Series
1524
"Dania!"Laung satu suara membuatkan Katreena berasa tertarik.Mana tak nya waktu tengah hutan ni ada juga yang mencari kelibat seseorang."Dania Airisya!"Katreena pantas mencempung tubuh itu lalu dia keluar dari gua yang dimasukinya sebentar.Meliar telinga Katreena mencari suara itu.Mata dia juga mencari kelibat yang dimaksudkan tadi."Dania!"Katreena sudah dapat menangkap dari mana muncul suara tersebut.Lantas dia mengorak langkah laju pergi ke belakang gua itu.Kelihatan seorang wanita dalam linkungan 67 tahun sedang tercari sesuatu."Mak cik cari dia ke?"Tanya Katreena yang sudah berada di belakang wanita tua itu.Hampir melatah orang tua tu dek terkejut,dia mengurut dadanya kemudian memalingkan kepala."Dania!"
"Sorry ye Mak cik..."Setelah bercerita a hingga z barulah wanita tua yang bernama Julia Robert itu berhenti menyindirnya.Senyap terus.Handal betul Mak cik ni!Main tuduh je tanpa usul periksa!Hapalah punya Mak cik!Kang aku panggil orang tua tak pasal pasal esok jugak dia bagi aku makan kaki.Jangan main main!Kaki Mak cik tu..pergh!Gila!Besar nak mampos!Cantik pulak tu!Kalah kaki aku!Kalau dia bagi sekali..sampai ke Thailand!Tak payah rugi naik kapal terbang..cakap je dengan Mak cik ni dengan bahasa alien then dia bagi free je kapal terbang!Serius tak payah bayar!Guna mulut je!Pergh!Mak kau ijau!
"Aku minta maaf pasal tadi.."Mak Aih!Bisa betul mulut Mak cik ni!Makan semut banyak ke cik?Bisa sangat ni!"Err...takpa takpa..saya Okey je"Dalih Katreena tersenyum plastik.Dalam hati..hanya dia saja yang tahu.Mak!Tolong aku!Mak cik ni gila!Dia suruh aku duduk rumah dia!Sampai mampos pun aku tak nak!Bahasa dia tak kena lansung!Bm dia fail!F terus!Tak pun Z!
"Macam kenal lah muka kau ni!"Berkerut dahi Julia.Katreena pula berjuta lagi kerut kat dahi dia.Mak cik ni betul ke tak?Kalau tak aku nak bagi panadol je!Tapi tak ada pula!"Saya?"Terangguk angguk kepala Julia sambil memandang Katreena.Seminit berlalu dia petik jari kemudian tersenyum."Kau puteri keempat keluarga Zing Lei!"Mahu taknya lagi biul kepala Katreena.Aduh!Mak cik ni ke aku yang tak betul sekarang ni!"Mak cik..ni salah faham.."Belum sempat dia meneruskan percakapannya Mak cik itu memotong."Eh tak!Biar aku betulkan otak kau yang pening itu..macam ni cerita dia..mula mula..bla..bla...bla.."
Share this novel