Rate

#3

Horror & Thriller Completed 1241

" lepaskan aku!!"

Syazana terbangun dari lenanya.

"Allah!" jerit Syazana apabila mendapati frame yang digantungnya tadi berada di sebelah katilnya.

Syazana beranggapan mungkin Lya yang meletakkan frame tu untuk menakut nakutkannya. Syazana kembali melelapkan matanya meskipun susah dia tetap melelapkan matanya.

***

"morning Syaz, awal bangun."sapa Lya.

"morning, malam tadi tak boleh tidurlah. maybe tak biasa lagi kot"jawab Syazana.

"biasalah tu."kata Lya.

"Syaz apa kata kita pergi air terjun hari ni?"tanya Lya.

"aku on je."jawab Syazana ringkas.

"ok, set" kata Lya pula.

***
Selepas selesai makan, mereka terus mempersiapkan diri dan membawa benda yang penting sahaja untuk menaki bukit itu.

"dah siap?"tanya Syazana kepada Lya.

"dah, amboi awalnya. mesti tak sabarkan." kata Lya.

"memanglah, dah lama tak dakit bukit ni." jawab Syazana sambil ketawa.

***

ketika sedang mendaki bukit itu. Lya berada di hadapan manakala Syazana berada di belakang. Sedang mereka asyik menaki , tiba tiba Syazana mendengar suara tangisan seorang wanita. Syazana tidak mengendahkannya dah terus pergi.

" Lya tunggulah!"jerit Syazana apabila mendapati Lya sudah jauh kehadapan.

"aduh kau ni, cepatlah."rungut Lya.

"dah jom."kata Syazana.

***

"wow ,cantiknya ciptaan Allah." kata mereka serentak.

Tanpa berlengah lagi, mereka terus berenang. sedang mereka bersuka ria. Syazana terlihat satu kelibat di belakang pokok. rumah lembaga itu kelihat seperti seorang perempuan muda.

"Syaz, tengok apa tu?"tanya Lya selepas melihat Syazana asyik melihat kearah pokok di belakangnya.

"tak ada apalah" jawab Syazana dan dia memandang kembali ke arah pokok itu, tapi kelibat itu tiada lagi disitu.

"weh aku laparlah."kata Lya dan terus naik ke atas.

Syazana tidak bersuara kerana dia sedang asyik berenang. Tiba tiba kakinya seolah olah ditarik seseorang. sejuk sekali tangannya. selepas itu, dia tidak sedar apa yang berlaku lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience