(15/2/2024)
Seminggu sebelum majlis perkahwinanku akan berlansung. Aku call Felix, dia cakap dia dah berikan orang² yang diajak untuk datang ke majlis perkahwinan kiteorang.
Dah nak kahwin aku, tak ku sangka =)
"Adik!" jerit eomma dari luar. Aku segera berlari ke ruang tamu, aku melihat semua keluarga ku di situ.
"Mari duduk sini" eomma menyuruhku duduk di sebelahnya. Tanpa banyak cakap, aku duduk di sebelah eomma.
"Adik, lagi 7 hari adik akan tinggalkan keluarga Oh dan akan masuk keluarga Lee" kata appa.
"Lagi 7 hari adik akan bergelar isteri orang" kata eomma pula.
"Siapa lah lepasni nak minta barang² kpop kat oppa?" tanya oppa sedikit sayu.
OH GOD TIBA AKU JADI SEBAK
"Adik, jadi seorang isteri yang taat kepada suami tau" pesan eomma.
"Eomma, adik akan kahwin seminggu lagi lah" ujarku sedih. Kenapa semua buat aku macam 7 hari lagi aku nak meninggal? :-|
"Adik, masa akan sekejap je berlalu. Pejam celik pejam celik adik dah sah jadi isteri Felix" kata appa. Aku menganggukan kepala, baru lah aku sedar kenyataan sekarang.
Aku akan kahwin, akan jadi isteri orang. Weh kenapa aku rasa macam tak real?! Aku bagaikan tengah bermimpi.
"Tiber adik rasa takut nak kahwin" kataku takut. Eomma memelukku erat.
"Normal bagi seseorang takut bila nak kahwin, bila dah kahwin akan rasai kebahagiaan" kata eomma. Aku membalas pelukkan eomma lalu menangis.
Nanti mesti aku akan rindukan eomma, appa dan oppa.
"Shh shh, jangan menangis. Nanti kamu akan bahagia dengan Felix" kata eomma memujukku. Perlahan² aku menganggukan kepalaku.
"Aigoo, adik oppa yang cantik dah nak kahwin. Oppa pun tak kahwin lagi" kata oppa.
"Oppa adik tak handsome, sebabtu tak kahwin²" kataku selamba.
"MWO?!" aku terus berlari meninggalkan oppa sambil ketawa terbahak². Oppa berdiri lalu mengejarku.
Maybe ni terakhir aku boleh main² dengan oppa sebelum jadi isteri Felix :-)
-------------------
"Adakah kamu akan bersama Oh Miyoung walaupun dalam keadaan senang atau susah?"
"Saya sanggup"
"Adakah kamu akan bersama Lee Felix walaupun dalam keadaan senang atau susah?"
"Saya sanggup"
"Pengantin lelaki boleh memakaikan cincin di jari manis pengantin perempuan dan dibenarkan bercium"
Felix perlahan² memakaikan cincin di jari manisku, selepas itu dia mendekatkan mukanya ke mukaku lalu bibir kami pun bersatu.
Seperti biasa, semua orang pun bersorak :-D
-----------------
"Haish! Bulan lepas bagitahu korang couple, harini dah kahwin" kata Junghwa.
"Sebenarnya kami dah lama couple" kata Felix sedikit malu.
"Jinjja? Dari bila?" tanya Seungmin ingin tahu.
"Tahun lepas" balasku.
"Wait², sebelum or selepas Bang Chan umumkan dia dan Sunhee couple?" tanya Hyuni.
"Sebelum" balas Felix pula.
"Oh god, aku tak faham lah camne orang boleh sorokkan hubungan lama²" kata Hyuni dramatik.
Sebulan aku kenal dia, she is really dramatic.
"Btw, congrats you guys!" ucap Eun. Aku dan Felix hanya memberikan senyuman.
Aku sedar yang Changbin tengah menatapku. Apabila aku memandangnya, aku boleh faham kenapa dia tatap aku.
Aku memberika senyuman pada Changbin.
Aku janji aku akan jaga Felix. Tak kiralah susah senang, bukan senang nak kejar idol.
Tapi sebenarnya Felix kan yang nak ngorat aku dulu? •_•
Arh whatever, aku akan pastikan
Felix tak akan bersedih
Sepanjang aku di sisinya
@OH GOD DAH TAMAT KISAH PERCINTAAN FELIX >_< @Aku tulis 2 bab dari pukul 4 sampai pukul 5 lebih(a.m.) :-} @Tinggal Seungmin and IN :-) @Aku target citer ni tak akan sampai 10 bab, tak sangka sampai gak 10 ~_~ @Btw, I want say thank you very much sebab baca sampai habis walaupun fact aku mengarut =)
Share this novel