FOUR

Mystery & Detective Completed 25090

DI kawasan lapang kedengaran berdas-das tembakan dilepaskan. Ameer mengelap peluh yang mengalir di dahi. Senapang di tangannya dikemaskan lagi pegangan. Dia merangkak perlahan di sebalik semak. Jika pergerakan dikesan musuh pasti dia akan mati. Tiba-tiba sepucuk pistol dihunus di kepala Ameer.

"Bang! Kau mati," jerit Luke kegirangan.

"Kau pulak mati," ujar Zarul menghunus senapang ke pipi Luke.

Qayyim dan Rayyan menggeleng-geleng kepala melihat perilaku tiga orang itu. Setiap kali latihan diadakan, pasti situasi itu berlaku. Kesemua mereka pun berkumpul.

"Aku nak korang balik nanti simpan senjata kita di tempat yang betul," ujar Rayyan.

Kini sudah hampir seminggu padang rumput terbiar di Kampung Jelapang dijadikan kawasan untuk The Sniper berlatih. Rayyan menanggalkan baju kalis peluru lalu dimasukkan ke dalam beg sandang. Sarung tangan dan boot juga ditanggalkan.

Ferrari milik Rayyan meluncur laju di jalan. Ahli The Sniper lain sudah tidur keletihan.
Tiba-tiba ada seorang gadis melintas. Rayyan menekan brek dengan segera. Ahli The Sniper yang sedang beradu terhempas ke depan.

"Weh, earthquake ke?" soal Luke mamai.

Rayyan turun dari kereta untuk memeriksa keadaan gadis yang hampir dilanggar tu. Gadis itu kelihatan takut. Hujung bibirnya berdarah. Baju yang dipakainya ada kesan darah dan terkoyak.

"Cik tak apa-apa?" Rayyan memegang bahu gadis itu. Gadis itu jatuh pengsan. Mujur Rayyan sempat menyambut tubuhnya.

"Dhia, apa dah jadi ni. Permainan bodoh apa lagi ni." Rayyan mengangkat Dhia ke dalam kereta.

Bang! Bang! Bang!

Kedengaran bunyi tembakan diselangi bunyi jeritan. Rayyan mengarahkan Ameer dan Qayyim mengikutnya. Luke dan Zarul pula menjaga Dhia yang masih tidak sedarkan diri. Rayyan menyembunyikan diri di sebalik pokok yang besar. Ameer pula meniarap di sebalik belukar bersama Qayyim.

Kelihatan tiga orang lelaki bersenjata memakai topeng. Di hadapan mereka ada seorang budak lelaki yang cedera parah.

"Aku dah pesan. Lain kali bayar hutang. Ini nasib kaulah budak," jerkah seorang lelaki itu.

Rayyan dapat melihat jelas wajah budak lelaki itu. Itu Hafiz. Keadaannnya kelihatan sangat lemah. Dia mengisyaratkan kepada Ameer dan Qayyim untuk menembak tiga orang lelaki itu.

Bang! Bang! Bang!

Tiga das tembakan dilepaskan serentak mengenai kaki tiga lelaki itu. Rayyan menginginkan tiga lelaki itu hidup-hidup.

Seperti biasa Rayyan memeriksa pergelangan tangan ketiga-tiga lelaki itu. Terdapat tatu kumpulan Warriors.

"Korang memang takkan hidup senang." Rayyan menumbuk wajah ketiga-tiga lelaki itu. Kemudian dia mendapatkan Hafiz yang cedera parah.

Ameer menghubungi pihak polis. Qayyim pula mengawal ketiga-tiga lelaki itu sambil memegang pistol.

***

DHIA menggosok-gosok matanya. Kepalanya sakit sangat. Dia tidak dapat mengingati apa yang terjadi. Keadaan sekeliling begitu asing buat dirinya. Dhia cuba bangun tapi kepalanya sakit sangat. Tapi digagah juga untuk bangun, tiba-tiba pandangannya menjadi gelap.

"Watch out!" jerit Rayyan lalu menyambut tubuh Dhia.

Rayyan mengangkat Dhia lalu diletakkan ke atas katil. Comforter ditarik menyelimuti tubuh gadis malang itu. Dia berpeluk tubuh seketika.

"Rayyan, aku rasa kita kena pulang ke KL," ujar Ameer yang baru masuk ke bilik yang menempatkan dia. Rayyan meletakkan jari telunjuk di bibirnya lalu bergerak keluar dari bilik.

The Sniper berkumpul di ruang tamu teratak Melur kecuali Qayyim kerana dia menemani Hafiz di hospital.

"Petang ni juga kita pulang ke KL. Aku akan suruh Qayyim uruskan dokumen untuk pindahkan Hafiz ke KPJ. Aku rasa bertanggungjawab pula ke atas Dhia dan Hafiz," ujar Rayyan. Sebenarnya dia sudah ada rancangan tersendiri untuk mempergunakan Dhia.

Luke bergerak ke stor belakang rumah iaitu tempat menyimpan senjata The Sniper. Lincah tangan Luke memasukkan semua senjata ke dalam beg khas. Tiba-tiba kepalanya dipukul dari belakang. Pandangannya kabur dan Luke tidak ingat apa-apa lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience