Rate

BAB 3

Romance Completed 881

“I’m not expecting you to be my wife but you are mine right now. Tak
ada sesiapa dan apa-apa pun yang mampu merubah fakta itu. Aku takkan
lepaskan kau, nak tahu kenapa?” Shaf bungkam apabila Fayhan mendekatkan
bibirnya ke telinga kanan gadis itu. Mata Shaf semakin membulat secara
automatik.

“Aku sudah mula cintakan isteri aku sendiri, sebab itu aku risau kalau
kau jauh daripada pandangan aku. So, please stay by my side.” Gemersik
suara Fayhan mengetuk gegendang telinganya. Hati Shaf boleh diibaratkan
seperti sudah mencapai takat lebur. Sungguh cair hatinya mendengarkan
kata-kata lelaki itu. Dia terkesima. Masing-masing kaku, suasana menjadi
sunyi kembali.

Shaf sudah tidak mampu untuk membuka mulut. Pintu hatinya sudah sedikit
terbuka untuk lelaki itu. Haruskah dia meneruskan rancangannya yang
seterusnya? Akhirnya Shaf membiarkan persoalan itu terus dibelenggu
tanpa jawapan.

“Shaf, aku dengar kau dah kahwin. Betul ke?” Amelia yang tadinya
berjalan beriringan dengan Shaf tiba-tiba membuka suara. Shaf sekadar
mengangguk mengiyakan. Memang ramai yang tidak tahu dengan status
barunya itu kerana niatnya memang dari awal mahu merahsiakan semua itu
daripada pengetahuan sesiapa.

“Jadi yang tengah tersenyum sumbing tu suami kau? Kacaknya dia , Shaf
untunglah kau” Sambungnya sambil menuding jari ke arah yang
dimaksudkannya. Derap langkah Shaf tiba-tiba terbantut, wajahnya yang
dari tadi tertunduk memandang lantai bumi akhirnya diangkat sedikit.
Fayhan yang perasan akan tindak tanduk Shaf terus sahaja melambai-lambai
ke arah isterinya itu. Shaf kembali memandang Amelia.

“I.. itu a.. abang angkat aku, kau nak keluar dengan dia ke? Pergilah,
kau cakap dekat dia aku ada hal sikit nak dibuat. Cakap dekat dia nanti
aku telefon dia ya?” Kelam kabut Shaf melarikan diri. Belum sempat
Amelia membalas dia terlebih dahulu lesap daripada pandangan. Terlopong
Amelia dibuatnya. Seperti yang diarahkan, Amelia mendekati Fayhan untuk
menyampaikan pesanan Shaf sebentar tadi.

“Hai, saya Amelia. Ni abang angkat Shaf kan?” Fayhan mengerutkan dahi.
Abang angkat?

“Shaf cakap dia ada hal sikit nak dibuat lepas tu dia cakap yang dia
akan telefon awak. Itu sahaja pesanannya. Kalau tak ada apa-apa lagi
boleh saya pergi?” Fayhan mengangguk membenarkan.

“By the way, Amelia. Terima kasih.” Fayhan mencarik secebis senyuman
buat gadis itu sebelum mengeluarkan telefon yang berada di dalam poket
seluarnya. Ditenungnya telefon Samsung Galaxy S4 miliknya dengan
pandangan yang penuh mengharap tetapi akhirnya dia ketawa sendiri.

“Macam mana kau nak telefon aku kalau nombor aku pun kau tak ada?” Gumam
Fayhan sendiri sambil menggeleng-gelengkan kepala.

Shaf melangkah dengan dada yang berombak kencang, semakin tidak tentu
arah dibuatnya apabila jantungnya tiba-tiba sahaja berdegup laju setelah
melihat Fayhan sebentar tadi dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.
Bukannya ingin melarikan diri tetapi dia hanya memerlukan sedikit masa.
Tidak semena-mena telefon bimbitnya berbunyi. Shaf memandang
nombor-nombor yang tertera di skrin telefonnya dengan pandangan yang
pelik. Siapa pula yang telefon aku ni?

“Helo.” Ringkas Shaf memulakan perbualan.

“Assalamualaikum, permaisuriku.” Menyirap darah Shaf, sudah terang lagi
nyata suara itu milik Fayhan . Shaf ketandusan kata, langkah yang diatur
tiba-tiba terasa ibarat dipaku pada lantai.

“Shaf, menipu itu ciri-ciri orang munafik tau. Tak baik tau, ni abang
tengah memandu. Nanti bila nak balik telefon abang. Biar abang jemput.”
Bagai hendak tercabut jantung Shaf mendengar Fayhan membahasakan diri
abang. Terjatuh buku-buku yang dipegangnya kerana terkejut.

“Apa awak merepek ni? a… abang?” Ujar Shaf gugup, tubuhnya ditundukkan
sedikit untuk mengutip buku-buku yang bertaburan di lantai sebentar tadi.

“Iyelah, orang tu kan segan nak panggil abang sampai cakap dekat kawan
yang suami sendiri ni abang angkat. Jadi, rasanya abang kena mula dulu
dengan panggilan tu dululah kan sayang?” Tersedak Shaf dibuatnya
walaupun tiada apapun yang berada di dalam mulutnya di kala itu. Kenapa
dengan telinga aku hari ni? Tersalah tangkap getaran bunyi ke?

“Kenapa sayang senyap?” Terlopong mulut Shaf mendengar panggilan itu
buat kali kedua.

“Berhentilah panggil macam tu. Macam budak-budak.” Tegur Shaf.

“Biasalah tu, kita kan pengantin baru. Abang nak Shaf sentiasa ingat,
Shaf sentiasa akan jadi satu-satunya ratu dan permaisuri yang bakal
sentiasa dapat menakluk hati abang. Ingat, sentiasa ada hikmahnya kenapa
kita ditakdirkan bersama, Shaf. Abang bersyukur sebab abang ada seorang
isteri macam Shaf walaupun Shaf sering bagi alasan untuk tidak
menunjukkannya semua tu.” Fayhan tertawa kecil di hujung talian. Tembok
yang dibina antara mereka oleh Shaf sedikit demi sedikit mulai retak.
Dia sendiri terharu dengan ungkapan kata suaminya itu, jauh di sudut
hatinya dia gembira.

“A… apa yang awak merepek ni? Sudahlah nanti makin melalut pula
jadinya.” Shaf mulai berdalih biarpun hatinya meronta-ronta mahu
mendengar suara suaminya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience