BAB 3

Mystery Completed 1670

Mereka akhirnya terjatuh dan mengejutkan Zac setelah bergelut di atas pokok.

Zac sangat terkejut dan marah dengan Clover yang telah mengganggu wartawan terkenal itu melakukan kerjanya kerana Zac mahu kelihatan tampan di majalah dan artikel.

Sam dan Alex hanya mampu menyejukkan hati Clover yang telah dimarah oleh pelakon kegemarannya itu.

Mereka bertiga kembali masuk ke rumah untuk sambung berlakon tetapi sesuatu telah berlaku kepada Zac.

Zac tenggelam secara tiba-tiba kerana telah diculik oleh seseorang dan caranya sama seperti penculikkan Jenn sebelum itu.

Mereka bertiga kembali ke Kawasan kolam renang apabila terdengar Zac teriak dan hilang dari kolam renang itu.

Mereka menggunakan Topeng Bernafas Dimana Sahaja dan mengikuti jejak Zac dan penculik itu.

Mereka akhirnya sampai di laut setelah jatuh dari air terjun.

Penculik Zac telah lari membawanya dengan menggunakan bot laju.

Sam, Alex dan Clover yang sudah ketinggalan segera meminjam Jetski yang ada di tepi laut untuk mengejar Zac.

Malangnya setelah beberapa cubaan, mereka tidak dapat mengejar lelaki itu dan telah menghubungi Jerry tentang hal itu.

Jerry telah menghantar helicopter untuk mengambil mereka kerana mereka perlu melakukan satu kes lagi yang berkaitan dengan kehilangan Zac.

Jerry telah meminta Clover untuk menyamar seperti satu lagi pelakon terkenal iaitu Lina Jolie kerana hanya dia yang menepati kesesuaian pelakon itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience