Rate

#5

Horror & Thriller Completed 1241

setelah beberapa minit, Haris sampai di hadapan rumah kekashnya itu. Belum masuk lagi, haris sudah merasakan satu aura yang kurang menyenangkan. Pintu pagar mereka tidak berkunci. jadi Haris terus memasukinya, kerana dia berasa tidak sedap hati. sebaik sahaja masuk, dia melihat Syazana sedang mencekik Lya. Hampir tak bernyawa Lya di buatnya. Haris terus mendapatkan Lya manakala Syazana sudah menyorok di tepi sofa. Tanoa berfikir panjang, Haris terus menelefon kawannya, yang merupakan ustaz untuk menolongnya.

"Asalammualaikum, jan. kau datang kat rumah Lya jap. ok aku tunggu. cepat sikit tau." Haris terus mematikan telefonnya.

sementara menunggu kawannya itu, Haris membaca ayatul kursi untuk melemahkan Syazana.

"Diam!!" Syazana menjerit.

"Haris.."terdengar suara Lya yang baru sedar dari pengsannya.

"Lya. sini cepat!"panggil Haris.

"Asalammualaikum, Haris. Aku rasa dah teruk sangat ni. Baik cepat kita selesaikannya."kawan Haris itu pun merasakan benda yang sama seperti Haris.

"Haris, kita pergi tangkap dia dulu."sambung kawannya lagi.

Haris mengikuti arahan kawannnya itu. ketika dia mahu menangkap Syazana. Syazana menjerit kuat dengan matanya yang merah menyala. Terus Haris membaca surah untuk melemahkan Syazana. Selepas Syazana lemah. mereka segera memengang dia.

"lepaskan aku lah!! Arghh!!" kata Syazana dengan suara yang garau.

"siapa kau!?" tanya haris

"lepaskan aku!!! huhuhuhu.. tolong aku Lya. Sakit." kata syazana merayu kepada Lya supaya dia dilepaskan.

"jangan dengar Lya. Ini bukan Syazana!!" kata Haris.

"siapa kau!? Kenapa kau kacau anak adam ini!?" tanya Haris lagi dengan nada yang lagi tinggi.

"Maya!!" jawap Syazana

"kenapa kau kacau anak adam ini!?" haris bertanya lagi.

"aku nak mintak pertolongan dia, dan lagi satu aku nak berkawan dengam dia. hihihihihi." kata Syazana.

"bukan dia yang patut kau mintak tolong, tetapi Allah S.W.T. dan dia tidak boleh berkawan dengan kau. kau jin dan dia manusia." kata Haris perlahan.

"tolong aku cari mayat aku. huhuhuhu."kata Syazana sambil menangis.

"mayat?" tanya Haris

"aku dirompak, aku dirogol dan aku dibunuh. mayat aku ditanam berhampiran rumahku." kata Syazana dengan penuh sayu.

***

"shssssss. diam lah nanti orang dengarlah."

mereka terus berjalan semua laci dan bilik diselongkarnya. Cuma satu lagi bilik belom di masuki mereka, iaitu bilik Maya.

krikkkkkkk.. bunyi pintu bilik apabila ditolak oleh perompak perompak itu. sedang mereka merompak, salah seorang daripada mereka mendekai Maya yang sedang tidur. Maya terjaga lalu menjerit. mereka semua terkejut dan terus pergi ke katil Maya dan menutup mulutnya.

"kau buat apa ni." kata salah seorang perompak itu.

"aku tak tahan tengok dia ni."

"gila kau."
"aduh, kau gigit tangan aku."

pang.. satu tamparan hinggap dimuka Maya. Maya pengsan dan dia telah diikat dengan tali dan ditutup mulutnya.

"pergi ahh" satu kebenaran diberi oleh ketia perompak tadi.

Tanpa berlengah lagi mereka menjamah badan Maya. Ketika itu Maya separuh sedar. Hendak di lawan tidak berdaya.

ketika mereka asyik membetulkan topeng mereka. Maya mengambil peluang ini untuk melihat muka perompak itu. Maya terus menariknya dan mendapati perompak itu adalah drivernya sendiri.

"Hussin!!" sambil menangis Maya berkata.

salah seorang daripada perompak itu menarik rambut Maya dan terus menumbuk muka Maya sehingga dia rebah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience