BAB 2

Mystery Completed 1670

Jerry: Jangan pergi dulu….

Mereka telah jatuh ke sebuah tempat dengan mengejut dan mereka disambut oleh Jerry, Bos Syarikat Whoop yang menjadi ketua mereka untuk menyiasat kes-kes jenayah yang ada.

Jerry : Saya ada satu berita yang kurang baik untuk kamu semua.

Malangnya, beberapa pelakon terkenal Hollywood telah diculik seperti Jenn Laurence dan Ryan Bergara.

Sekarang kami mahu kamu bertiga pergi ke rumah Zac Efron dan menjaga dia daripada diculik oleh orang ini.

Clover sangat hairan dengan kes ini dan Sam pula mula memikirkan siapakah orang disebalik semua ini.

Jerry memberikan mereka bertiga alat-alat untuk pengintipan mereka seperti Kasut Roket Ungu, Topeng Bernafas Dimana Sahaja,Klip Boomerang dan Beg Jetpack.

Pengintip bertiga itu meninggalkan markas mereka dengan menggunakan Beg Jetpack mereka.

10:25 AM – Rumah Zac Efron

Merea bertiga berada di rumah Zac Efron dan masing-masing berlakon sebagai pembantu rumah, tukang masak dan tukang kebun pelakon itu.

Mereka pergi ke bilik Zac untuk mencarinya tetapi Clover pula terganggu dengan kemewahan bilik pelakon terkenal Zac itu.

Sam dan Alex menegur Clover agar berhenti mengacau barang di dalam bilik itu.

Alex kemudiannya ternampak seseorang yang mengambil gambar Zac yang sedang berada di dalam kolam renang itu.

Mereka bertiga berfikir yang lelaki itulah penculik Zac dan dengan segera, Clover bergegas keluar untuk menjatuhkan lelaki asing itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience