Rate

#1

Horror & Thriller Completed 1241

"morning Lya." sapa Syazana

"morning" sapa Lya kembali

Lya merupakan kawan baik kepada Syazana. Lya telah berkawan dengan Syazana sudah 10 tahun. sejak di bangku sekolah menengah lagi. Lya mempunyai teman lelaki yang bernama Haris. Haris ini merupakan seseorang yang pandai dalam bab bab alam ghaib ini. Ini kerana, dia telah mewarisi daripada arwah bapanya yang merupakan dukun. Dukun yang mengamalkan ayat suci Al-quran dalam perubatannya.

"kau tak kerja ke hari ni?" tanya Syazana kepada Lya.

"tak. kau?"jawab Lya.

"aku pun."balas Syazana

mereka berdua berpandangan dan tersenyum.

"shopping time!!" kata mereka serentak sambil ketawa.

***
"haah, penatnya!!" rungut Lya.

"hahaha, esok kau kerja tak."tanya Syazana selepas duduk disofa yang empuk.

"tak." balas Lya sambil melelapkan matanya.

"aikk, berapa hari kau cuti." tanya Syazana lagi.

"seminggu." jawab Lya sepatah

"samalah wey!" kata Syazana keriangan.
"apa kata kita pergi bercuti nak?"sambung Syazana sekali lagi.

"nak, jomlah. kat mana? Bila?" kata Lya yang terus membuka matanya bila mendengar 'bercuti'. Bertubi tubi soalan yang diajuknnya.

"lusa nak? tempat kaulah yang cari. aku tak biasa dengan tempat ni." kata Syazana menjawab persoalan Lya.

"ok set."jawab Lya.

***
keesokkan paginya, Lya terus mencari destinasi yang sesuai untuk mereka bercuti. Dia juga mencari rumah sewa untuk mereka menginap disitu. kalau boleh yang berpatutanlah. Tiba tiba mata Lya tertumpu pada satu link yang menawarkan rumah sewa yang murah dan dekat dengan tempat pusat perlancongan.

"Syazana, aku dah ada tempat yang sesuai!!"jerit Lya.

"ok, nanti aku tengok."jawab Syazana didalam biliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience