Rindu

Romance Series 8159

Cuti semester sudah bermula,dan aku hanya mampu duduk dirumah sahaja. Mummy dan daddy banyak menghabiskan masa di pejabat dan yang tinggal di rumah hanya lah aku, abang sulung aku sham dan bibik.Abang aku lebih suka menyendiri didalam bilik dari berbual dengan aku.
"Ya Allah boring nya aku, apa aku bak buat 3 bulan ni tak kan nak terperap dekat rumah je"aku dah mula mengomel seorang diri sambil mata aku tertancap pada screen laptop.
"apa la si Ryn tu tengah buat kan,kalau dia ada tak da la aku boring macam ni, nak jumpa rumh keluarga dia jauh nun kat melaka"aku mulai rindukan Ryn dan sambil itu aku cuba mendail no telefon Ryn.
"hello zam,Assalamualaikum"terdengar suara Ryn di corong telefon,hilang rindu aku nak dengar suara dia
"waalaikumusalam Ryn,kau apa khabar lama aku tak berbual dengan kau ,aku tengah boring la Ryn"
"aku kat pekan ni Zam,tolong pakcik aku meniaga kedai makan, sambil-sambil tu dapat juga aku nak cari duit poket bila sambung semester nanti,kau tak keluar ke zam"soal Ryn pada aku
"aku mana ada kawan lain selain kau Ryn,yang ada pun semua nak mengikis duit aku je bukan ikhlas berkawan dengan aku
"ala sian nya kau,kalau dekat lama aku jumpa kau zam tapi KL dengan Melaka jauh , tunggu 3 bulan baru lah dapat kita jumpa"
kenapa aku ni, rindu ke aku pada Ryn tetapi kenapa rindu aku bukan pada sahabat .
"Ryn ,aku nak datang sana boleh tak" aku sudah tidak keruan
"wei zam kau gila ke,KL ke Melaka jauh tau tak lagipun buat apa kau nak datang sini zam, kampung aku tak da apa-apa mesti kau boring"Ryn membantah cadangan aku
"sekurang-kurangnya aku ada kau kat sana,jauh ke dekat tak penting yang penting aku dapat jumpa kau"aku sudah mula memujuk Ryn supaya membenarkan aku ke kesana.
"Zam, Mummy daddy kau mesti tak benarkan kau datang sini , lagipun rumah aku rumah kampung nanti kau tak selesa, rumah aku buruk zam tak mcam rumah kau"terdengar suara Ryn menjadi perlahan
"kalau kau tak benarkan tak pe la Ryn,aku hanya bagi cadangan je sebab nak hilangka boring aku, tapi aku memang rindu kan kau"aku mula menjauh hati.
"aku pun rindukan kau zam, tapi jarak memisahkan kita InsyaAllah lagi 3 bulan kita jumpa balik aku pun rindu nak main boling dengan kau ni"wow Ryn rindu kan akulah, tidur lena la aku malam ni.
"oklah zam, ada pelanggan tu aku nak ambil order, apa-apahal kau call la aku lagi, aku nk call kau mungkin tidak lah handfon aku tak da kredit"terdengar ketawa kecil Ryn.
"Oklah Ryn, jaga diri kau baik-baik ada rezeki kita jumpa ye,kirim salam pada mak ayah kau ye .Assalamualaikum" aku pun meletakkan telefon sebelum berfikir untuk laksana kan misi aku.
"Aku akan kesana untuk kau Ryn,Rindu aku pada kau tersangat teruk ni"aku tersenyum simpul sambil melihat gambar Ryn di dalam Handfon aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience