Bab 4

Fanfiction - KPOP Series 1571

Sehun melabuhkan punggungnya di salah sebuah meja dalam kafe itu. Matanya meliar mencari kelibat Kai yang sedari tadi menghilang.

"Mana pulak budak ni? Nasib fans kau tu reda je dengan aksi kau melarikan diri, haih nasib badan" keluhnya perlahan lalu merehatkan tangannya di atas meja.

"Hai, nak order?"

Satu suara yang begitu lembut dan merdu di pendengarannya serta-merta membuatkan dia ingin melihat siapakah empunya suara tersebut.

Sehun melihat di tepinya. Seorang gadis yang jelita bermata biru sedang tersenyum manis.

"H-Hai"

Tidak pernah dalam seumur hidupnya menemui gadis secantik itu.

Baby berasa gemuruh bila dipandang sebegitu. Liur ditelan dengan payah sekali. Lelaki di depannya ini boleh tahan jugak rupanya.

"Erm, encik? Nak order apa?" Soalnya lagi.

"Saya nak awak" kata Sehun tanpa sedar. Semakin membesar mata Baby dengar apa yanhg dikatakan lelaki tersebut.

"Eh, sorry sorry! Maafkan sebab kelakuan saya sebentar tadi" ucap Sehun tergesa-gesa. Hatinya hanya Tuhan saja tahu ketika itu.

Baby tersenyum. Memang dirinya bukan jenis yang cepat melenting, namun apabila seseorang mula mencabar kesabarannya, harap saja orang itu bertahan dengan mulut lasernya.

"S-saya nak.. Apa yang spesialnya dekat sini? Boleh rekomen?" ujar Sehun.

"Kami ada pelbagai jenis shakes. Makanan pula hanya jenis Barat" kata Baby dengan ramah.

Sehun meng'o'kan bibirnya.

"Milkshake satu dan.. Mango Milkshake satu"

Baby menulis di dalam nota kecilnya dan mengangguk.

"Itu saja?"

"Yes, tu aje"

"Coming up!"

Baby terus berlalu ke belakang kaunter untuk menyiapkan pesanan lelaki tersebut.

"Bukan main ramah lagi kau cakap dengan laki tu. Ada apa-apa ke?" usik Baekhyun.

Berkobar-kobar rasa cemburunya bila melihat crushnya itu berlama-lama dengan pelanggan. Tergugat rasanya bila Baby kelihatan digoda oleh lelaki yang ada rupa itu.

"Eleh kau ni. Tu kan pelanggan, mestilah dilayan. Kenapa? Cemburu ke Baekkie??"

Bila gelaran yang disukainya keluar dari bibir Baby, cemburu kian menghilang.

"Takdelah. Cemburu apanya. Macamlah aku ni ada perasaan dengan kau" kata Baekhyun tanpa berfikir.

"Yeker? Macam ada je" usik Baby lagi.

Wajah Baekhyun mula merah seperti tomato.

"Whatever"

Baekhyun akhirnya mengalah kerana tidak mampu untuk menafikan perasaannya lagi.

Sedang Sehun duduk bermain dengan iPhonenya, muncul Kai sambil membuat rambutnya yang sederhana panjang itu.

"Sorry lambat. Kena jawab call dari anak Lee Soo Man" ujar Kai dengan bosan.

Sehun ketawa kecil, tahu anak Lee Soo Man, iaitu Lee Hi tergila-gilakan Kai sejak dahulu.

"Aku dah orderkan mango milkshake untuk kau. Anything else?"

Kai menggeleng dan tersenyum.

Sehun menjulingkan matanya.

"Tahulah tu favorite kau"

"Thanks" ucap Kai lalu melihat iPhonenya. Sehun mencuit tangannya.

"Ada waitress hot kat sini rupanya. Comel dan cantik gila wei" ungkap Sehun yang mula mengelamun. Kai ketawa kecil.

"Kau ni tak habis-habis pancing perempuan"

"Well, this is me. Tapi seriously, memang cantik budak tu. Ah! She's on the way!"

Baby meletakkan dulang yang berisi milkshake dan mango milkshake itu ke atas meja, lalu meletakkan dua minuman itu di hadapan dua lelaki itu.

"Thanks...." kata Sehun lalu memandang tag nama di baju gadis itu.

"Baby" ucap Sehun, tersenyum.

"Err, sama-sama..."

"Panggil je Sehun" dengan itu, Sehun mengenyitkan matanya.

Baby terus tersipu malu lalu mengalihkan pandangannya ke seorang lagi lelaki.

"Kai, perkenalkan, my future wife. Baby" kata Sehun memandang Kai. Serentak pandangan Kai dan Baby bertembung.

"You!?"

"You!?"

Share this novel

Daniel Aiman
2021-05-29 13:05:59 

yanhg tu eje salah sepatut nya yang


NovelPlus Premium

The best ads free experience