Rate

BAB 2

Romance Completed 881

“Fayhan , kau boleh panggil aku Fayhan . Nama penuh aku Fayhan Mikail bin
Mustafa, ingat tu. Dah! Sini, aku tolong. Kan kita dah halal, nak risau
apa lagi?” Darah mulai menyerbu wajah Shaf, tahap segannya bukan
kepalang. Fayhan tersenyum apabila Shaf berdiri kaku membiarkan dia untuk
membantu.

“A… Fayhan , kenapa a… wak kahwin dengan saya?” Ujar Shaf sedikit kekok.

“Laa… tak sangkalah pula isteri aku ni gagap rupanya.” Semakin memerah
wajah Shaf apabila disakat begitu.

“Sebab wasiat, aku kahwin dengan kau. Ibu aku dan mama kau kawan baik,
tapi sebelum ibu aku menghembuskan nafas yang terakhir. Dia wasiatkan
aku supaya kahwin dengan kau dan aku percaya dengan pilihan ibu aku.
Jadi, mulai sekarang kau perlu bersedia untuk belajar mencintai aku
seperti aku yang cuba untuk letakkan kau di atas takhta cinta aku. Tapi,
kau betul-betul tak ingat aku ke?” Sambungnya jujur. Shaf menggeleng
perlahan. Dekat mana pula dia kenal aku? Fayhan mencuit hidung Shaf
menyebabkan isterinya itu mengaduh kesakitan.

“Okay, sekarang awak dah kahwin dengan saya. Maknanya wasiat ibu awak
tu dah terlaksana. Awak ada plan nak lepaskan saya kan lepas ni?” Hati
Shaf sudah berbunga-bunga, tidak dipedulikannya tentang status janda
yang mungkin bakal dimilikinya tidak lama lagi. Yang dia tahu, dia tidak
mahu punya komitmen dalam perhubungan yang rumit seperti ini. Tanpa
disedari wajah Fayhan berubah menjadi semakin tegang. Pergerakannya
tiba-tiba terhenti.

“Kalau itu yang kau nak, sila lupakan sebab aku dah rancang nak kekalkan
perkahwinan kita. Untuk pengetahuan awak, Puan Shafiqah Amira. Aku
takkan bersetuju dengan semua ini seandainya istilah perpisahan tu ada
dalam senarai perancangan aku. Kita kena rancang untuk kekalkan masjid
yang terbina ni, bukan merancang untuk meruntuhkannya. Dah, pergi mandi
lepas tu tidur. Kau mesti penat.” Fayhan merenung ke dalam anak mata Shaf
sedalam-dalamnya. Shaf bungkam mendengarkan ayat-ayat yang tidak pernah
terjangkau di pemikirannya.

“Kau tidur atas katil. Nanti aku tidur atas sofa.” Balas Fayhan seraya
berlalu pergi meninggalkan Shaf sendirian. Terkebil-kebil mata Shaf
memandang lelaki itu. Diurut dadanya dengan perlahan-lahan kerana masih
terkejut dengan situasi tadi.

Adakah bakal dibiarnya cinta itu hadir di antara mereka? Shaf
menggeleng-geleng, dia tetap dengan keputusannya. Tak kisahlah jika
dirinya dipandang rendah oleh lelaki itu asalkan hasratnya untuk
merungkaikan ikatan yang tersimpul itu terlaksana.

BEBERAPA hari sudah berlalu, nampaknya Fayhan memang sudah nekad dengan
keputusannya. Bermacam-macam rancangan yang diaturkan oleh Shaf tetapi
satu pun tidak berhasil untuk membuatkan lelaki itu berhenti daripada
meneruskan niatnya. Perkara negatif telah dia tonjolkan tentang dirinya
kepada lelaki itu, walhal itu semua lakonan semata-mata.

“Saya tak pandai memasak.”

“Okay, biar aku aje yang masak.”

“Saya tak reti lipat baju.”

“Okay, tinggalkan aje baju-baju tu dekat situ. Nanti aku lipatkan.”

“Saya tak pandai kemas rumah.”

“Tak apa, biar aku yang buat.”

