sesi memujuk

Romance Series 8159

"mum,dad zam ada benda nak beritahu ni"aku mula memulakan bicara ketika kami semua sedang menonton tv . Di ketika itu semua mata terarah kepada aku.
"yes zam,zam nak beritahu ape jangan nak kata zam nak kahwin pula"tebak daddy sambil ketawa
"ishh dad ni kesitu pula,steady girlfriend pun tak da nak kahwin apa nya"aku ketawa
"muka punya hensem tak kan tak da girlfrnd yang sangkut zam"abang sham pula mengenakan aku
"cakap zam je,abang tu pun sama kan girlfrind keliling pinggang tapi semua tak serius"abang sham seorang lelaki yang sangat sempurna bagi aku, tinggi hensem berduit tetapi satu aku tak suka tentang dia ,dia suka mempermainkan hati wanita , bukan sorang dua yang pernah frust dengan abang sham tapi sampai tak boleh dibilang dengan jari, bila di tanya alasan abang sham senang je
"belum ada sesiapa yang boleh menggetarkan jiwa abang lagi,kalau salah sorang wanita tu boleh buat abang mcam tu itulah pilihan abang"alasan yang kerap kali diberi apabila ditanya.
"mcm ni dad,zam rasa nak ke melaka boleh tak,nak duduk sana dalam seminggu"aku sudah menunduk
"melaka!kenapa sampai kesana zam nak pergi,KL ni dah tak da tempat menarik ke zam"mummy sudah mula bersuara sambil memandang tajam pada aku
"mum kenal Ryn tak,dulu zam pernah kenalkan Ryn pada mum,kawan karib Zam masa dekat U dulu,Dia tinggal di Melaka,Zam ingat nak melawat keluarga Ryn sekali ,kalau mum n dad izinkan"aku pernah kenalkan Ryn pada mummy ketika mummy melawat aku di U dulu,dan mummy memang tidak kisah aku berkawan dengan sesiapa pun tidak kira kaya atau miskin yang penting pandai menjaga maruah keluarga.
"ooo budak perempuan yang pakai kemeja dengan topi tu ke,cantik budak nya tapi sayang berpakaian mcam lelaki"mama sudah mula mengkritik pakaian Ryn
"itulah dia mum,tu je lah kawab merangkap bff zam masa di U,yang lain semua nak mengikis duit zam je bukan ikhlas nak berkawan pun,tapi Ryn ni lain mum,dad walaupun dia susah tapi sikit pun dia tak pernah minta pertolongan Zam,Zam yang ikhlas bantu dia mum"aku mula menceritakan serba sedikit tentang Ryn
"Bagus tu zam,cari kawan yang ikhlas dengan zam bukan pandang duit semata-mata,tapi dad bukan tak bagi zam pergi melaka tu, tpi dad risau penerimaan keluarga Ryn tu, selalu zam orang kampung ni susah nak terima tetamu dari lain jantina lagi pun zam selesa ke duduk kampung"dady sudah mula memerli aku
"apa la dad ni,bukan nya zam nak masuk meminang ke apa,zam cuma nak melawat lepas tu zam nak suruh Ryn bawa Zam jalan-jalan bandar Melaka, tu je tapi pasal tidur zam akan tidur hotel kot, zam lelaki dad mesti Ryn tak selesa kalau Zam tidur rumah nya,lagipun Ryn pernah cakap Ryn tiada adik beradik lelaki"
"zam,apa kata abang ikut?abang pun dah lama tak jalan kat Melaka ,nanti boleh juga abang berkenalan dengan Ryn"abang menyampuk pula
"ah, tak payah la abang.zam pergi pun bukan nak berjalan sangat selebih nya zam nak jumpa Ryn je"aku cuba membantah cakap abang
"ok juga tu zam,biar lah abang ikut sekurang-kurang nya zam ada juga kawan dan dad and mum tak da la risau sangat nak lepas kan zam"mumy mula menyokong abang
"dad pun setuju kalau abang ikut"aku mula menjeling abang dan menunjuk kan penumbuk pada dia.abang mula tergelak kecik kerana dia tahu dia sudah menang.
"baik lah dad mum,abang boleh ikut tapi abang kena drive,zam malas nak drive"aku sudah mula mengenakan abang
"drive?tak da hal la zam,zam pun tahu abang lagi pro drive dari zam kan"abang tidak mahu kalah lagi
aku hanya mampu menjeling pada abang,yang penting daddy dan mummy sudah memberi kebenaran pada aku dapat lah aku hilang kan rindu aku pada Ryn.
"tapi zam bak pergi bila ni,senang abang nak apply cuti dekat daddy"abang tergelak kecil, kerana abang memang bekerja dengan daddy memang pastilah daddy akan memberi cuti pada abang.
"cuti approve"kata dady sambil tergelak
"mayb lusa gerak bang,zam ingat nak cari buah tangan untuk keluarga Ryn esok"aku merangka-rangka untuk mencari buah tangan untuk keluarga Ryn.
"Ok zam,sham sebelum pergi nanti jumpa dad dulu nanti,dad nak bagi duit belanja untuk ke Melaka"dady memang sejenis manusia yang sangat baik,walaupun abang sudah bekerja ,dady tetap akan hulur duit belanja walaupun kami menolak sekalipun.
"baik dad,thanks izinkan zam kesana ya"selepas itu aku mula mengorak langkah ke bilik .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience