Rate

BAB 1

Romance Completed 5710

Mylia merenung anak mata Gina. Anak patung comel yang pernah dihadiahkan oleh Haiqal dibelek – belek. Dia yang memulangkan semua anak patung itu melalui intan, sahabatnya hanya mampu mengeluh.

“Hanya ini?” soal Mylia.

“Kenapa akak harus cari dia kalau di hati masih terluka?”

Gina menyoal kembali. Senyap. Tiada jawapan yang mampu Mylia berikan. Dia juga tidak tahu mengapa dan bagaimana kakinya terus ke rumah Haiqal sebaik sahaja pulang dari Jepun.

Tanpa sebarang kata, Mylia terus berlalu dengan kertas yang masih digenggamnya. Kemana Haiqal?

Riuh rendah si rumah Encik Lukman, ayah kepada Mylia sedikit pun tidak menyuntik rasa gembira di hati Mylia. Sejak pulang dari Jepun, dia asyik termenung. Encik lukman mneggosok perlahan kepala Mylia. Dia seakan tahu resah di hati anak bongunya itu.

“Haiqal?” soalan Encik Lukman membuatkan Mylia tersentak. Dia terus berpura – pura mencari sesuatu di bawah meja kopi.

“Yang dicari bukan di bawah itu. Mylia, papa pernah beritahu agar menjadi manusia yang sentiasa memberi peluang kepada orang lain kerana suatu hari nanti kita sendiri akan meminta peluang itu”

“Papa kata apa ni?” gelak Mylia.

Gelak yang sedikit pun tidak padan dengan ukiran senyumannya yang sangat hambar. Nampak sangat kepura –puraannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience