"Kau balik juga akhirnya..risau aku kau tak balik balik lagi...ni kau okay tak..?" tanya Dayang.
"Okay.."
Siapa lelaki yang tolong aku tadi...tapi aku bersyukur...nasib baik dia ada tolong aku..kalau tak tahulah apa yang akan jadi kat aku..
"Kau gaduh lagi...?" kata Taufiq dan membawa minyak gamat lalu diserahkan kepada Zaki.
"Bukan gaduh..tadi ada orang kena kacau sebab tu aku tolong..."
"Budak perempuan..?" Zaki menganggukkan kepalanya.
"Dia kenal kau tak..?"
"Tak rasanya..sebab aku pakai topeng hitam.."
"Baguslah..kalau tak nanti mesti kecoh..Irham Zaki belasah orang..." kata Taufiq dan bersandar disofa.
"Aku belasah orang bersebab..bukan suka suka.."
"Excuse me..." kata Nadhirah dan berdiri dihadapan Anis.Aqilah mengikut jejak Nadhirah berdiri dihadapan Anis.
"Woi jangan potong barisan..tak nampak ke sign board tu...sila beratur.." marah Dayang dibelakang.
"Peduli apa aku.."
"Dia ni memang nak kena tau..." Dayang sudah setapak ke depan namun Anis menghalang.
"Biarkan je.."
"Dia dah melampau tau..." marah Dayang dengan mulutnya dipenuhi nasi.
"Biarkan...abaikan je.."
"Biarkan biarkan...dia tu dah melampaui batas kau lawanlah sikit..."
"Habiskan nasi dalam mulut tu dulu..baru cakap ni tersebur nasi masa kau cakap tadi..." kata Anis.
Mata Anis terpandang seseorang.
Irham Zaki.
Ini Hari pakai sweater biru pula.Bertukar tukar warna sweater setiap hari.
"Kau pandang siapa...?" Dayang menoleh kebelakang.
"Tak payahlah pandang dia..nanti minah senget tu warning kau lagi.." kata Dayang.
"Lepas ni kita pergi library.." kata Anis.
"Okay.."
"Kalau dah habis kejut aku..aku nak tidur sekejap.." kata Dayang.
"Ya lah..kau ni lepas makan tidur.." kata Anis.
Sekejap saja Dayang sudah terlena.
Anis kembali membaca buku.
Badan Dayang digegar.Perlahan Dayang bangun mengeliat.
"Orang datang library nak belajar..kalau nak tidur baliklah hostel.." kata Zalikha.
"Anis mana..?" tanya Dayang apabila Anis tiada disebelahnya.
"Manalah aku tahu.."
"Ni barang dia ada..." Dayang panik.
"Kha..kau tolong jagakan barang ni..aku nak cari Anis sekejap.." Zalikha mengangguk faham.
"Kau ingat ni...jangan sesekali kacau Anis lagi.." Zaki memberi amaran.
Aiman dan Hazim tidak bermaya untuk bergerak.
Muka sudah bengkak akibat dibelasah oleh Zaki.
Zaki menarik tangan Anis pergi.
"Terima kasih.." ucap Anis.
"Sama sama..yang awak pergi kat belakang bilik bio ni kenapa..nasib baik saya lalu tadi..." kata Zaki geram.
"Maaflah..ada orang kata nak jumpa..sebab tu saya pergi kat situ.." Anis menunduk memandang tanah.
"Tak apalah..benda dah jadi..nama apa..?" tanya Zaki.
"Anis Ezati..."
Zaki menghulurkan tangannya.
"Zaki...Irham Zaki.." Anis hanya mengangguk.
Apalah kau ni Zaki..dia ni perempuan kau tu lelaki bukan mahram.
Zaki menurunkan tangannya.
"Mulai ni kita kawan..nanti tak adalah orang ganggu awak lagi.."
Anis tersenyum.
Anis masuk semula ke perpustakaan.Mencari bayang Dayang.Mana dia ni..?
"Anis kau pergi mana...tadi Dayang risau..terus dia keluar cari kau.." kata Zalikha.
"Ya ke..?" Anis mengeluarkan telefonnya.Laju jari jemarinya mendail nombor Dayang.
"Hello Dayang kau kat mana...?"
"Kau boleh tak jangan main lesap je..risau aku tadi.." kata Dayang.
"Aku tak pergi mana mana pun..." Anis meletakkan beg diatas meja.
"Ya ya je kau..tadi tu pergi mana..?"
"Aku...aku pergi..pergi..tandas tadi..nak suruh kau teman tapi kau tidur aku pergilah seorang.." tipu Anis.
Tak sampai hati nak cerita pasal hal tadi..cukuplah Dayang risau bila Anis tiba tiba hilang..ni nak cerita pasal tadi memang tak lah.
"Tapi kenapa Zaki boleh ada kat situ..sedangkan biasa petang petang dia mesti ada kat padang dengan kawan kawan dia..." bisik hati Anis.
Share this novel