"Saya tak suka bangun awal."

“Lepas solat subuh sambunglah tidur tu balik.”

“Jangan ganggu waktu saya tengah tonton televisyen. Saya tak suka.”

“Hmm…” Fayhan mengguman, surat khabar di tangan masih lagi belum diturunkan.

“Sa…” Ayat Shaf tergantung apabila melihat reaksi spontan Fayhan yang
menghempaskan surat khabar di atas meja tatkala dia mahu menambah bicaranya.

“Kau bukan isteri mithali, kau tak sempurna. Ya, ya, ya dan ya. Shaf,
semua orang tak sempurna. Janganlah berkelakuan macam ni lagi, aku tak
suka. Tahulah aku yang kau tengah berpura-pura. Kalau kau nak aku
lepaskan kau juga, jawapannya adalah tidak, tidak, tidak dan tidak.
Faham?” Fayhan merengus geram sebelum mengangkat kaki menuju ke tingkat
atas. Mujur ibunya tiada di rumah itu, jikalau tidak pasti dia akan
dimarahi secukup rasa. Tahulah nak membela menantu kesayangan sekalipun.
Shaf mencebik, dicapainya kunci kereta selepas memakai tudung lalu
keluar dari rumah itu. Dia pasti Fayhan naik ke atas untuk tidur, jadi
seperti biasa dia akan memenuhi rutin cuti minggunya untuk keluar
bersiar-siar mengambil angin.

Fayhan turun semula ke ruang tamu usai menunaikan solat asar. Dia mulai
berasa aneh apabila Shaf tidak berada di situ. Dicarinya di sekeliling
rumah namun masih tidak kelihatan. Fayhan semakin panik, cepat sahaja
nombor Ibu Shaf didail. Mahu dihubungi isterinya itu, nombor pula tidak
ada. Beberapa minit kemudian talian di sebelah bersambut.

“Assalamualaikum. Fayhan , kenapa?”

“Waalaikumussalam, mama. Shaf ada balik rumah mama tak?” Ujar Fayhan
dengan hati yang gundah.

“Tak pun, kenapa? Shaf keluar tanpa minta izin Fayhan ke? Hishh.. bertuah
betul budak ni. Fayhan , mama minta maaf sangat. Tak usahlah kamu risau,
selalunya dia akan balik sebelum maghrib. Dia ambil angin petanglah tu,
kan cuti minggu.” Balas ibu mertuanya lembut. Hati Fayhan menjadi lebih
tenteram namun masih lagi terselit perasaan bimbang.

Siaran televisyen sedikitpun tidak menarik perhatiannya, setiap 5 minit
pasti sahaja dikerlingnya jam dinding yang tergantung elok pada dinding
itu. Entah sudah berapa kali dia memusingkan kepalanya semata-mata untuk
melihat jam. Fayhan mengeluh perlahan apabila kelibat isterinya masih
belum kelihatan. Selang beberapa minit akhirnya bunyi kenderaan
isterinya menyusup masuk ke telinganya.

Pantas dia mendekati pintu utama sambil bercekak pinggang melihatkan
perlakuan isterinya yang berjalan tanpa sedikitpun rasa bersalah. Baru
sahaja Shaf ingin melangkah masuk, Fayhan cepat-cepat menghalang. Shaf
memandangnya geram.

“Fayhan , tepilah sikit. Kenapa dengan awak ni?” Shaf mula menjadi panik
melihatkan perlakuan Fayhan yang memegang kejap tangannya secara tiba-tiba.

“Kenapa dengan aku? Soalan tu sepatutnya aku yang tanya. Aku suami kau,
kenapa tak minta izin?” Suara Fayhan yang sedikit meninggi membuatkan
perasaan Shaf menjadi semakin galau.

“Fayhan , dah jelas lagi nyata yang awak sebenarnya kahwin dengan saya
atas dasar wasiat. Jadi kita teruskan kehidupan masing-masing. Stop
expecting me to be your wife.” Sinis Shaf membidas kata-kata suaminya
itu. Tetapi itu hakikat dan realiti yang harus dia terima. Sama ada suka
mahupun tidak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience