Rate

Bab 1

Romance Completed 7139

"Nah nasi goreng kampung.." kata Anis Ezati.
Nasi goreng kampung dihidang dihadapan Dayang.
"Kau tak makan ke..?" tanya Dayang.Anis sekadar menggeleng.Cepat tangannya mencapai telefon.Anis menoleh ke belakang apabila terdengar ramai pelajar perempuan berbisik.
"Hensemnya...untung siapa yang dapat dia.."
Jejaka bersweater merah iaitu Irham Zaki antara pelajar lelaki paling popular dikolej.

"Kau tak payah pandang dia lama sangat..dia bukan pandang kau pun..." kata Nadhirah tiba tiba.Aqilah dibelakang hanya mengiakan kata kata Nadhirah.Dayang menghentak pinggannya.
"Hey perempuan..boleh tak jangan kacau dia..kau cakap orang je lebih...dia ada ke pandang kau..dah sah sah tiada..so kau belah sekarang.." marah Dayang.Dengan geram Nadhirah beredar dari situ diikuti Aqilah.

"Thanks..Yang.." kata Anis.
"Kau ni cuba lawan sikit si diva senget tu...dia selalu kacau kau..nasib baik aku ada.." Anis hanya berdiam diri.

Tak berani rasanya nak melawan.Lebih bagus berdiam diri..takut perkara kecil menjadi besar.
Sekali lagi mata tidak terlepas memandang lelaki yang bersweater merah itu.
Tipulah kalau tiada siapa yang kenal Irham Zaki.
Pelajar sains tulen yang popular.Mustahil ramai gadis tidak mengenalinya.

"Dayang nanti pergi library..." kata Anis.
"Okay..."

"Anis lama lagi ke kau nak study..aku penatlah mata aku dah tak boleh pandang buku lagi.." Dayang mengeluh.
"Aku lama lagi ni..tak apa kau baliklah hostel dulu nanti aku baliklah..nak habiskan kerja ni.." kata Anis.
"Yalah aku balik dulu..kau tu jangan lama sangat study..nanti lewat pula balik...bye.." Dayang bangun dan menuju keluar dari perpustakaan.
Anis memandang Dayang berlalu pergi dan matanya kembali memandang buku semula.

Sedar sedar jam hampir 9 malam..lama sungguh Anis meneliti buku dihadapannya.
Buku buku yang nipis dimasukkan didalam beg manakala buku yang tebal Anis memegang.

"Nak balik dah..?" tanya Kak Min.
"Nak baliklah kak..dah lewat lagipun esok kelas pagi..ni novel saya pinjam haritu.." novel yang setebal kamus itu bertukar tangan.
"Best cerita dia..?"
"Best sangat kak..mula mula kesianlah kat perempuan tu kan kena tuduh bukan bukan..tapi nasib baik happy ending.." kata Anis.
"Yalah...kan semua novel happy ending.."
"Hah kak saya balik dululah..duk bersembang tak balik saya nanti.."
"Hati hati jalan.." Anis tersenyum.

Perlahan Anis menuruni tangga hingga ke bawah.Tiba tiba ada dua lelaki berdiri dihadapan Anis.
Anis dikepung.
"Lambat balik..."
"Tepilah..aku nak jalan ni.." marah Anis.
"Janganlah garang sangat.." tangan Anis cuba dicapai namun dengan pantas Anis menepis.
"Jangan sentuhlah..."

"Hoi..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience