Alex dan Jenn kini dalam keadaan buntu kerana tidak sudah dapat menyelamatkan diri daripada makhluk rekaan Marco yang merbahaya itu, Marco pula sedang merakam reaksi mereka dengan gembira dan bangga.
Namun, semua itu terhenti apabila Sam, Clover dan Alex tiba dengan kenderaan asing tadi dan menembak Marco sehingga dia terjatuh.
Dengan segera, Sam menggunakan kamera yang digunakan Marco untuk menculik semua pelakon agar Marco tidak dapat melarikan diri.
Pengintip bertiga itu akhirnya Berjaya menghentikan permainan Marco dan memanggil Jerry untuk menangkap Marco dan kumpulannya.
Jerry sangat bangga dengan pencapaian Sam,Alex dan Clover yang sangat berani menyelamatkan semua pelakon itu.
Mereka juga dipuji oleh pelakon yang mereka selamatkan dan diberi tawaran untuk berlakon di Hollywood.
Keadaan itu akhirnya kembali kepada asal dan mereka semua kembali ke rumah mereka.
Akan tetapi, Marco berjaya melarikan diri dari helikopter walaupun telah ditangkap oleh Whoop dan berada dalam kawalan yang ketat.
09:10 AM – Sekolah Menengah Beverly Hills
Sam disambut lagi dengan para peminatnya yang sedang menunggu dia.
Tiba-tiba, Mandy memberikan ucapan yang dialah pelajar paling terkenal selepas mereka melakukan semakan undian itu lagi.
Sekali lagi, Mandy dikerumuni peminatnya yang sangat ramai dan agresif itu.
Sam akhirnya lega kerana sudah tidak lagi berada di situasi sebegitu lalu pergi ke kelas mereka.
Sam dan Clover cuba mencari Alex yang telah pergi ke sekolah lebih awal daripada mereka.
Secara mengejut, mereka mendapat panggilan daripada Alex yang sedang meminta pertolongan mereka dan panggilan itu terputus.
Tanpa disangka, Marco telah kembali untuk membalas dendam dan menggunakan Alex sebagai umpan dia untuk melakukan kerja tidak baiknya itu…
Share this novel