"OPPA!!!" aku memanggil oppa yang berada di dalam biliknya.
"Oppa! Nanti ada konsert Stray Kids, nak tiket~" aku memegang erat lengan oppa. Oppa hanya senyum memandangku.
"Ok, nanti oppa beli" kata oppa yang membuatkan aku lompat gembira. Aku terus memeluk oppa.
"Gomawo oppa! Sayang oppa sangat²" aku pun berlari masuk ke dalam bilikku.
"Oyeah! Dapat jumpa Stray Kids lagi" kataku gembira. Aku terlalu gembira sampai tertidur.
Dan mulai harini, aku akan hidup gembira lepas ni :-)
-------------------------
Dua minggu kemudian...
Di konsert Stray Kids
"Hana! Cepat skit, aku tak sabar!" aku menjerit gembira yang membuatkan orang di situ memandangku pelik.
"Ya ampun, jangan bising sangat boleh tak? Kau ni macam tak biasa pergi konsert" kata Hana geram. Aku hanya tersengih² seperti kerang busuk.
Selepas memberi tiket, kami berdua masuk ke dalam. Dah ramai, jadi kami cepat² ambil tempat duduk.
Yang aku tak sabar, nanti ada fansign >_<
Stray Kids keluar lalu mempersembahkan lagu². Selesai mempersembahkan lagu, fansign yang aku tunggu telah tiba.
Hana duduk di sebelahku jadi dia pergi dulu. Susunan Stray Kids ialah Seungmin, Bang Chan, Hyunjin, Jeongin(IN), Changbin, Minho(Lee Know), Han dan Felix.
Selepas Hana bergerak ke Bang Chan, aku bergerak ke Seungmin. Seungmin memandangku lalu senyum.
"Awak dah rajin datang kan? Nama awak Miyoung kan?" tanya Seungmin sambil menanda tangan di atas album.
"Awak ingat saya?" tanya teruja. Seungmin menganggukan kepalanya.
"Ya! Awak dah banyak kali datang konsert kami!" kata Seungmin gembira. Aku menganggukan kepalaku tanda betul. Memang dah banyak kali aku pergi konsert Stray Kids.
Apabila aku selesai, aku pun bergerak ke Bang Chan. Dan Bang Chan juga kenal aku. Bila aku bergerak ke member lain, semua kenal aku. Sekarang member terakhir iaitu Felix, he my bias >_<
"Annyeong!" ucap Felix mesra. Dia menatapku lalu ketawa.
"Ni Oh Miyoung kan? Seronok berjumpa awak lagi!" kata Felix gembira.
"Awak kenal saya?" tanyaku. Aku tanya soalan ni kat semua member dan semua member jawab 'ya'.
"Of course saya kenal awak. Saya selalu nampak awak di konsert. Awak biasa duduk di depan skali, mana mungkin saya tak nampak awak" kata Felix membuatkan aku gembira.
Sape tak gembira bila bias sedar kehadiran kita? :-)
"Hehehe, memang saya selalu pergi konsert Stray Kids and saya selalu duduk di depan sekali" ujarku dengan sengihan. Felix menganggukan kepalanya dengan senyuman.
Semasa aku nak pergi, Felix sempat membisikkan sesuatu padaku.
"Gambar saya yang belakang sekali" kata Felix dengan senyuman. Aku nak tanya apa maksudnya tapi staff di situ menyuruhku pergi.
Aku pun pergi balik kat tempat duduk aku. Hana dah berada di situ.
"Hana..." ayatku berhenti sekejap. Patut ke aku bagitahu Hana tentang apa Felix bagitahu takdi?
Nak
Taknak
Nak
Arh mampos dia arh aku taknak bagitahu Hana :D
"Wae?" tanya Hana hairan. Aku mengelengkan kepalaku.
"Nothing, hehehe"
---------------------------
Selepas pulang dari konsert, aku terus baring di atas tilamku yang emput. Jam sudah menunjukkan pukul 10 malam. Apabila aku hampir tertidur, tiba² aku teringat Felix cakap takdi.
'Gambar saya yang belakang sekali'
Aku terus pergi mengambil album ku takdi. Aku mencari gambar Felix yang berada di belakang hinggalah gambar Felix yang terakhir.
Aku terus menekup mulutku tak percaya. Ni mimpi or realiti?
(Tanda tangan Felix)
(Lee Felix)
(82 XXX XXXX)
Felix beri nombor telefon dia!
@Kemungkinan citer ni ada sikit je bab (kemungkinan ye awuck²)
Share this novel