Get the app for full experience
24. Suasana pagi syarikat ACME berkeadaan seperti biasa. Para pekerja sibuk ke hulu ke hilir, pengawal keselamatan berpakaian serba hitam berlegar sekitar lobi dan pintu Utama, makcik cleaner mendorong troli peralatan mengemas, tukang sampah mengheret tong biru di belakang. Kafateria tingkat tiga pejabat pun sudahpun sibuk sejak awal pagi lagi. Ramainya staf membeli minuman hangat untuk mengisi perut. Pekerja di kaunter admin sibuk melakukan kerja mereka. Beberapa orang staf keluar dari kafe bersama cawan berisi kopi dan makanan dalam beg kertas berborak sesama mereka. "Kau tahu tak berita pasal Puan Khalida?" "Hm?Kenapa dengan dia?" "Kau dengar jugak berita tu?" "Berita ...