Series
1524
"Gila ke diaorang ni?..."Mata Katreena ralit memandang dua orang lelaki berpakaian sedikit mencurigakan sambil memukul seorang budak perempuan dalam lingkungan 8 tahun menggunakan tali.Budak kecil Itu mengerang kesakitan sambil meraih simpati kepada dua orang lelaki Itu.Katreena tidak beberapa dengar percakapan mereka kerana dia berada di atas pokok yang sedikit tinggi."Tak boleh biar ni...mati jugak anak orang tu.."Ngomel Katreena sendirian sambil kepalanya ligat memikirkan cara untuk menyelamatkan budak perempuan Itu.Ish!Otak!Cepat fikir!Line slow!Kalau budak perempuan tu mati tahulah aku nak buat apa kat dua 'ekor beruk' tu!Seminit berfikir,akhirnya dapat juga idea.Memang setiap agen mesti mengamalkan sikap berfikir dahulu sebelum bertindak melulu.
"Ahem.."Deham Katreena sudah terpacak di belakang dua lelaki bertubuh gempal Itu.Huh!Badan gemuk!Pun masih lagi nak buat benda Tak berfaedah!Dasar gemok Tak sedar diri!Dua orang lelaki gempal Itu menoleh sambil Mata mereka terbelalak mahu terkeluar."Hello..boleh saya tanya..encik ni siapa ya?"Katreena masih berlagak selamba walaupun dia takut.Sudah tentulah dia Tak takut dengan 'Pak Buyung' di hadapannya Itu,yang dia takut ialah budak perempuan tu semakin mengesot kebelakang menghampiri curang!Kedua lelaki berbadan gempal Itu memandang antara satu sama lain.Kemudian dia menoleh ke arah Katreena dengan wajah bengis."Kau Sapa nak tanya aku!..Hmm..nampak macam 'sedap' je kan?"Lelaki di sebelah kanan Itu memandang rakannya dengan senyuman 'gatal'!
Bangang ke apa Pak Buyung dua ekor ni!Eii!Geli aku!Sedap kepala bapak kaulah!Tanpa berlengah Katreena melakukan serangan hendap.Mula mula kita tarik perhatian...then hamik Kau!Tak sangka pula lembik je Pak Buyung dua ekor ni..Tak kuat pun.Katreena melompat sambil kakin kanannya melayangkan satu penyepak kepada lelaki yang berada di kanan hadapannya.Tepat mengenai kepala mangsa!Manakala lelaki yang berada di kiri hadapannya melibaskan tali kearah Katreena.Malang,Katreena menyambutnya dengan begitu pantas.Memang dia hebat dalam seni mempertahankan diri.A plus tahu!
Katreena menepuk tangannya yang dirasakan kotor yang teramat.Asid!Asid Pak Buyung!Heh!Kacang saja.Sudah jatuh rebah Pak Buyung ni.Oh mak!Katreena meluru kearah budak perempuan Itu dengan berhati hati.Weh!Jangan main dengan curang ni.Bukan curang tikam belakang yang tu!Tapi curang yang membawa kepada kematian.Nasiblah budak ni pengsan.Eh?Nanti kejap!Entah Entah dia dah mati agaknya?Katreena cuak sambil menggaru kepala yang tidak gatal.Dia menghampiri budak perempuan Itu dengan berhati hati,dengan berjaga jaga dia meletakkan jari telunjuknya di bawah hidung mangsa.Fuh!Hidup lagi rupanya!Tapi macam mana budak ni boleh sesat sampai 'nun' jauh sangat?Dia lari dari rumah ke?Tak mungkin LA!Entah Entah dia lari dengan boyfriend?Tak nampak pula boyfriend dia..dah mati kut?Aiyaa!Mustahil LA budak kecil macam ni ada boyfriend!Ah!Sesak kepala Otak betul!Mati jugak anak orang ni!Baik Cepat rawat dia!Katreena lantas mencempung tubuh kecil Itu dengan berhati hati,lalu dia berdiri Dan terus berlari mencari gua.
Share this novel