TWO

Mystery & Detective Completed 25090

LUKE menggosok-gosok perutnya yang asyik berbunyi. Lapar betul dia rasa pada saat itu. Niat untuk menjamah tadi terpaksa dibatalkan disebabkan oleh kehadiran kumpulan Warriors. Perlahan-lahan dia bangun lalu menuju ke dapur. Berharap ada makanan untuk dijamah. Paling kurang pun mi segeralah.

Dia menyelongkar almari di dapur. Nasibnya amat baik kerana menjumpai sebungkus Maggi kari. Tarikh luput diperiksa. Malangnya telah tamat.

"Hai, lah perut. Apalah nasib kau."

Bang! Bang! Bang!

Kedengaran dua das tembakan dilepaskan dari luar Teratak Melur. Luke segera mengeluarkan pistol yang sentiasa tersisip di pinggangnya. Dia menghendap ke luar melalui cermin dapur.

"Weh, apa hal ni?" ujar Qayyim mamai.

Luke meletakkan jari telunjuk di bibirnya memberi isyarat. Di luar kelihatan kelibat dua prang memakai pakaian serba hitam dan topeng. Luke menyasarkan tembakannya kepada salah seorang daripada mereka.

Bang!

Salah seorang daripada mereka terkena tembakan Luke. Setelah menyedari kehadiran Luke dan Qayyim, seorang lagi musuh melarikan diri. Luke dan Qayyim segera mendapatkan manusia itu. Malangnya dia sudah meninggal kerana tembakan Luke mengenai jantungnya.

"Kenapa ni? Aku dengar bunyi tembakan," soal Rayyan.

Luke menunjukkan mayat lelaki itu kepada Rayyan. Laju tangan Rayyan memeriksa pergelangan tangan mayat itu.

"Warriors," ujar Rayyan lalu menumbuk tanah. Amarahnya tak dapat dibendung lagi.

Ameer menepuk bahu Rayyan perlahan cuba menenangkan sahabatnya merangkap ketua The Sniper. Semua anggota The Sniper tahu bahawa Rayyan amat membenci kumpulan gangster itu disebabkan sejarah silam yang amat perit.

***

UDARA di Kampung Jelapang nyaman sekali. Sawah menghijau yang mengelilingi Teratak Melur menambahkan lagi ketenangan kepada sesiapa yang melihat. Dari awal pagi lagi, Rayyan sudah keluar ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan mengenai kes kematian ahli kumpulan Warriors.

Luke dan Ameer pula menghabiskan masa di pangkin yang terletak bersebelahan sawah. Sungguh tak diduga percutian yang diimpikan berubah kepada tragedi yang buruk. Zarul menuruni anak tangga Teratak Melur lalu mendekati Luke dan Ameer. Dia memegang Macbook di tangannya.

"Korang kena tengok ni," ujar Zarul sambil menghulurkan Macbook kepada Luke dan Ameer.

Ameer menekup mulutnya. Dia bagaikan tidak percaya dengan apa yang dilihat. Luke pula menggeleng-geleng kepalanya.

"Kita kena bagi tahu Rayyan. Hal ini berkaitan dengan nyawa dia," ujar Ameer.

Luke dan Zarul hanya mengangguk setuju. Nampaknya percutian kali ini akan berubah menjadi sebuah misi yang bahaya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience