Bab 2 (Kai)

Fanfiction - KPOP Series 1571

"Kai!"

"Kai! Saranghaeyo!!"

"Oppa!"

Kai, atau fullnamenya Kim Jongin terpaksa memberi senyuman kepada peminat-peminat tegar yang tidak penat mengejarnya.

"Kai! Baik kau berlari ke kafe tu. Sesak sangat ni nak cover kau!"

Kata kawan rapatnya, Sehun. Lenguh tangannya menghalang peminat Kai yang tidak serik ingin menyentuh idola tersayang.

"Aku pergi dulu!"

"Pergi cepat!"

Kai terus memecut ke Diners yang berdekatan.

°°°°°

"Terima kasih aunty! Datang lagi lain kali!" ujar Baby dengan pelanggan tetap mereka yang dipanggil Aunty Sunny.

"Semestinya Aunty datang lagi, Baby-ssi. Milkshake kamu sedap. Nanti Aunty bawa anak Aunty sekali datang sini"

"Gomawo Aunty!"

Baby melambai Aunty Sunny, lalu mengelap meja sambil menyanyi kecil. Tidak disedari tingkah lakunya itu diperhatikan seseorang.

Baekhyun sejak tadi tidak berhenti memandang Baby yang kusyuk melakukan kerja. Mujurlah pelanggan baru 2 orang saja.

"Oi Baek"

"Eh! Kau ni Chan, boleh tak jangan suruh aku terkejut" marah Baekhyun sambil mengurut dadanya.

Chanyeol menggaru kepalanya. Niatnya langsung tiada untuk mengejut kawan baiknya itu. Ya, kedua-duanya berkawan baik bersama Baby sejak pertama kali bekerja di kafe itu.

"Siapa yang kau tengok tu, Baek oii? Baby ke?"

Wajah Baekhyun terus berubah merah menahan malu. Namun dia tetap berlagak selamba.

"Takdelah. Tengok manager kita yang cantik molek tu hah.." ujar Baekhyun sambil memuncungkan bibirnya ke arah Yoona.

Chanyeol turut melihat Yoona yang sedang digoda oleh pelanggan mereka. Tergeleng kepalanya melihat gelagat lelaki itu.

"Yolah tu Baek..jangan tengok anak dara orang lama-lama. Confess jelah perasaan kau dekat dia" kata Chanyeol selamba lalu pergi ke dapur.

Kata-kata Chanyeol sebentar tadi tidak diendah, malah tidak ingin membantah kerana Chanyeol tahu dirinya menaruh minat terhadap Baby. Namun, perasaannya dibiarkan dipendam begitu saja, kerana tidak ingin hubungannya dengan Baby terputus begitu sahaja.

"Haih, kenapalah dengan aku ni. Pandai pula syok dengan kawan sendiri" bisiknya sendiri. Kelihatan pelanggan ingin membuat bayaran.

Baby ingin berlalu ke belakang dapur bila seorang perempuan ingin menuju ke tandas lelaki.

"Eh cik! Sorry, tandas perempuan kat sebelah. Ni tandas lelaki" kata Baby dengan lembut. Dalam hatinya, kagum juga dengan badannya. Lengannya berotot seperti lelaki.

Kai memusingkan badannya ke arah gadis yang menegurnya tadi. Kurang ajar minah ni!

Saat perempuan itu memusingkan badannya, Baby terkesima dengan apa yang dipandangnya. Cantik betul!

"Apa yang you buat ni? Sampai nak ikut I pergi tandas? Ke you ni stalker?"

Rasa ingin ditampar saja mulut lelaki yang disangkanya perempuan itu menuduh dirinya stalker.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience