Bab 6

Fanfiction - KPOP Series 1571

Gelagat tiga orang sekawan di belakang kaunter mengundang sakit di hati. Dada Sehun turun naik menahan geram.

'Nasib Baby tu bukan milik aku, kalau tak lama dah aku--'

"Oi Sehun. Kau okay ke?" Soal Kai lalu memusingkan kepalanya di mana Sehun sedang memandang.

Kelihatan waitress tadi.. siapa namanya? Baby?
Ah, Baby. Gadis tersebut sedang dipeluk oleh seorang lelaki yang tinggi melidi.

"Takde apa. Saja tengok diorang tu" ujar Sehun lalu menyedut minumannya. Adegan yang dianggap menyakitkan hati itu tidak ingin dilihat lagi.

Kai pula berasa hairan.

'Jangan-jangan Sehun ni...'

Lengan Sehun dicuit.

"Kau suka waitress tu tadi eyh?" usik Kai.

Serta-merta wajah Sehun berubah merah menahan malu. Malu siot!

Sehun berdehem.

"Kalau aku suka, jangan pula kau rampas dari aku" jawabnya selamba. Jawapan dari Sehun membuatkan Kai terdiam. Kerana kata-kata Sehun ada benarnya.

"Yelah. Kau suka minah macam tu? Yang tak kenal artis macam aku?"

"Artis yang sombong ke?"

Seraya itu, Kai mengetap bibir.

"Relaks la Kai. Kau ni. Aku gurau je, marah. Gurau je, marah. Kalah perempuan yang datang bulan"

Kepala Sehun diketuk. Nah. Rasain lu.

"Apa main ketuk-ketuk kepala ni!?" Marah Sehun yang sedang menggosok kepalanya.

Kai hanya menunjukkan gigi.

"Aku kan tengah datang bulan"

Mendengarkan jawapan itu, Sehun hanya menjulingkan mata ke atas. Tak pernah dengar lelaki datang bulan. Nak lawan Sajat ke? Haish.

"Channie, kenapa kau perlu tinggi dari aku?" soal Baby yang terpaksa mendongak ke atas, memandangkan ketinggiannya yang begitu rendah berbanding Chanyeol.

Chanyeol pula tersenyum. Walaupun dalam hati sedang menahan geram bila Baby melihatnya sebegitu. Comel!

"Kalau kita dah kahwin, senanglah aku nak angkat kau sana sini. Cia cia cia!"

Gelak ketawa keluar dari bibir mungil Baby. Mengada betulah.

"Habis aku? Kau nak letak kat mana?" Ujar Baekhyun lalu menarik muka masam.

Serta-merta Chanyeol membuat muka menahan geli.

"Kau senang je. Jadi bibik aku okay? Settle"

Berubah muka Baekhyun bila mendengar jawapan Chanyeol.

"Pak, gajinya berapa pak?"

"20 sen sehari ye"

"Oi. Kalau macam ni jadi bibik, tak inginlah!"

"Hoi Baby! Cubalah bekerja. Jangan nak makan gaji buta pulak kat sini"

Satu suara mengambil perhatian ketiga-tiga sahabat itu.

"Kerja kau nak pikat laki je. Tak malu!"

Seorang wanita yang agak muda keluar dari dapur dengan wajah menahan geram.

"Dah makan ke, Chanyeol dan Baekhyun?"

Suara kasar yang digunakan sebentar tadi serta-merta bertukar menjadi lembut bila bertanya dengan dua jejaka kacak itu.

Ingin termuntah Chanyeol dibuatnya, manakala Baby dan Baekhyun hanya menjuling mata ke atas.

"Kerja lagi Baby!"

"Sudah-sudahlah tu Eril. Takde customer kan? Nak buat apa lagi?" ujar Baekhyun dengan berani.

"Amboi. Senangnya menjawab. Tak ingat ke siapa senior di sini?"

"Mula dah" kata tiga orang itu serentak. Seraya itu, Chanyeol, Baby dan Baekhyun tersenyum sendiri kerana mempunyai rancangan yang sama; menyakiti hati Eril.

Share this novel

hiii
2021-11-20 14:35:59 

Sajat sajat apalah salah sajat


NovelPlus Premium

The best ads free experience