Bab 4

Romance Completed 7256

"Wahh...banyak benda yang berlaku...sikit pun kau tak bagi tahu aku...macam nilah kawan.."
Dayang merajuk.
"Alah..aku tak nak kau risau tu je.." kata Anis.
"Kau tahi ke siapa yang tolong kau masa malam tu.."
Anis menggelengkan kepalanya.Lelaki bertopeng hitam yang memakai sweater merah masih lagi misteri baginya.
"Aku nak sangat jumpa dia..nak ucapkan terima kasih sebab tolong aku..."
"Alah..lama lama nanti mesti kau jumpa dia.."

"Kata nak datang..baik aku balik.." kata Anis apabila Zaki tiada di bilik kuliah.

"Kenapalah tak sedap hati pula ni..." Dayang risau tentang keadaan Anis.

Anis berjalan seorang diri.Sesekali menoleh kebelakang.
"Macam ada orang ikut je..." langkah Anis semakin laju.Mahu cepat sampai ke hostel.
Bunyi tapak kaki jelas kedengaran di belakang.
Anis berlari kuat.
"Janganlah kejar aku.." tiba tiba Anis terlanggar seseorang.Hampir terjatuh.
"Tolong...ada orang kejar saya.." kata Anis kepada lelaki bertopeng hitam yang dilanggarnya tadi.
Lelaki itu memandang Anis lalu menggelengkan kepalanya.
Anis menoleh ke belakang.Tiada siapa.
"Tapi dia ada ta..." lelaki itu turut hilang.Anis pelik.
Tiba tiba rasa seram sejuk pula.

"Kau balik pun..aku risau tahu tak.." kata Dayang.
"Aku tak ada apa apa.." Anis baring diatas katil bujangnya.
"Siapa lelaki bertopeng tadi..? takkan hantu kot.."
Anis masih berteka teki.

"Kau ni rancak je keluar malam.." kata Taufiq.
Zaki menanggalkan topeng hitamnya.
"Alah...suka hati akulah nak keluar malam ke siang ke.."
"Yalah..." malas nak bertekak dengan Zaki malam malam.Tegur sikit dah melenting.

"Sorry..semalam saya tak teman awak balik semalam..." kata Zaki.
"Tak apa...tak jadi apa apa pun semalam.."
Zaki tergelak sikit.Pandai dia menjaga perasaan orang.

"Dayang...Anis tu memang tak suka cerita kat orang ke...kalau dia ada masalah.." tanya Zaki.
"Anis memang perahsia oranganya...kalau dia ada masalah dia selalu pendam dalam hati.." terang Dayang.
"Kenapa tiba tiba kau tanya...?"
"Tak ada apa..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience