sebab saya suka berkawan dengan dia pakcik,sebab dia sangat baik dan pandai berdikari,di U pun budak lelaki tak berani dekat dengan dia sebab dia kasar tapi dengan saya Alhamdullilah dia boleh rapat tapi awal-awal dia dah warning "kau jangan ajar aku dengan duit,aku tak suka guna duit orang"aku mengajuk kata Ryn suatu ketika dulu dan semenjak itu aku semakin menyenangi sikap Ryn.
"makcik nak ke dapur dulu ye,nak masak untuk malam, jangan lupa makan dan tidur sini tau,oh mah lupa bang, mah ajak mereka tidur sini sepanjang mereka di Melaka,membazir pula rasanya kene bayar hotel kat sini dapat pula hotel sini bukan nya murah,boleh kan bang"kata ibu Ryn pada suami nya
"Apa salah nya Mah,mereka tetamu kita memang wajib kita layan mereka,zam, sham bawak lah beg masuk ke dalam bilik nanti makcik kau siapkan"arah ayah Ryn pada kami dan kami mengganguk perlahan.Selepas menghantar beg ke dalam bilik kami pun meminta diri ke pekan untuk berjumpa dengan Ryn.
"Pakcik,saya dan abang saya minta diri dulu ke pekan ye,nak pergi jumpa Ryn"aku berbasa basi sebelum keluar ke kereta
"zam, sham mari pakcik hantar kan, nanti sesat pula kamu berdua ni"
"boleh ke pakcik,pakcik kan baru balik dari kedai tak penat ke"abang sham bersoal jawap dengan ayah Ryn
"apa nak penat nya sham,lagipun pekan tu tak jauh pun ,mari pakcik hantar kan"ayah Ryn sudah mula melangkah ke motor nya
"Eh pakcik,jomlah naik kereta dengan kami,apa bak bawa motor pula"aku terus memegang lengan Ayah Ryn
"tak pelah zam,baju pakcik kotor ni nanti habis tempat duduk kereta kamu"ayah Ryn cuba menolak lembut
"bersih kotor tak penting pakcik,layanan pakcik kepada kami tu kami kenang sampai bila-bila,jom pakcik"sambil membuka pintu kereta untuk ayah Ryn
"Zam,zam drive ye,abang nak rehat sekejap kat belakang"aku menunjukan isyarat ok pada abang dan kami pun bergerak ke pekan.
"Zam Sham tulah tempat Ryn kerja,pak Suib ni sepupu Pakcik,Ryn beria-ria nak bantu pakcik nya meniaga dapat lah duit poket sikit"kata ayah Ryn sesampai di hadapan 'warung suib'.
"o yeke,ramai juga pelanggan petang-petang macm ni kan, mesti Ryn sedang sibuk"aku teragak-agak untuk masuk ke kedai itu
"tak dalah zam,sebelum Ryn datang pun boleh je pak suib ni melayan kerenah pelanggan,jom masuk kita minum dulu"tergelak kecil aku bila ayah Ryn membuat tagline itu.
"jom bang"aku mengajak abang sham sekali
"zam, sham kamu duduk dulu ye,pakcik ke belakang sebentar, tapi kamu nak minum apa pakcik ambilkan pesanan sekali"
"bagi saya air milo ais,abang nak air apa?"aku menyoal abang sham
"bagi saya teo ais ye pakcik,terima kasih pakcik"
"Ayahhhhh!!!!!!"terdengar suara Ryn dari arah dapur
"kamu ni Ryn buat ayah terkejut je,tak payah la menjerit pelanggan ramai tu"ayah Ryn menegur sikap Ryn
"Rilex la ayah, macam tak kenal Ryn pula,ada apa ayah kesini"walaupun perlahan aku masih dengar butir bicara Ryn dari luar
"ayah nak tanya,Ryn ada buat apa-apa kesalahan di U ke, tu kat luar ada 2 orang nak jumpa Ryn katanya Ryn ada buat kesalahn besar di U"ayah Ryn mula menyakat Ryn,aku diluar mula tergelak kecil
"mana ada ayah,Ryn tak pernah buat salah apa-apa,kenapa pula pihak U nak datang jumpa Ryn,pelik Ryn "suara Ryn berubah cemas
"kamu bawa minuman ni keluar,dan jumpa sekali orang tu"aku diluar mula rasa tak tentu arah
"encik,ni minuman encik"terdengar suara Ryn dari arah belakang.
"terima kasih cik"dan aku terus bangun menhadap Ryn.ternyata riak muka Ryn terus berubah
"zammmm! Ryn menjerit kuat
"apa kau buat kat sini,Ya Allah rindu nya aku kat kau"Ryn sudah mula kan perangai gila-gila nya
"woi!kau volume boleh slow sikit tak,semua pandang kau ni"dan mata aku dan Ryn mula pandang keliling
"aku excited zam,memang aku terkejut dengan suprise kau ni,mummy dady kau tak marah ke kau dtang jauh-jauh ni"Ryn sudah duduk berhadapan dengan aku
"kalau aku sorang mayb mummy aku tak benarkan ,tu aku kena bawak abang aku ni sebagai peneman,kenalkan abang aku Sham dan abang ni la bff zam Ryn"aku memperkenalkn abang sham pada Ryn.
"nice to meet u Ryn,patut lah zam sanggup datang jauh-jauh jumpa Ryn,cantik orang nya"abang sham mula bermulut manis
"apa abang ni"aku mula tak tentu arah
"hai abang sham,selamat datang ke Melaka,tak sangka zam ada abang sehensem ni"Ryn mula ketawa dan aku berasa cemburu apabila Ryn berkata begitu.
"aku tak hensem ke Ryn"aku cuba bergurau
"kau pun hensem Zam,tapi abang kau lagi hensem la"Ryn ni saja nak buat aku cemburu ke apa ni.
"Ryn ,ayah dah cakap dengan Pak suib,Ryn balik awal harini tak kan nak biarkan tetamu dari jauh dibiarkan je"ayah ryn muncul dari dapur
"baik ayah,ryn jumpa pak suib sekejap"selepas beberapa minit ryn pun keluar dan kami pun pulang kerumah Ryn .Tapi kenapa aku rasa pandangan abang sham pada Ryn lain,adakah aku cemburu pada abang aku sendiri.aku cuba mamandang ryn dari cermin dan terlihat ryn sedang sibuk berbual dengan abang sham.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience