THREE

Mystery & Detective Completed 25090

RAYYAN memarkir keretanya di hadapan sebuah pasar raya. Dia mengeluarkan topeng muka yang berwarna hitam dan mempunyai lambang tengkorak dari dashboard lalu dipakai untuk menutupi wajahnya. Sepasang kaca mata hitam berjenama Ray-Ban turut dipakai. Hud yang terdapat pada baju panasnya ditarik menutupi rambutnya. Argh, biarlah orang nak kata aku pelik pun sebab berpakaian begini. Janji orang tak tahu identiti aku.

Rayyan menapak masuk ke dalam pasar raya. Dia mula memilih barangan yang hendak dibeli. Makanan semestinya benda pertama dia ingat. Sedang leka dia memilih makanan seorang gadis melanggarnya. Habis berterabur makanan yang dipegang.

"Maaf, bang. Saya tak nampak," ujar gadis tersebut sambil terbongkok-bongkok mengutip barangan Rayyan.

"It’s okay." Rayyan turut sama mengutip barangnya. Dia cuba melihat wajah gadis itu melalui kaca mata hitamnya. Tapi wajah gadis itu dilitupi rambutnya yang panjang. Tapi dia perasan sesuatu pada pergelangan tangan gadis itu. Tatu kumpulan Warriors.

Selesai mengutip barang, gadis itu berlalu pergi. Rayyan pula meneruskan niat untuk membeli barang kerana dia yakin gadis itu hanya datang untuk mengintipnya. Selesai membeli barang Rayyan cepat-cepat masuk ke dalam kereta. Rimas juga terpaksa memakai face mask. Dia menyeluk poket baju panasnya lalu mengeluarkan iPhone X miliknya.

Terlopong mulutnya apabila membaca mesej daripada Ameer. Perasaan benci terhadap Warriors mula menebal. Rayyan menekan pedal minyak kasar. Sakit hatinya semakin parah.

***

ZARUL menghulurkan Macbook kepada Rayyan. Pada skrin Macbook tertera ayat yang menambah kemarahan Rayyan.

'RAYYAN, KAU DAH BUNUH ANAK BUAH AKU. KAU JANGAN LUPA, IBUBAPA KAU DULU AKU PENGGAL KEPALA DIORANG DEPAN KAU KAN. NYAWA KAU JADI TARUHAN SETELAH ANAK BUAH AKU MATI'

Sedikit pun Rayyan tidak gentar dengan ugutan itu. Tapi dia berasa geram apabila teringatkan kejadian ibu bapanya dibunuh di hadapan dia ketika berusia 12 tahun. Adik perempuannya yang berusia 5 bulan pula dibunuh dengan kejam.

"Kawan-kawan, korang ready dengan senjata kita. Jika diorang inginkan perang, aku akan bagi perang itu," ujar Rayyan.

Ameer, Zarul, Luke dan Qayyim hanya menurut. Mereka tidak pernah membantah Rayyan kerana lelaki itulah yang banyak menolong mereka.

Setelah membaca mesej itu, Rayyan berjalan-jalan di sekitar sawah padi yang menghijau. Topeng muka dan kaca mata hitam menjadi peneman wajahnya yang setia. Dia tersenyum melihat gelagat kanak-kanak yang sedang memancing ikan di tali air. Indahnya hidup kanak-kanak itu kerana tidak perlu fikirkan hal duniawi. Tapi cabaran akan melanda diri mereka setelah usia menginjak dewasa.

"Abang ni orang ke'el kan?" soal seorang budak lelaki dengan loghat Kedah yang pekat.

Rayyan mengangguk-angguk lalu melabuhkan punggung di sebelah budak itu. Budak itu sedang sibuk memasang umpan pada mata kail jorannya. Setelah itu, dia melempar mata kail tersebut ke dalam tali air.

"Nama saya Hafiz, bang. Tak pernah pun nampak abang di sini. Abang mai bercuti ka?"

Rayyan mengangguk kemudian dia memperkenalkan dirinya. Pada petang itu, Rayyan hanya menghabiskan masa berbual-bual dengan Hafiz. Seronok juga dia menghabiskan masa dengan budak lelaki yang peramah itu.

"Hafiz!" jerit seseorang.

"Alamak bang, tu kakak saya. Habislah." Hafiz melempar jorannya lalu berdiri sambil melambai-lambai tangannya.

"Kakak dah pesan tadi kan pi beli santan dulu. Yang hang mai mengai ni buat apa?" Si kakak mencekak pinggang. Hafiz pula menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

Si kakak memandang Rayyan dengan dahi yang berkerut. Mungkin dia pelik dengan cara pemakaian Rayyan.

"Ha kak, ni Abang Rayyan. Dia mai dari ke'el," ujar Hafiz

"Rasanya saya pernah jumpa Encik Rayyan ni. Ingat tak ada seorang perempuan langgar encik masa kat pasar raya tu. Sayalah." Dhia tersengih-sengih.

Rayyan mengukir senyuman di sebalik face mask. Rupanya gadis ini yang mengintipnya tadi. Nampaknya dia sudah memahami permainan Warriors. Tapi, wajah gadis itu polos sekali. Tidak, dia tidak boleh tertipu.

"Saya tinggal di Teratak Melur tu. Nanti bila-bila korang free datanglah ya," ujar Rayyan berlalu pergi. Rayyan berpaling ke belakang untuk memesan kepada Dhia supaya jangan memanggilnya encik lagi lalu meneruskan perjalanan.

"Mesti handsome kan Rayyan tu." Dhia menampar bahu Hafiz.

"Mana akak tahu dia handsome. Muka dia pun tak nampak. Gatal." Hafiz berlari meninggalkan Dhia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience