Terketar² aku menaip nombor telefon Felix, aku menarik nafas dalam² sebelum menelefonnya. Beberapa saat kemudian Felix mengangkat.
"Annyeong?" ucapku apabila Felix hanya senyap di hujung talian.
"Ouh annyeong! Ni Miyoung kan?" tanya Felix teruja.
"Iyaaa" balasku teruja. Ni memang betul² Felix, boleh cam suara deep dia.
"Awak tak takut ke bagi nombor telefon awak? Kalau saya sebarkan nombor telefon awak ni macam mana?" soalku, tapi aku takkan buat camtu.
"Awak takkan buat macam tu, saya percayakan awak" balas Felix yang membuatkan aku tersenyum.
"Kenapa ye awak bagi nombor telefon awak?" tanyaku ingin tahu.
"Saya nak kenal awak, lebih daripada seorang 'fans'?" aku cuba mentafsirkan apa yang dimaksudkan Felix.
"Saya nak jadi kawan awak" kata Felix. Aku menganggukan kepalaku walaupun aku tahu Felix tak nampak.
"Boleh tak?"
"Boleh je! Takkan saya nak reject awak untuk jadi kawan saya, peluang ni" kataku bersungguh. Kedengaran Felix ketawa.
"Ok lah, thanks sebab jadi kawan saya. Awak tidur lah, perempuan tak elok tidur lewat" kata Felix.
"Ok, saya tidur dulu"
"Goodnight Miyoung"
"Goodnight Felix"
Selepas aku meletakkan panggilan, aku terus menjerit. Felix ucap goodnight kat aku? Wahh aku ingat orang couple je ucap goodnight `_`
Dan aku pun tertidur dalam keadaan gembira.
---------------------------
Keesokan harinya...
"Adik pergi kerja dulu!" laungku. Padahal eomma aku ada je kat ruang tamu tu. Eomma menganggukan kepalanya.
Aku pun menaiki basikal lalu menuju ke 7 eleven. Jarak dari rumah aku ke 7 eleven jauh skit, sebabtu aku naik basikal.
Sampai di 7 eleven, aku mengunci basikalku di tiang lampu.
(Part ni aku tiru dalam drama 'At Eighteen' hehehe :-> )
"Oit Yuri!" aku memanggil Yuri yang tengah menyusun barang.
"Heyyo Mi!" Yuri masih lagi sibuk menyusun barang. Aku pergi ke bilik staff lalu menukar bajuku.
"Aku cau lu Mi, aku nak pergi ambik adik aku sekolah pulak" kata Yuri. Aku menganggukan kepalaku lalu Yuri pun pergi.
Tinggal lah aku berseorangan di sini. Takde ke laki handsome datang? Kalau tak boleh la aku ngorat HEHEHE
Kling~ (aku lupa dho camne bunyi kalau ada orang masuk dalam 7 eleven, al maklum lah dah lama aku tak pergi sebab pkpb ni)
"Selamat datang" ucapku mesra. Apabila aku melihat mukanya, aku terkejut dan dia juga turut terkejut.
"Eunha?"
"Miyoung?"
Kami berdua menatap sesama sendiri tidak percaya.
"Jom duduk dulu" aku mengajak Eunha duduk di suatu tempat yang telah disediakan.
"Aku nak beli ramen" kata Eunha. Aku pergi duduk sementara Eunha pergi membuat ramen. Beberapa menit kemudian Eunha pun kembali bersama ramen.
"Dah lama tak jumpa kau" kata Eunha. Aku menganggukan kepalaku.
Lama kami diam, sehinggalah aku membuka mulut.
"Eunha, mian sebab selalu buli kau dulu" ucapku lalu menunduk malu.
Biar aku citer dulu, aku ni fuhh budak bermasalah dhooo masa aku sekolah rendah. Aku selalu buli Eunha, tapi aku selalu je akan kalah dulu sebab Changbin yang selalu protect dia.
Kemudian aku berpindah ke sekolah menengah untuk budak² bermasalah, dari tu lah aku berubah. Aku dah tak buli orang, aku insaf sudahh.
Bila Stray Kids debut, aku tak tahu kenapa aku stan dieorang. Sebab utamanya ialah LEE FELIX :-)
AND YES SEMESTINYA CHANGBIN KENAL AKU SEBAB AKU SATU SEKOLAH DENGAN DIA ASTAGA AKU LUPA NAK BAGITAHU PARA READERS MIAN!!!
"Its ok, perkara dah lama berlalu" kata Eunha dengan senyuman.
"Thanks sebab maafkan aku"
"Urwelcome!"
"Kau still kawan dengan Changbin?" tanyaku. Eunha yang sedang khusyuk makan terus tersedak.
"Kau ok?" tanyaku panik. Aku terus mengambil tisu lalu memberikan pada Eunha.
"Ok²" Eunha mengambil tisu yang kuhulurkan lalu mengesap mulutnya. Dia menarik nafasnya sebelum menjawab soalanku.
"Aku still kawan dengan dia" balas Eunha. Aku menganggukan kepalaku. Tak mustahil kalau dieorang still kawan.
"Ouh, hermmm boleh tak aku tanya something?" Eunha memandangku dengan keningnya yang terangkat sebelah.
"Apa?"
"Cantik tak isteri Changbin?" tanyaku takut². Sekali lagi Eunha tersedak makanannya.
"Aku tak tahu nak bagi jawapan camne" Eunha menundukkan kepalanya.
"Ouh takpelah" mungkin Eunha nak kat Changbin tapi Changbin nak kat orang lain then nikah dengan orang lain. So aku taknak dia sedih jadi aku nak alihkan topik.
"Kehidupan kau camne sekarang?" soalku untuk mengalihkan topik perbicaraan.
"Hidup aku sekarang bahagia, aku dah kahwin" terkejut aku mendengar jawapan Eunha.
"Ouh, dah kahwin..." aku mengalihkan pandanganku ke arah lain. Sedih bila orang tak undang titew :(
Memang lah dia tak undang aku sebab aku ni buli dia dulu aigoo ~_~
Tiba² telefon Eunha berdering, dia pun mengangkat panggilan.
"Ok" tu jer perkataan yang keluar dari mulut dia. Dia pun meletekkan telefonnya ke dalam poket, dia memberikan duit padaku.
"Aku kena pergi dulu, bye" Eunha pun bangun lalu keluar dari kedai.
Aku termenung, teringat kembali zaman sekolah rendah. Bila aku terfikirkan balik, aku rasa malu dengan diri sendiri. Kesian Eunha takde buat salah, nasib baik Changbin selalu protect dia.
Aku termenung sehinggalah ada pelanggan lain masuk.
@Aku nak bagitahu yang citer ni masa 2023, masani Bang Chan tengah ngorat Sunhee :-) @Yang mana tak faham, harh korang baca lah novel sebelah :) @Mian lah sebab aku buat citer camni...Citer aku ni jenis berkait dengan novel sebelah, jadi kalau tak baca novel sebelah korang tak akan faham lah •_• @Sorry kalau ayat berbelit/typo, aku tulis citer ni pukul 2:43 pagi =)
Share this novel