Series
1524
"Shyyhhh!!"Katreena meletakkan jari telunjuknya pada bibir Angela dengan pandangan helang tajam menikam mangsa."Sorry...but Are you serious?"Angela mahu kepastian."Betullah!Aku mana nak tipu!Meh tengok bijik Mata Aku!Ada tipu ke?Tak de an?Ha kalau nak tahu orang tu tipu ke apa kau melango je la tengok bijik mata dia tu"Ujar Katreena.Fuh!Nasib tak tercabut lagi contact line aku!Kalau tak huh!Lokap lah jawapannya!"Oh,tapi mata kau ni cantik lah dengan warna coklat tu!"Melambung pujian Angela sehinggakan mahu mengembang hidung Katreena."Tapi...rakyat di sini atau di sana ke..Ah!Lantaklah kat mana pun..semua hitam.."Ujar Angela."Habis!Kau punya mata tu?Kata semua..ish mesti BM kau fail niy!Buat ayat pun senget benget!Entah Entah kertas tak muat nak tulis kau pergi bantai sambung tulis kat meja tak!?"Balas Katreena selamba."BM mana pula ni?Mata aku memang semulajadi warna hijau!Heh!Sorry ya.."Tersengih Angela.
"Kau dah siap ke belom?"Terjegul wajah Angela di balik pintu bilik."Kau tahu erti sabar ke tak?Bagi aku seminit then....aku siap!"Katreena memusingkan badannya dengan baju labuh biru laut.Berambut Blonde.Tanpa secalit mekap pun sudah tampak kejelitaan nya."Harap aku tak buat drama queen kat sana sudahlah!"Katreena merengus.
Kedebuk!!
Siapa yang bongok sangat ni!"Jalan tu lain kali tengok depan"Suara garau itu membuatkan Katreena berang tiba tiba."Eh!Kau tulah yang Jalan tengok depan!Mata tu letak lutut ke?Main rempuh saja!"Katreena mengangkat muka.Huh!Harap muka hensem tapi mulut macam jamban!Kelihatan ada dua orang lelaki berdiri tegak di belakang jejaka Itu."Do you know who you are talking to?"Suara itu tegas.Rasa mahu meletup sahaja gunung berapi Katreena.Eiii!!Kalau boleh memang aku nak mencarut je depan mamat entah mana ni!
"Aku cakap dengan manusia lah!Habis aku cakap dengan lembu ke?"Bidas Katreena geram mencerlung membalas renungan tajam itu."Guard.."Tangan kanan diangkat ke atas.Dua orang pengawal itu menghampiri Katreena."Kau siapa nak halang aku hah!Kau fikir kau tu hebat sangat ke nak angkat aku?Haha!!Saying goodbye lah"Katreena membalas geram merenung dua pengawal itu silih berganti beserta gelengan."Now!"Tegas jejaka itu.Tanpa berlengah lagi pengawal itu memegang Tangan Katreena."Get off your dirty hands from me!Jijik!"Katreena menendang kasar perut kedua pengawal itu dengan berang.
"Katreena!"Dengan pantas Katreena menoleh.Sampai pun kau!"Apa kau buat ni?"Angela terpinga pinga memandang dua pengawal terbaring atas tanah.Kemudian dia beralih pula kearah...Oh My!"Kat...Apa..kau..buat..ni?"Gagap Angela.Dengan pantas jari telunjuk Katreena kearah jejaka yang sombong lagi bongkak!Ni sekor lagi adik beradik Donat Trump tu!"Siapa lagi Kalau dia ni!Eiii!!Geli aku tahu!Kotor!Jijik!"Katreena merengus tanpa menghiraukan pandangan 'singa' yang kelaparan itu."Kat...this is..Lord William..."Gagap Angela."Haha!What a joke!Do you look I care?Ade aku kesah ke dia ni apa?Menteri besar ke?Obama ke?Takde an.."Katreena masih dengan perangai angkuhnya.Angela mengeluh sambil kepala digeleng beberapa kali.
"Kami pamit dulu ya?Pasal tadi saya betul betul minta maaf..dia ni pelik sikit"Angela menunduk menahan malu apabila berpasang pasang Mata memandang mereka."Tak cukup!"Tegas Lord William memandang Katreena yang berpeluk tubuh dengan wajah masam mencuka."Kat!"Angela terpaksa membongkokkan badan Katreena."Ish!Biar aku buatlah!Buang masa saja!Nanti dah tua tak Pasal Pasal orang gelar aku 'nenek bongkok'!"Dengusnya menunduk geram.Lord William tersenyum sinis.Padan muka kau!
Share this novel